Langkau ke kandungan utama

Tengok Dari Jauh, Hati Saya Rindu

Jaz bilang ready duit dulu.

Kalau dah Jaz cakap mcm tuh nampaknya rancangan mendaki gunung Kinabalu cuti tahun baru Cina Februari depan nampaknya berjalan jugak lah.

Panik mula menerpa. Barang dan peralatan mendaki aku tahun lepas masih boleh pakai ke?

Beg aku rasa masih ada. Jaket panas?

Tergantung di belakang pintu bilik tidur aku satu jaket panas putih. Dah hampir setahun tak berusik di situ.

Jaket tu asalnya kepunyaan Jaz.

Sblm sampai ke puncak pendaki akan bermalam di Laban Rata. Pendakian akan disambung sebelum Suboh, kira2 pukul 2.30 pagi. Bayangkanlah suhu masa tu di atas gunung Kinabalu pulak, kalau tak pakai jaket utk pendakian berikutnya boleh karau.

Memandangkan aku dah terdampar sesak nafas tidak boleh meneruskan pendakian masa tu dan Jaz pula perlukan jaket tambahan utk menahan rasa sejuk aku pinjamkan jaket aku dulu.

Selesa pulak makcik tuh dgn jaket aku, sudahnya kami bertukar jaket la pulak selepas tamat pendakian.

Antara, kawan2 sekerja di hotel ni dulu aku agak rapat sikit dgn Jaz. Mungkin jugak sebabnya kami berkongsi satu persamaan: pernah menetap di Kedah. Hilangkan rindu, kadang-kadang kami bercerita tentang pengalaman masing-masing selama berada di Kedah.

Jaz jugaklah org yg ajak aku daki gunung Kinabalu ni. Tahun sebelumnya dia dah sampai ke puncak. Kali kedua dia mendaki tu lah yg aku baru join sama.

Selain jaket, aku rasa kali ni aku tak mahu bawak barang yg bukan2.

Aku ingat lagi aku bawak pengering rambut. Bukan nak keringkan rambut tau, sebaliknya utk memanaskan badan.

Kreatif lah tu kononnya kan?

Sudahnya tak pakai jugak. Aku sibuk menahan sesak nafas. Mana sempat nak panaskan badan lagi kan?

Baju-baju pun tak mau bawak byk sangat. Cukup apa yg ada kat badan dan baju ganti sahaja.

Macam tahun lepas byk sangat aku bawak baju, satu beg bimbit aku usung. Alih2 terpaksa tinggalkan kat bawah dan kena bayar RM10 lagi.

Banyak sangat barang, no wonder lah aku mengah panjat gunong.

Yg penting aku rasa aku kena rehat secukupnya sebelum pendakian. Tak macam tahun lepas habis kerja hari ni, esok dah bergegas pagi2 buta nak mendaki. Belum campur lagi rasa gementar sampai susah nak tidur malam.

Kalau barang dan peralatan tahun lepas masih elok. Aku tak nmpk aku perlu keluarkan duit lagi utk membuat persiapan mendaki. Yg penting sediakan mental utk berjuang!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...