Langkau ke kandungan utama

Kampung Nelayan 3.0

Hujan turun sejak petang tadi. Suasana begini mmg sedap tidur bg kebanyakkan orang. Lain pulak aku. Aku rasa mcm nak nangis je. Sejuk dia tu bikin ngilu menyucuk-nyucuk pada betis khususnya yg kena impak eksiden dua hari sudah.

Masa dalam perjalanan ke Kampung Nelayan, Bukit Padang petang tadi pun diiringi hujan lebat.


Ikut aku, jelak dah nak pergi Kampung Nelayan ni. Kali terakhir pergi dengan ahli ging tajau bida' bulan September lepas. Ada jugak aku mencadangkan tempat lain, tapi memandangkan nak sampaikan hajat kawan2, kita turuti je.


Macam biasa kami mintak tomyam, nak lagi umph boleh tambah lagi pesnya yg tersedia di kaunter secukup rasa. Semua kerja tambah perasa tuh kami serahkan pada Babu Ros. Tengah duk tokok tambah pes tuh ada pulak yg mengomel kata takut pedas. Aiyoyoyo... Lidah kucing kah kau?


Biasa boleh bbrp round jugak melantak. Malam tadi mcm selera ke laut. Jamah sikit menu yg dah siap masak dan mana2 yg boleh dicapai dari steamboat, aku pun dah tewas kekenyangan. Melihat kami semua mcm tak kuasa nak menyumbat lagi, kami dah tak ambil lagi makanan. Setakat sembang-sembang isi masa yg terluang.


Memang rugi jugak lah tak makan sangat, sbb bayar RM40 kalau kat luar mcm2 boleh makan. Kalau tak boleh habiskan lagi rugi berganda. Mana yg tak habis kena cas pulak... Mahu tak mahu makan mana yg mampu aje le labi. Mmg selera makan takde atau timing tak kena aku pun tak pasti lah.


Makcik kat belakang tu kebaruan baru dapat Note 3, jadi entah kira biri-biri satu sampai seratus masih jugak tak siap dia setting batang selfie dia utk ambil gambar. Cek2 rupanya babu tuh cuba selfie pakai Camera360. Once dah pakai kamera tersedia dalam mana2 henfon Samsung baru lah boleh nak manfaatkan butang shutter bluetooth itu.

Itu sahaja hapdet utk malam ni. Jom kita tarik selimut tebal2, cuba lupakan ngilu di kaki. Harapnya sehari dua surut lah segala lebam yg ada kat badan ni. Selamat Malam!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...