Inilah bahananya meniru lagak Mike Chang. Habis tetas semua getah regang. Terlebih regang kot masa buat latihan triseps petang tadi, habis tercabut penyambung dia.
Tukar tiub getah lagi, berulang lagi kejadian yg sama sebanyak dua kali. Habis tiga dari lima set tiub yg aku beli tu dah tak berkepala.
Nekad bulan puasa ni nak berfitnes, tak nak culas katanya maka aku sasarkanlah pada getah regang ni sebagai penyelesaian utama. Nak angkat besi sampai 30-40 kilogram tu haramlah dalam bulan puasa ni kan? Sebelum sungkai berkobar nak layan besi. Habis sungkai perut penoh mengampai tak ingat dunia!
Dah ada penyelesaian terbaik tuh -chewah- kena rajin lah tinjau-tinjau bagaimana nak mempelbagaikan rutin kan? Dlm saluran youtube Mike Chang, tempat rujukan aku nak carik workouts- nun ada feature penggunaan getah tuh utk triseps. Jadi lepas tonton aku pun cuba lah superset yg dia cadangkan.
Hujung-hujung nak abes dah workout, dah syok tuh, putus pulak kepala getah kita.
Apa nak buat Mike Chang pakai getah regang yg kualiti bagus. Aku pulak beli yg kualiti rendah punya!
Malam ni ha gagau carik replacement. Takpelah kot yea beli mahal sikit kali nih. Apa orang kata, alah beli menang memakai? Jangan lepas beli tak pakai sudah lah yea!

Ganas juga kau ni.. :P
BalasPadamkah kah kah... ganas boh lah...
BalasPadam