Langkau ke kandungan utama

Tamahalah Sangat...

Belum ada bunyik lagi pasal mendaki gunung Kinabalu tahun baru cina ni.

Tersengih aku bila kenang, pendakian tahun lepas. Cuaca pun lebih kurang mcm skrg, sejuk dan balik2 hujan.

Sejuknya tu sampai kat Laban Rata tuh pun dah kelihatan frost. Itu tak kat atas puncak lagi. Lopak2 air pun membeku.

Kalau cuaca terus buruk begini, elok aku tarik diri aje nanti. Kang tak pasal2 bertong oksigen aku di rumah tumpangan sesak nafas.

Semuanya berjalan lancar, baik pendakian mahupun yg menuruni gunung. Yg jadi nampak tak menarik sikit bila dah kembali ke bawah.

Kakak yg atur kami punya program tuh mintak tambah lagi RM5. Katanya buat tambah utk makan malam kami nanti setibanya di Poring.

Ini pengalaman pertama aku mendaki gunung jadi aku lebih banyak memerhati dari bercakap. Jaz dan Ritah, geng pendakian tidak mengulas lanjut hanya bertukar-tukar pandangan. Demikian juga Faridah dan suami antara pendaki lain yg aku kenal.

Sampai di Poring kami ditempatkan di sebuah rumah yg agak kosong. Kami menjangkakan akan dapat tempat bermalam yg lebih selesa, malangnya tempat yg kami dapat mcm rumah tinggal. Entah-entah berhantu usik Ritah. *checkout bersihkan sendiri okay?*

Ritah masih boleh bersabar lagi masa tuh. Bila dah nampak apa harga RM5 yg kami tambah utk makan malam di situ mulalah mulutnya bertukar beberan.

Dah bayar RM300, mintak tambah lagi RM5! Yg dihidang cuma nasi putih dengan kuah kari ayam. Aku cakap kuah kari sebab kuah karinya lebih banyak dari isi ayam.

Mcm mana nak mengenyangkan perut lapar 20 orang yg baru je lepas turun dari gunung Kinabalu?

Nasib baiklah Faridah dan suami atur rancangan lain. Sebelum sampai Poring kami singgah Ranau beli barang2 nak barbeku.

Dengan apa yg HADO, tampung2 dengan sayap bakar dan sosej kenyang jugak lah kami semua. Sampai tertidur-tidur aku di lantai tanpa alas menunggu giliran nak makan.

Aku kalau boleh tak naklah merungut sangat hal2 begini. Tapi kalau kau buat lagu ni kak oi esok lusa ko bakal kehilangan pelanggan. Adik beradik Jaz tuh dah berikrar tak nak ambil lagi kakak tuh urus pendakian di masa akan datang.

Sebelum ni sapa urus, aku tanya.

Laki kakak tuh.

Untung berlaba kak oi tak cukup letak kat purse.

Kami hanya mampu menasihat antara satu sama lain agar menghalalkan mana2 yg kena cekik dari kami. Redha itu lebih baik.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...