Langkau ke kandungan utama

Tajau Bida'


Mari kita berkenalan dengan gink Tajau Bida', mula dari kiri ikut arah jam paling hadapan:
  1. Jejel - Tengok dari pengalaman kerja dia, kau pun kagum dia boleh fit in straight away in my department. Peminat tas replika juga segala tentang alak solek dan makanan. Penyumbang byk idea-idea menarik when it comes to activity.

  2. Kilip - Bekas pelajar aku dulu dan melalui my recommendations, dia sekarang mengetuai FNB. Hopefully atas sokongan kami semua dia boleh bertahan lebih lama lagi di sana walaupun menu dah dikecilkan dan bajet kena potong sana sini.

  3. Jijie - Ketua HK. Suka sakat dia ni. Antara orang yg bertanggungjawab menapis keahlian Tajau Bida'. Kau fikir senang nak join? Kau fikir kau senang-senang nak kena jemput makan kalau lembaga penapis kata tak, makanya haramlah kau dari kumpulan ni.

  4. Ros - Senior FOA. Dominan dalam grup ni. Banyak aktiviti dirancang pun oleh admin kalau takde push dari dia ni susah nak gerak. Ahli yg keep us all together, make it happen.

  5. Jujue - Dulunya kerja part-time aje di kitchen skrg dah full-time sebagai room attendant. Recently join and somehow make us all feel complete.

  6. Eja - Senior FOA jugak. Masih menten kerja di sini walaupun tragedi menghadapi dia. Orang kuat Tajau Bida' jugak ni walaupun sumbangannya kadang-kadang don't get mention much. 

  7. Ooopssss siapakah ini? Hahaha... Inilah pengasas grup ni merangkap admin. Nama grup? Hahaha... Dia jugaklah yg bagi.
Asalnya Tajau Bida' ni tempat utk mengutuk si Teleng. As the time goes by, Si Teleng pun went to hell, Tajau Bida' bertukar jadi tempat share info dan jokes.

Dah tak banyak menda nak kutuk kekadang senyap aje. Sebagai admin kena sentiasa jadi pemangkin agar ahli sentiasa aktif menyumbangkan sesuatu. Kalau grup tuh kau baling apa pun senyap aje mcm telaga buta, it is time to move on.

Kita fokus kepada yg ada potensi utk menjadi lebih menarik.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...