Langkau ke kandungan utama

Malang Tak Berbau

Kalau tidak kerana dipasangkan muzik, sudah tentu kedgran ketik tanda isyarat mahu masuk selekoh.

Begitupun suasana terasa begitu hening. Smcm ada vakum yg menyedut semua bunyi.

Menunggu tali arus dari arah bertentangan surut, kami statik bbrp detik. Belum pun pemandu memutarkan stereng utk menyeberang, BAMMM, kereta terhumban ke hadapan.

Kerusi tergelongsor dari kedudukannya, dalam pada masa yg sama badan aku seakan tercampak ke belakang.

Sistem audio kembali pulih. Kedgran bunyi brek dari bbrp kenderaan dari arah belakang.

Kita keluar dari pintu sebelah sana, perintah encik supir. Pintu sebelah pemandu tidak dapat dibuka. Selepas berjaya keluar, dalam keadaan pening2 lalat, aku gagau isi beg sandang dan rakam apa yg aku nampak di hadapan. *ngeh*


Ini adalah kesan impak yg menghentam bontot Kancil yg aku naiki, tersasar 10 meter dari tempat asal. Tidak tahu berapa kos yg perlu ditanggung. Hilang cermin belakang tuh.


Itu pemandu Viva yg menyondol Kancil kami baru keluar dari kenderaannya. Seperti aku dia pun nampaknya masih terkejut dari kejadian yg berlaku.

Kalau aku stay lama mungkin aku akan sapa dia, kau baru bangun bro?

Aku tak tunggu lama, utk bertanya lanjut, sebab kepala rasa memusing. Diseberang bbrp orang mendapatkan aku dan bertanya keadaan aku.


Syukur aku tak apa2, cuma mungkin akan dapat lebam bawah mata yg boleh dilihat utk bbrp hari ni serta sedikit calar pada betis you guys no need to worry about.

Bayangkan kalau impak tuh mencampakkan kami yg di dalam kancil tuh ke depan? Boleh cedera teruk jugak aku rasanya.

Masa tuh pulak aku tak memakai tali pinggang keledar. It's about 10 minutes drive. Mana bother nak pasang tali pinggang keledar selama ni pun.

Itulah orang kata, malang tak berbau.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...