Langkau ke kandungan utama

Bom Bom Kadabom!

Naik radang aku sebentar tadi.

Benda bukan susah mana pun. Dgr arahan sila buat. Ini boleh2 lagi menjawab.

Aku mintak semua slip transaksi kad kredit pada sekian2 tarikh.

Sales dia bagi. Pre-comp dia bagi.

Mana pre-auth, aku tanya?

"Guest tidak pakai jugak tuh"

Kalau aku bilang semua, semualah! Boleh tak jangan memandai bantah?

Mesin kad kredit hari tu ada masalah. Biasa boleh settle main tekan2 kat mesin tuh je. Skrg dah gantung terpaksa lah kena buat manual. In order to do that, aku kena lah bagi semua salinan slip transaction yg terlibat seperti mana yg diminta oleh pihak bank.

Did I say, BANK?

Jadi yg kepala hotak ko libatkan guest kenapa?

Pantang betul aku kalau orang tak boleh follow simple instructions yg diberi. Tak pasal2 org yg tak kena mengena kena tempias air liur aku.

Pada yg merasa radangan aku tuh, sorilah ya. Walaupun aku wangi hari ni, hati aku hangit.

Angin aku pagi tadi tadelah mcm ni pun sebenarnya. Sebelum masuk kerja ada melankoli sikit. Maklum sajalah layan jiwang dengar lagu A-Teens. Mengenang kisah cinta tak menjadi gitu...


Skrg tgh cool down. Jantung masih berdegup pantas nih. Dah disogok dgn teh hijau Yoyo pun jantung masih pumping like crazy. Fikir nak citer pasal album yg aku dpt smlm tuh, tapi mood dah rosak tak yah cerita lah dulu yea?

Aku gi jenguk kitchen dululah tengok apa yg dorang masak utk dinner nanti. Meletus sekali sekala ni buat aku lapar pula!

Ulasan

  1. kisah cinta tak menjadi? bila tuh? tatau pon...ekekekekke

    BalasPadam
  2. ngeeee... ko dah byk musim ketinggalan cik buha ui... kena tonton musim awal2 lagi.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku Terima Walau Sakit Hati

Ingat tak kes guest tak setel bil penginapan yg aku sorot sikit2 dalam bbrp entri sblm ni? Hahaha... Macam le ramai sangat yg follow nak tanya mcm tu kan? Alah for the sake of continuity plus malas dah nak story balik. So awal minggu ni kesnya concluded. Dipendekkan cerita, bil yg tak dijelaskan tu terpaksa diserap kosnya, di mana separuhnya datang dari aku. Selebihnya, anak2 buah yg tanggung. Melayang jugaklah duit yg sepatutnya boleh beli BD or DVD... Hahaha... Begitu pun aku tetap bersyukur sbb bos dah bertimbangrasa utk kurangkan jumlah yg perlu dibayar. Kalau tidak meraunglah jugak dibuatnya! Memandangkan aku ada bahagian dalam menolong orang2 susah ni, jadi tak salah kalau aku perkenalkan mereka2 ni kan? Bilik didaftarkan atas nama dia dia ni. Tak seperti dalam gambar kad pengenalan, penampilan si Masyitah ni jauh bezanya. Di luar dia berpenampilan ala2 tomboi. Ini surat yg digunakan oleh Masyitah utk meyakinkan pengurus kami yg dia bekerja di Lembaga Kemajuan Ikan Sabah. Namun a...

Destinasi Seterusnya

Selepas berbincang-bincang dengan Cietieto dan Adhie, kami akhirnya bersetuju untuk memilih Krabi sebagai destinasi seterusnya. Asalnya tu tak nak lagi tetapkan destinasi walaupun sudah ada bbrp nama tempat dalam kepala. Percaya atau tidak Krabi langsung tiada dalam senarai tu tau! Memilih lokasi baru, memerlukan banyak kajian dan tinjauan. Maklumlah kita bukan selalu jadi pelancong ni kan? Nak jalan pintas aku pilih destinasi yg kawan2 familiar. Tak payah gugel sangat terus aje tanya kawan tu lebih senang. Satu destinasi tu adalah Bangkok. Dah ada lokasi tuh aku apa lagi mulalah gagau membuka youtube untuk menonton sendiri percutian yg orang lain kongsikan. Mmg tertarik, mmg the bomb lah Bangkok ni. Itu belum baca belog-belog dah tertawan hati (tak sempat pun baca sebenarnya). Dalam teruja tuh entah macam mana aku terbukak satu destinasi yg aku tak pernah dengar sebelum ni (selalu sangat kebetulan kan?) Chiang Mai, Thailand.  Chiang Mai ni terletak ...

Entri Di Pagi Hari

Julung-julung kali merayap malam di tengah bandar metropolitan, Kota Kinabalu, aku abadikan gambar ni. Walaupun gerimis, Nokia Lumia 1020 tidak menghampakan, perfect for lowlight scene. Sebelum tu aku ke Suria Sabah dgn misi memutuskan hubungan yg sudah terjalin sejak lebih tiga tahun. Hubungan yg aku kira sudah masak dan sepatutnya makin hebat. Namun aku harus akur dengan perkembangan teknologi. Selamat tinggal Broadband 3G, Celcom. Banyak jasa kau, tapi sejak langgan mobile data utk S3 ko makin kurang aku pakai. Tak pakai pun tiap bulan bayar bil. Itu pembaziran namanya kan? Aku fikir nak amik MIFI la lepas ni. Tengok bajet dulu. Kalau tak aku beli je simkad baru utk Note 10.1 aku ni. Malam ni tujuan asalnya nak menjamu selera di Anjung Senja. Makan Satay Kajang, tapi sayang kedainya tutup pula. Serbu foodcourt di paras tiga Suria Sabah, malangnya semua macam takde mood nak bisnes. Tutup awal. Cuba nasib di UpperStar, panjang pulak baris menunggu. Masa tu dah pukul lapan lebih. Tak d...