Cerita kemarin terserempak dgn DMM di Gaya Street. DMM ni owner hotel tempat aku kerja. Tak tahulah kalau dia cam aku ke apa... Datuk rasanya tak penah lagi nampak aku berpakaian selain uniform hotel.
Gara-gara nak mengelak tu, aku tangguh niat nak singgah ke Beng Kepala Rimau. Dari aku menyamar jadi tiang tanda jalan, atau terhendap-hendap di balik kereta, baik aku ronda2 tempat lain dulu lah kan?. Bila line dah clear baru datang balik ke sini.
Yg tak tahan tuh sempat snap lagi kan? Hahaha... Saje nak share creta dgn kengkawan dlm Tajau Bida' (grup Telegram).
Undur langkah hati-hati, opocot terjumpa plak tapak 0 KM nih, di Sabah Tourism. Di mana lagi tempatnya kalau bukan di Gaya Street jugak! Dah di sini apa lagi acukan henfon dan ketik ketik lah jawabnya.
Sape yg singgah Kota Kinabalu tuh nanti, cariklah tempat ni dan jgn lupa selfie tau! Landmark penting jugak di KK ni.
Menurut penerangan pada TAPAK 0 KM, tapak ni telah digazetkan pada tahun 1996 sebelum dirasmikan pada tahun 2011 oleh Ketua Menteri Sabah.
Bbrp langkah dari Sabah Tourism dan dongak sikit kepala boleh nampak Signal Hill Observatory. Lama dah simpan niat nak bawak family ke situ... Tapi setakat ni belum kesampaian. Nak pergi pun pada masa skrg apa yg nampak pun kan? Jerubu menyelubungi pemandangan Bandar Kota Kinabalu. Lain masa lain kesempatan kita singgah ke sana dan rakam apa yg patut.
Until next entry, sign off for now!





jalan2 tengok jerebu >__<
BalasPadammakanya makan asap jugaklah... sekejap je tu pun outdoor tuh boleh sesak napaih jugak lah.
Padam