Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2015

Go Your Own Way

Yg ni baru sampai! Lama dah mengidam ni, baru skrg mengorder. Tangguh punya tangguh baru skrg terbeli CD ni. Memandangkan ekonomi pun dah okey sikit kan... Hew3x. Yg spesel album ni dia mengasingkan lagu mengikut mood disc DAY dan disc NIGHT. Lagu feberet aku mostly jatuh dalam disc DAY. Kalau korang berkesempatan mendgr album ni jangan lupa berhenti pada track, just to name a few: Too Soon To Say Goodbye, Sunshine, Say It Isn't So (Siti Nurhaliza pernah berduet lagu ni dengan Gareth Gates secara langsung), Spirit In The Sky dan byk lagi... Ting tong jugak fikiran aku bila CD ke dua yg aku pesan dari Amazon ni sampai dulu dari pesanan yg terdahulu. Takan tunggu sebulan lagi?

Kita Legokan atau Let Go?

Diberi tugas menganalisa, kau bagi apa pun aku boleh kaji dari bermacam sudut. Aku memang suka! Tapi bila dah tiada kerja, fikiran pun mulalah cari modal nak analisa yg bukan-bukan. Sebelum aku jadikan byk perkara sebagai masalah aku, elok aku sibukkan diri buat sesuatu. Jadi hari ni aku sibukkan diri dgn mengatur semula susun letak barang-barang yg aku kumpul sejak aku belajar lagi (circa 1998). Lama dah fikir nak buat ni, tetapi bila dah kena jangkitan malas, jangankan nak bangun dari katil nak bukak mata pun tak boleh agaknya. TV tuh kalau nak ambil yg lagi beso boleh tak? HD tak feel katanya kalau setakat 32" punya skrin. Boleh jugak ambil 52", tapi tidur melekat kat dinding lah kan, as I reason the matter to my brother. Dengan ever expanding collection ni, aku kenalah memikio mcm mana nak letak semua ni properly. I couldn't afford to keep it all, especially yg DVDs sebab dah makan byk ruang. Tak masuk lagi CDs tu yg sudah tentunya double triple jumlahnya! Nak bagi le...

Doom's Day

Dua tiga hari ni aku rasa sudah mula timbul bibit2 risau. Risau memikirkan prospek yg hotel akan totally shutdown. Renovation or not, feels like the end is near. Aku tak pernah risau mcm ni sejak bekerja di sini. Kau bagi apa aje bisa aku urus (with help). Skrg aku rasa mcm... Oh tidak! All the interviews, made me nervous too. Made everyone nervous. Selagi aku boleh elakkan aku cuba elakkan. Bukan aku tidak mahu membantu, but I've experience enough not to say anything that might come to waste. Lagipun I'm not one of the decision makers. At this point kan, aku rasa mcm nak pergi jauh2 aje dari hotel tuh. Ambil cuti banyak2. Sekali sekali, banyak kali jugak terfikir nak resign aje. Baru seminggu aku dah mula nampak corak yg sama. Tak tau lagi lah lepas dapat tarikh renovation esok. Entah apa pulak yg ditunjukkan kita tak tahu. Hopefully tidak membawa kepada kesudahan yg aku risaukan tuh. Renovation menjanjikan peluang pasaran yg besar but we don't know that yet. I've seen...

LIFE BBCEARTH

Secara rasmi dah berkenalan dengan MD dan salah seorang konsultannya. Awal-awal pertemuan lagi sudah menerima amanat dan teguran. Semua ini jelas MD sebagai ujian utk melihat kerjasama antara staf. Yg paling ultimate aku rasa MD nak tengok maklumbalas penerimaan kami terhadap new management. Sungguhpun dari apa yg aku dengar, ini bukanlah syarat utk new management bertapak. Seperti MD dan konsultannya, kami semua teruja menunggu pengumuman permulaan tarikh renovation yg dijangka diumumkan hujung bulan ini. Pengumuman ini penting sbb tanpa renovation, new management tidak mahu meneruskan perjalanan mereka di sini. Sempatkah aku menyaksikan renovation itu? Kita tunggu saja... Sebelum tuh kita layan BD dokumentari terbitan BBCEARTH yg aku terima semalam nih. Sehingga dientri yg akan datang, enjoy your LIFE!

The Waiting Game

Imagined my dissapointment. It took five days to get that OUT FOR DELIVERY status. When it finally arrived I already got home. I missed it by minutes. Now I have to wait for tomorrow.

Falling, Yuna

Kitorang dapat MD baru. Bersama MD baru didatangkan dua orang konsultan. Jadi betul lah cakap2 kononnya hotel akan buat renovation lepas tahun baru cina nanti. Apa yg meresahkan rata-rata staf skrg kalau-kalau hotel terpaksa diberhentikan operasinya sementara waktu bagi memberi laluan kepada proses renovation. Proses renovation yg dikatakan memakan masa selama lebih kurang 10 minggu tuh, mungkin leave many of us jobless. Lebih parah selepas selesai renovation, kalau ada rancangan 'membuang' staf lama, kami mungkin tidak kembali bekerja semula di hotel. Kalau betul lah hotel hendak ditutup operasi sepenuhnya, seperti yg dihebohkan, aku tertanya-tanya juga kenapa belum ada arahan utk menutup tempahan bilik sekurang-kurang the first quarter of this year. Sebelum kita risau pada waktunya, apa kata kita tengok apa yg aku terima hari ni. Bungkusan dari UK. Lain yg dijangka, lain pulak yg sampai duluan. Isi bungkusan adalah CD-R promo utk lagu Falling nyanyian Yuna utk edaran di UK. J...

Buckle Up!

Tidak kurang dari Empat ribu. Or it can be more. Aku bancuh milo panas dan cuba mencerna maklumat yg aku baru dapat. Dengan kerosakan yg sebegitu ongkosnya, bagaimana Alizam Jonie boleh keluar dari Kancil tuh dgn pening dan lebam sahaja? Stereng kereta boleh patah.  Pemandu selamat, syukurlah sebab dia memakai tali pinggang keledar. Aku yg tak pakai tali pinggang keledar ni mcm mana pulak? Ikut logik, aku sepatutnya terhumban ke hadapan. Akibat impak tuh aku menghentam cermin kereta dan akan mengalami kecederaan yg teruk di kepala. Worst case, mati di tempat kejadian. Hari itu nampaknya bukan ajal aku. Hanya calar di betis kanan dan lebam pada pipi kiri. Aku hirup milo panas aku berhati-hati. Selesai menghirup aku letak balik mug ke meja dan sambung menaip. I remember it clearly. Seperti kemalangan yg aku hadapi sebelum ni. Bbrp detik seblm kejadian semuanya hening. All I know I'm looking forward to my bed or -kalau tak mengantuk lagi- watching Grey's Anatomy. Then, BAMMMMMM. A...

Kampung Nelayan 3.0

Hujan turun sejak petang tadi. Suasana begini mmg sedap tidur bg kebanyakkan orang. Lain pulak aku. Aku rasa mcm nak nangis je. Sejuk dia tu bikin ngilu menyucuk-nyucuk pada betis khususnya yg kena impak eksiden dua hari sudah. Masa dalam perjalanan ke Kampung Nelayan , Bukit Padang petang tadi pun diiringi hujan lebat. Ikut aku, jelak dah nak pergi Kampung Nelayan ni. Kali terakhir pergi dengan ahli ging tajau bida' bulan September lepas . Ada jugak aku mencadangkan tempat lain, tapi memandangkan nak sampaikan hajat kawan2, kita turuti je. Macam biasa kami mintak tomyam, nak lagi umph boleh tambah lagi pesnya yg tersedia di kaunter secukup rasa. Semua kerja tambah perasa tuh kami serahkan pada Babu Ros. Tengah duk tokok tambah pes tuh ada pulak yg mengomel kata takut pedas. Aiyoyoyo... Lidah kucing kah kau? Biasa boleh bbrp round jugak melantak. Malam tadi mcm selera ke laut. Jamah sikit menu yg dah siap masak dan mana2 yg boleh dicapai dari steamboat, aku pun dah tewas kekenyanga...

Still Humble

Lawak plak baca komen kawan-kawan tentang gambar eksiden semalam. Sekurang-kurangnya tiada yg serius. Lagipun aku bukannya cedera teruk, sekadar lebam-lebam je. Hari ni pun aku masuk kerja seperti biasa. Esok katanya akan masuk pengurusan baru. Tak tahulah mcm mn gaya diorang nih. Bukan nak meninggi diri, tapi kita yg "humble" ni dah faham sgt keadaan hotel ni. Walai ni kampung style je jgn terbawa-bawa attitude 5 bintang. Tak ke mana jugak perangai mcm tu di sini. Today we're heading to Kampung Nelayan lagi. Melantak bagi habis duit brim yg baru terima minggu sudah. For me, ini peluang gink doot duduk bersemuka dan berbicara tentang masa depan sambil menjamu selera sudah tentunya. Dah ada ura-ura yg nak resign kalau pengurusan baru tidak berkenan di hati. Ini peluang tuk yakinkan mereka things are going to be okay or even better. Keep your people in your team. Always. If you want to win.

Malang Tak Berbau

Kalau tidak kerana dipasangkan muzik, sudah tentu kedgran ketik tanda isyarat mahu masuk selekoh. Begitupun suasana terasa begitu hening. Smcm ada vakum yg menyedut semua bunyi. Menunggu tali arus dari arah bertentangan surut, kami statik bbrp detik. Belum pun pemandu memutarkan stereng utk menyeberang, BAMMM, kereta terhumban ke hadapan. Kerusi tergelongsor dari kedudukannya, dalam pada masa yg sama badan aku seakan tercampak ke belakang. Sistem audio kembali pulih. Kedgran bunyi brek dari bbrp kenderaan dari arah belakang. Kita keluar dari pintu sebelah sana, perintah encik supir. Pintu sebelah pemandu tidak dapat dibuka. Selepas berjaya keluar, dalam keadaan pening2 lalat, aku gagau isi beg sandang dan rakam apa yg aku nampak di hadapan. *ngeh* Ini adalah kesan impak yg menghentam bontot Kancil yg aku naiki, tersasar 10 meter dari tempat asal. Tidak tahu berapa kos yg perlu ditanggung. Hilang cermin belakang tuh. Itu pemandu Viva yg menyondol Kancil kami baru keluar dari kenderaann...

Harvey Davidson

Awal-awal pagi lagi si gobuk mencari subjek utk dirakam melalui lensanya. Pagi ini dia temukan sebuah Harvey Davidson yg diparkir di pintu utama hotel. Gobuk mula mengetik dari bermacam sudut. Memberikan fokus sepenuh perhatian kepada objek yg hendak dirakam. Sambil ketik sambil bermonolog. Minggu ni hati banyak mendidih. Dan aku rasa tak perlu teka nak tahu sebab apa. Aku bengang bila benda senang tak pandai faham. Kalau pelajar, aku faham jugak. Tapi kau dah bertahun buat kerja tuh. Boleh terkebil-kebil plak kedunguan. Bukan makin bagus, makin babal. Jadi jangan pagi-pagi buta kata suruh aku bersabar. Kalau ada orang berani suruh aku bersabar jugak aku hempuk dgn tayar Harvey Davidson tuh. Tak cukup kau cakap? Aku gantung korang biar jadi lampu jalan baru hangpa tau!

Bom Bom Kadabom!

Naik radang aku sebentar tadi. Benda bukan susah mana pun. Dgr arahan sila buat. Ini boleh2 lagi menjawab. Aku mintak semua slip transaksi kad kredit pada sekian2 tarikh. Sales dia bagi. Pre-comp dia bagi. Mana pre-auth, aku tanya? "Guest tidak pakai jugak tuh" Kalau aku bilang semua, semualah! Boleh tak jangan memandai bantah? Mesin kad kredit hari tu ada masalah. Biasa boleh settle main tekan2 kat mesin tuh je. Skrg dah gantung terpaksa lah kena buat manual. In order to do that, aku kena lah bagi semua salinan slip transaction yg terlibat seperti mana yg diminta oleh pihak bank. Did I say, BANK? Jadi yg kepala hotak ko libatkan guest kenapa? Pantang betul aku kalau orang tak boleh follow simple instructions yg diberi. Tak pasal2 org yg tak kena mengena kena tempias air liur aku. Pada yg merasa radangan aku tuh, sorilah ya. Walaupun aku wangi hari ni, hati aku hangit. Angin aku pagi tadi tadelah mcm ni pun sebenarnya. Sebelum masuk kerja ada melankoli sikit. Maklum sajalah l...

Bau Apa Nih?

Yeah! Stok minyak wangi 2015 dah sampai (yg tahun lepas tak habis lagi). Lama dah tak restock Black XS dan Starwalker ni pakai mana yg ada disamping wangian yg dibeli di JPO ujung tahun lepas. Tenkiu sangat2 Butet (member study dulu)! Mmg kau lah yg terbaik Butet tak pernah menghampakan! Pos sekali dgn tester lagi tuh.  Semoga kau murah rejeki! Lain kali aku beli ngko bagi diskaun lah yek... LOL! Sementara stok byk ni bolehlah berabis hancit satu badan sampai org dekat2 cium pun boleh jatuh pengsan. Hurmmmpf humpfff... Bau apa kah ito? Macam bau barang dari obersi sejaaaa... Oh tidak! Barang dari Amazon plak sampai youuuuuuu! Lama dah mengidam ni, akhirnya dapat jugak tahun 2015. Yes, balik karang aku layan puas2. Sebelum tuh kita peluk dulu ya cd ni... Wakakaka...

Rescue, Yuna

Kurang sihat hari ni, nampak sangat cahaya mendung kat muka tuh. Mata bengkak sebelah sebab terlalu kerap bersin. Bila bersin, mata belah kiri tuh cepat mengalir air mata. Nasib baik tak kerja hari ni jadi boleh lah bermalas-malasan di rumah. Oleh kerana ada bungkusan kat tangan aku tuh sampai, terpaksa jugak lah aku menapak pergi tuntut. Sampai tengahari tadi. Sedang elok plak aku tak keje hari ni kan. Malas nak nunggu besok, aku kirim aje dgn babu ros lepas dia balik kerja. Nak tahu apa isinya? Cakera promosi edaran US untuk lagu RESCUE nyanyian Yuna. Satu lagu aje dlm tuh. Tengah minat ni elok jugak aku kumpul. Harga pun tak mahal sangat. Belum popular sangat lagi kan? Esok popular CD promo mcm ni boleh melambung harganya! Masa tuh baru lah kita buat untong...

Mengular Dulu

Hari pertama persekolahan. Lengang sikit CP tuh dari musim cuti sekolah tempohari. Jadi apa lagi kami pun mengularlah ke KK makan tengahari di Sushi King. Ini kali pertama leret kad utk buat pembayaran. Tak tahu pulak boleh jimat 10% di Sushi King kalau guna kad sebelum ni... Ngehhh... Habis melantak, singgah Watson beli beauty supply. Hari-hari jumpa orang, kena jugak jaga penampilan kan. Bukan nak jadi kacak ke hapa, tapi jangan burok dari hantu cukuplah yea, sesambil kita tambah point loyal card boleh redeem pembelian tunai nanti. Suprise jugak bila find out depan Watson cawangan CP tuh dah bukak Burger King. Senang lah sikit dah nak jamu selera kalau lain kali mengidam Burger King. Tak payah menapak ke Segama atau Putatan utk memenuhi tuntutan nafesu. Semuanya ada di CP tak gitu? Aktiviti seterusnya pergi Guardian menambah stem ni pulok... Beli barang sikit dptlah tambah 3 stem lagi. Terhengen nak dptkan Business Trolley tuh... Kalau boleh kutip 80 stem hanya perlu tambah RM100 je....

Tajau Bida'

Mari kita berkenalan dengan gink Tajau Bida', mula dari kiri ikut arah jam paling hadapan: Jejel - Tengok dari pengalaman kerja dia, kau pun kagum dia boleh fit in straight away in my department. Peminat tas replika juga segala tentang alak solek dan makanan. Penyumbang byk idea-idea menarik when it comes to activity. Kilip - Bekas pelajar aku dulu dan melalui my recommendations, dia sekarang mengetuai FNB. Hopefully atas sokongan kami semua dia boleh bertahan lebih lama lagi di sana walaupun menu dah dikecilkan dan bajet kena potong sana sini. Jijie - Ketua HK. Suka sakat dia ni. Antara orang yg bertanggungjawab menapis keahlian Tajau Bida'. Kau fikir senang nak join? Kau fikir kau senang-senang nak kena jemput makan kalau lembaga penapis kata tak, makanya haramlah kau dari kumpulan ni. Ros - Senior FOA. Dominan dalam grup ni. Banyak aktiviti dirancang pun oleh admin kalau takde push dari dia ni susah nak gerak. Ahli yg keep us all together, make it happen. Jujue - Dulunya ker...

You Reap What You Sow

Cerita petang tadi. Aku pun tak tahu apa yg ada dlm fikiran brother ni. Dari gaya quote dia tu macam ada something wrong je dgn status aku tuh. Walhal santai je pun sebenarnya. Ada masa lirik lagu melekat kat kepala atau kau suka maksud lirik tu kau salin buh jadi status. Yg familiar dgn lirik lagu, mungkin sambung lirik pada komen. Sementara yg lain pulak terus teka tajuk. Dalam fikiran kau takde lah org tau lagu tuh. Kau je yg kononnya dgr lagu mcm tuh. Bila dah ada yg komen. Rupa-rupanya bukan kau sorang suka. Ada ramai yg humming to that song! Timbul rasa geli hati di situ. Kalau yg bongok sikit lagi buat kita gelak. Sebab diorang fikir ayat2 puitis tuh luahan perasan kiteww... Tapi apa pulak cerita brother sorang ni? Tetiba out of blue, brother ni komen sebegini. Tak tahu dari mana dia buat kesimpulan begitu atau ada kah itu realiti sebenar yg dia hadapi skrg. We have no idea. Kita fikir kita tahu segalanya. Hakikatnya we know nothing.

Live Your Life

Jenuh mencari merata, tengah minat plak skrg kan, jadi bila nampak hanya available di Amazon aku pesan dari situ jelah. Semalam barangnya dah sampai jadi apa lagi? Memekaklah Yuna malam tadi. Pagi ni pun bukak2 mata terus dengar sambil buat entri ni. Lullabies, Favorite Thing, Remember My Name, Decorate antara 13 lagu yg dimuatkan serta merta menjadi halwa telinga kegemaran. Buku lirik tak lekang dari tangan, kononnya bernyanyi bersama-sama Yuna le yek. Jap lagi nak rip ke mp3 masuk dlm henfon... Yg super spesel tempahan aku kali ni, selain kerana CDnya dari Yuna, sudah tentulah kerana tempahan aku kali ni PERCUMA. PERCUMA kau cakap? Ya, seratus peratus percuma! Gratis. F.O.C. Selama aku jadi pelanggan Amazon (UK, US dan Kanada) sejak 2002 lagi, inilah kali pertama dapat gift certificate sebegini. Besar plak tuh amaun dia, boleh bikin menangis tengok... Hahaha... Wise word! Don't spend it on one place , Alizam! Lulz. Bakinya aku redeem beli blu-ray sebuah dokumentari dari BBC Eart...

Saya Bukan Bank

Rancangan hari ni ke panggung, suka-suka. Tak kisahlah muvie apa yg ditayangkan asal dapat bersendirian di tempat yg ramai org. Mendgr rungutan hati tentang perkara-perkara yg dah tak relevan. Atau sekadar berangan, yg bukan-bukan. Aku tak tahu orang lain, tapi aku perlu bermonolog dengan diri sendiri sekerap yg boleh. Atau Alizam Jonie bakal diancam kehilangan identiti. Antara yg singgah dalam benak hati sudah tentulah kes dua orang kawan hubungi aku utk pinjam duit. Bayangkanlah apa perasaan korang bila dua org kawan - that you barely keep in touch - masing2 nak pinjam lebih 2K dalam minggu yg sama? Have they exhaust all resources? Maksud aku, dah cuba mintak dgn adik beradik, sedara mara? Sahabat handai yg terdekat? Atau kawan2 yg jauh lebih besar kerjaya dia dari aku. Kalau takde 2K... 1K boleh? Man, you are pushing your luck! Kalau sebelum ni tak penah kontek, lepas percubaan meminjam gagal, lagi lah terus menyepi. Terasa benarlah kita ni dilayan mcm BANK. Like bank, you don't...

Makan-makan Dengan Gink Tajau Bida'

Oh tidak! Baru bbrp hari azam diet tahun baru tak sampai seminggu kembali mencekik! Ni yg tak tahan ni. Sayap ayam bakar panas2! Lagi2 jemputan dari gink tajau bida' serba salah nak tolak. Asal nak menyantap ambuyat bersama dgn singgang ikan dan kangkung tumis belacan. Nak lagi kick sulam dgn bambangan dan campak cili padi dlm kuah cicahan. Dah nama nafsu. Nak jugak tambah menu lain. Dlm gambar menunjukkan clief tgh gigih menggoreng sayap ayam utk dijamu bersama nasi ayam. Makan tujuh orang. Sayap ayam beli 4kg! Unbeliveable! Tak cukup tuh tambah lagi jagung bakar! Teguk coke, sprite dan entah apa water sparkling yg ada. Balik wajib la ambil nih. Lawaskan apa yg tak dicerna dgn baik sebab doot sangat makan itu ini. Esok janji jaga makan! Sumpah! Kalau langgar kita kerat kuku!

Kejutanlah Sangat...

Pembuka acara tahun baru gink tajau bida' nmpknya dimulai dgn sambutan hari lahir babu ros. Asalnya mok buat kejutan, babu ros pulak cuti kecemasan kemarin. Kek dah beli, orgnya yg nak dirai takde plak. Tertangguh sehari pun jadilah asal lepas niat nak sambut tu kan? Itu dia kek keju oreo yg dah terperap tiga hari kak esbok... Nasib baik masih lengkap rupa bentuknya. Kalau dah kena calit sikit how? Sesi bukak hadiah, berseri wajah mace kita ya. Tak payah kolagen mikap tujuh inci tebal shine like a diamond. Age gracefully katanya. Ini semua hadiah yg kami bagi... Satu lagi tiada dlm gambar sebab jejel dah hulur duluan. Agak2 korang aku bagi hadiah apa? Esok buat parti ambuyat plak sempena harijadi babu ros. Tunggu hapdet kita yea. Mungkin mlm2 sikit.

Lima Januari Dua Puluh Empat Belas

Seperti yg diketahui para pembaca sekalian (chewah!), aku pergi mendaki gunung Kinabalu pada akhir bulan Januari tahun lepas. Kalau dikira betul-betul itu mendaki dari segi fizikal lah. Mendaki secara mental rasanya dah lebih awal lagi. Tak silap aku, seawal awal bulan yg sama jugak. Sebelum mendaki tuh, aku teringin nak tengok gunung Kinabalu lebih dekat. Kebetulan pulak masa tuh Babu Kuntum beriya nak ke Cattle Dairy Farm di Kundasang tu untuk bergambar, jadi peluang tuh aku tak lepaskan. Malang tak berbau, berlaku satu insiden yg tak dijangka berlaku pagi sebelum kami berangkat tuh. Aku tidak ceritakan secara terperinci sebelum ini atas permintaan babu kuntum sendiri. Setahun dah berlalu kot jadi aku rasa babu kuntum mungkin tak kisah lah yea kalau aku panjangkan lagi part kisah sedih itu. Ikut rancangan asal kami perlu berangkat sekitar pukul 6 pagi. Utk memendekkan perjalanan aku diminta utk bermalam di hotel je. Hari sblm kami berangkat tuh pula aku menerima tiga kotak bungkusan ...

Satu Borneo

Kita lupakan sebentar pasal gunung dan cerita apa yg berlaku hari ni. Siang tadi pergi tengok tapak kedai ai yg terbaru selain tinjau kemajuan cawangan kedai Speedy Video ai di 1 Borneo... Wakakaka... Gurau je. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, Popular Bookstore akan dibuka di 1 Borneo, Hypermall. Sebelum tu mereka buat satu mega sales yg kebetulan berakhir pada hari ni. Banyak buku2 ditawarkan dengan harga luarbiasa murahnya! Sayangnya, semua buku2 yg aku suka sudah pun ada satu salinan dalam simpanan. Dari niat nak memborong bertukar jadi cuci2 mata saje. Terdahulu aku ke GSC menonton filem: "Night at the Museum: Secret of the Tomb". Tak sempat nak ke panggung tahun lepas, jadi aku tunaikan niat tu tahun ni. Bukan apa tak mo ketinggalan menonton filem terakhir mendiang Robin Williams ("Jumanji", "Hook") dan juga mendiang Mickey Rooney ("Eight is Enough"). Lawak dia tuh not bad jugak lah! All in all aku bagi 6 dari 10. Sudah puaskan visual, ki...

Tengok Dari Jauh, Hati Saya Rindu

Jaz bilang ready duit dulu. Kalau dah Jaz cakap mcm tuh nampaknya rancangan mendaki gunung Kinabalu cuti tahun baru Cina Februari depan nampaknya berjalan jugak lah. Panik mula menerpa. Barang dan peralatan mendaki aku tahun lepas masih boleh pakai ke? Beg aku rasa masih ada. Jaket panas? Tergantung di belakang pintu bilik tidur aku satu jaket panas putih. Dah hampir setahun tak berusik di situ. Jaket tu asalnya kepunyaan Jaz. Sblm sampai ke puncak pendaki akan bermalam di Laban Rata. Pendakian akan disambung sebelum Suboh, kira2 pukul 2.30 pagi. Bayangkanlah suhu masa tu di atas gunung Kinabalu pulak, kalau tak pakai jaket utk pendakian berikutnya boleh karau. Memandangkan aku dah terdampar sesak nafas tidak boleh meneruskan pendakian masa tu dan Jaz pula perlukan jaket tambahan utk menahan rasa sejuk aku pinjamkan jaket aku dulu. Selesa pulak makcik tuh dgn jaket aku, sudahnya kami bertukar jaket la pulak selepas tamat pendakian. Antara, kawan2 sekerja di hotel ni dulu aku agak rapat...

Tamahalah Sangat...

Belum ada bunyik lagi pasal mendaki gunung Kinabalu tahun baru cina ni. Tersengih aku bila kenang, pendakian tahun lepas. Cuaca pun lebih kurang mcm skrg, sejuk dan balik2 hujan. Sejuknya tu sampai kat Laban Rata tuh pun dah kelihatan frost. Itu tak kat atas puncak lagi. Lopak2 air pun membeku. Kalau cuaca terus buruk begini, elok aku tarik diri aje nanti. Kang tak pasal2 bertong oksigen aku di rumah tumpangan sesak nafas. Semuanya berjalan lancar, baik pendakian mahupun yg menuruni gunung. Yg jadi nampak tak menarik sikit bila dah kembali ke bawah. Kakak yg atur kami punya program tuh mintak tambah lagi RM5. Katanya buat tambah utk makan malam kami nanti setibanya di Poring. Ini pengalaman pertama aku mendaki gunung jadi aku lebih banyak memerhati dari bercakap. Jaz dan Ritah, geng pendakian tidak mengulas lanjut hanya bertukar-tukar pandangan. Demikian juga Faridah dan suami antara pendaki lain yg aku kenal. Sampai di Poring kami ditempatkan di sebuah rumah yg agak kosong. Kami menja...

Buduh, Babal, Tubal

Begitu sekejap rasanya kita bersama 2014. Sedar tak sedar dah menginjak 2015. Umur pun akan bertambah. Gambar hiasan... Lazimnya bila bercakap pasal tahun baru ni, mmg tidak akan larilah dari topik azam baru. Aku takde sangat azam baru utk diceritakan. Sementelahan pula aku mmg tidak menggunakan tahun utk tanam azam. Mana-mana hari, bulan sekalipun, boleh jadi permulaan. Yg penting usaha utk capai hasrat tuh sebaik boleh. Memandangkan usia dah kesenjaan ni rasanya dah patut fikir masa depan. Tak selamanya aku ni 28 (8 tahun lalu) kan? Zaman berfoya-foya sepatutnya sudah dipinggirkan. Cintan-cintun mintak mahap lah dah pencen hokay. Adakah 2015 ini bakal menjadi tahun muhasabah diri buat aku? Itu tak pasti lah. Dengan kedatangan Jangmi membawa hujan serta angin, begitu jugak banyak perkara yg kita rancang mesti berdasarkan apa yg berlaku dipersekitaran kita. Kecintaan terhadap penulisan bagaimana pun tetap subur. Tahun ni aku akan cuba kekalkan konsep penulisan yg aku guna pakai selama ...