Langkau ke kandungan utama

A Little Victory

Apa dia fikir kita ni cincai? Ada hati mau ajak orang berdebat. *Opening yang samseng*


Apa lah konon harga hotel dan resort sebelah sini mahal. Sedangkan di bandar (Kota Kinabalu) nun boleh dapat murah-murah itu guest bilang.

Memang betul boleh dapat murah aku jawab. Berapa kau mau, RM80? RM60? Entah2 RM30 pun ada! Tapii....

Ha ada tapi yea.. This bit yg tricky ni ENCEK!

Hotel yg bertaburan di KK tu sediakan tempat letak kereta percuma ke? Ada pemandangan laut dan taman ke? Ada kolam renang tak?

Letak aje noktah pada hujahan aku terus berdesup guest tu hilang dari pandangan mata.

Berani aku kata aku boleh teruskan lebih banyak hujahan lagi kalau guest tuh insist nak tanya yg merepek-repek. Dah dia berambus mcm tuh, cukuplah. Kalau aku nekad nak tarik rambut jugak mmg lah nampak sangat kebodohan aku.

Jawapan inilah jugak yg aku ajar kepada my staff kalau ada guest mengajukan soalan2 yg sama.


Situasi2 sebegini kadang2 kita pun tak suka hadapi. Lagi2 bila kita diajukan dgn soalan yg kita rasa personal, maklumlah tempat carik makan. Bila dah rasa mcm personal tuh, sangat pasti kita lah yg rasa dimalukan dulu kalau tak terjawab.

Aku percaya pengetahuan dan pengalaman akan membezakan kita bagaimana utk menghadapi orang begini.

Seperti kebanyakan org, aku pun masih belajar. In years to come, there are plenty things to learn and experience. Manalah tau jadik pengurus pulak satu masa nanti khennn...

For now this is my victory. Esok lusa tak tau lah. Mungkin ada yg lagi puaka mulutnya.

Ulasan

  1. X kan ada kesudahan kes2 macam ni. Samalah macam customers tmpt aku. Bila mention 'Malaysia Airlines' terus buat muka di ambang maut. Macam dah lupa ajal tu ketentuan Allah. Kalau tak naik MH pun, confirm ke kau selamat? Kalau dah sampai masa kau nak mampus, tengah berak pun boleh mati..kan?

    *haaa...panjang tak ulasan Kak Ton? Hew hew hew*

    BalasPadam
  2. Betul... lgpun musibah kapal terbang brp kali je pun setahun. Banding dgn jln raya... setiap jam ada... tp ko mc jgk pandu keta. Fobia x bertempat... huh.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.