Langkau ke kandungan utama

Lima Januari Dua Puluh Empat Belas

Seperti yg diketahui para pembaca sekalian (chewah!), aku pergi mendaki gunung Kinabalu pada akhir bulan Januari tahun lepas. Kalau dikira betul-betul itu mendaki dari segi fizikal lah. Mendaki secara mental rasanya dah lebih awal lagi.

Tak silap aku, seawal awal bulan yg sama jugak.

Sebelum mendaki tuh, aku teringin nak tengok gunung Kinabalu lebih dekat. Kebetulan pulak masa tuh Babu Kuntum beriya nak ke Cattle Dairy Farm di Kundasang tu untuk bergambar, jadi peluang tuh aku tak lepaskan.

Malang tak berbau, berlaku satu insiden yg tak dijangka berlaku pagi sebelum kami berangkat tuh.

Aku tidak ceritakan secara terperinci sebelum ini atas permintaan babu kuntum sendiri. Setahun dah berlalu kot jadi aku rasa babu kuntum mungkin tak kisah lah yea kalau aku panjangkan lagi part kisah sedih itu.

Ikut rancangan asal kami perlu berangkat sekitar pukul 6 pagi. Utk memendekkan perjalanan aku diminta utk bermalam di hotel je.

Hari sblm kami berangkat tuh pula aku menerima tiga kotak bungkusan. Jadi perkara pertama yg aku buat pagi tuh, tak lain tak bukan adalah utk masukkan bungkusan-bungkusan tuh dlm kereta sewa supaya senang bawak balik nanti.,

Babu Kuntum tidak yakin bawa kereta sendiri jadi dia terlebih dahulu menyewa kereta utk ke Kundasang.

Memandangkan semua urusan sewa kereta babu kuntum yg buat, aku tak tahu mana satu kereta yg dia sewa. Jalan terbaik adalah menunggu di kereta babu kuntum sendiri.

Itulah yg aku mesej pada babu kuntum, yg nampaknya dah melambatkan diri setengah jam.

Sesampai di tempat letak kereta babu kuntum... Ini yg aku nampak.


Aku datang dari sebelah kiri dan mula perasan sampah2 bertaburan di sebelah kanan kereta. Aku siasat lebih lanjut dan apa yg aku saksikan berikutnya, membuatkan aku tergamam.


Babu Kuntum pada mulanya marah bila aku maklumkan dalam telefon. Kononnya aku sengaja nak dia segera bersiap. Malas nak bertekak, aku biarkan sendiri babu kuntum menyaksikan berita yg aku sampaikan.

Bila dia sendiri nampak apa yg terjadi pada keretanya baru lah dia tahu aku serius.

Tak ambil masa yg lama utk babu kuntum tahu apa yg hilang dari kereta kancilnya tuh.

Kami yg sepatutnya bergerak pukul 6 pagi, terpaksa menunda waktu perjalanan ke 8.30 pagi. Laporan polis perlu dibuat, mekanik perlu dipanggil utk menganggar kos membaiki.

Terlintas juga nak batalkan perjalanan pagi tuh, namun duit dah keluar bikin sewa kereta takan keta tuh nak buat jalan2 ke KK je?

Dengan berat hati, kami bergerak jugak dan sampai Kundasang dalam tengahari.


Di lihat dari latar belakang gambar, aku rasa semua akan setuju cakap aku pada masa tuh amat tidak sesuai buat lawatan ke sana. Khususnya yg mahu bergambar. Yg ada hanya awanan putih yg menutupi pemandangan gunung Kinabalu yg sepatutnya melatari desa bak New Zealand itu.

Kami ada juga rancangan utk ke sana lagi sejak kecewa dgn lawatan kami tahun lepas. Dengan keadaan cuaca yg lebih kurang sama mcm skrg, kami rasa baik tak payah lah kot!

Mungkin ada di kalangan pembaca tertanya-tanya, siapa yg pecah kereta babu kuntum tuh.

Bukan misteri bagi kami siapa yg buat sebenarnya. Cuma kami tak mahu lah nak aibkan sesiapa. Kenyang beberapa ratus je dik, esok lusa kau habis duit kau buat lagi, tak serik2 punya orang.

Dipendekkan cerita, selepas staf terbabit diberhentikan kerja, kejadian2 seumpama ini serta merta berhenti.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...