Meracau- racau fikiran sejak kehilangan is3 ku, Meredith.
Merayau-rayau di alam maya mencari calon pengganti.
Hidup ini tidak lengkap kalau tak berselfie... Especially bila hari tu ko rasa ko yg paling ensem.
Senarai calon ada byk jugak ni, duit je tak cukup nak beli semua...
Oppo N1 - Rear camera 13MP boleh rotate 260°. Boleh berselfie 13MP tuh walaupun nanti takut ada rasa sedikit self concious. Silap haribulan terpaksa bergantung habis dgn Camera 360 nanti ni. Apa pun camera trick dan angle lebih diutamakan utk kesan yg lebih natural... Wakakaka...
Xiaomi MI-3 - kawan cadangkan sebab harga bawah 1K. Kamera depan 2MP. Kamera utamanya pula 13MP. *BUNYI CENGKERIK*
Lenovo Vibe Z - boleh dpt bawah 1K jugak kalau versi 3G, dgn front camera 5MP. Tengok sampel gambar selfie kat internet quite impressive jugak. Kalau aku yg selfie pakai ni, lagi2 kalau silap pencahayaan, boleh nampak segala kesan hentaman meteor kat muka aku YG GRUBBLE ni.
Oppo Find 7 - Kamera depan dia boleh ambil gambar 50MP, walaupun hakikatnya software sajork sbb kamera depan keupayaannya 13MP. Begitu pun ia tetap menarik hati sanubariku yg suka HQ pix. Kalau beli kompom lah Avery (Nokia Lumia 1020) madu Meredith aku tuh berhabuk nanti.
Sony Xperia Z1 - Dulu2 ada jugak bernafsu beli ni ketika Meredith tak perform spt yg diharapkan. Itu affair lama kan? Mungkin aku perlu leap kepada Z2 tu ker?
Samsung Galaxy S5 - Kalau yg lain letak seribu lebih je aku dah mengeluh mahal... Ni letak brp harga pun rasa mcm berbaloi... Rasa macam harga mampu gitu (tengok dompet berlobang dah). Lagi2 OS dia running KitKat versi yg paling latest... Garu-garu tangan kiri terus. Kalau beli ni terus rasa mcm akulah penggila gajet terulung di abad ini. Tak kisah lah kalau lepas tu pakai Brylcream bukan Gatsby... Hew hew hew...
Nafsu- nafsu! Kalau dilayan nih... Semua nak diangkut. Buat pembelian bijak Alizam Jonie! Jangan kerana menang memakai, pokai sebulan.
Aku mmg kena beli jugak satu enpon android. Encik Webber (Tab 10.1) yg aku pakai skrg terlalu besar. Asalnya utk kegunaan di rumah sajer bukan utk dibawak merata. Kalau ada yg muat2 tapak tangan at least selesa lah jugak! Tak rasa segan dgn sedabak tab di pangkuan.

Knowing you, entah2 esok lusa dah ada pengganti si Meredith dalam tangan. And I know siapakah calon yang terpilih itu..hew3x!
BalasPadam*Dan pemenangnya adalah........*
nantikan vanity fair i yea... hew3x.
BalasPadam*siram pokok bunga mak aku dan pokok bunga jiran sebelah*
BalasPadam