Langkau ke kandungan utama

Tapak 0 KM, Kota Kinabalu


Cerita kemarin terserempak dgn DMM di Gaya Street. DMM ni owner hotel tempat aku kerja. Tak tahulah kalau dia cam aku ke apa... Datuk rasanya tak penah lagi nampak aku berpakaian selain uniform hotel.

Gara-gara nak mengelak tu, aku tangguh niat nak singgah ke Beng Kepala Rimau. Dari aku menyamar jadi tiang tanda jalan, atau terhendap-hendap di balik kereta, baik aku ronda2 tempat lain dulu lah kan?. Bila line dah clear baru datang balik ke sini.

Yg tak tahan tuh sempat snap lagi kan? Hahaha... Saje nak share creta dgn kengkawan dlm Tajau Bida' (grup Telegram).


Undur langkah hati-hati, opocot terjumpa plak tapak 0 KM nih, di Sabah Tourism. Di mana lagi tempatnya kalau bukan di Gaya Street jugak! Dah di sini apa lagi acukan henfon dan ketik ketik lah jawabnya.


Sape yg singgah Kota Kinabalu tuh nanti, cariklah tempat ni dan jgn lupa selfie tau! Landmark penting jugak di KK ni.


Menurut penerangan pada TAPAK 0 KM, tapak ni telah digazetkan pada tahun 1996 sebelum dirasmikan pada tahun 2011 oleh Ketua Menteri Sabah.


Bbrp langkah dari Sabah Tourism dan dongak sikit kepala boleh nampak Signal Hill Observatory. Lama dah simpan niat nak bawak family ke situ... Tapi setakat ni belum kesampaian. Nak pergi pun pada masa skrg apa yg nampak pun kan? Jerubu menyelubungi pemandangan Bandar Kota Kinabalu. Lain masa lain kesempatan kita singgah ke sana dan rakam apa yg patut.

Until next entry, sign off for now!

Ulasan

  1. Balasan
    1. makanya makan asap jugaklah... sekejap je tu pun outdoor tuh boleh sesak napaih jugak lah.

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku Terima Walau Sakit Hati

Ingat tak kes guest tak setel bil penginapan yg aku sorot sikit2 dalam bbrp entri sblm ni? Hahaha... Macam le ramai sangat yg follow nak tanya mcm tu kan? Alah for the sake of continuity plus malas dah nak story balik. So awal minggu ni kesnya concluded. Dipendekkan cerita, bil yg tak dijelaskan tu terpaksa diserap kosnya, di mana separuhnya datang dari aku. Selebihnya, anak2 buah yg tanggung. Melayang jugaklah duit yg sepatutnya boleh beli BD or DVD... Hahaha... Begitu pun aku tetap bersyukur sbb bos dah bertimbangrasa utk kurangkan jumlah yg perlu dibayar. Kalau tidak meraunglah jugak dibuatnya! Memandangkan aku ada bahagian dalam menolong orang2 susah ni, jadi tak salah kalau aku perkenalkan mereka2 ni kan? Bilik didaftarkan atas nama dia dia ni. Tak seperti dalam gambar kad pengenalan, penampilan si Masyitah ni jauh bezanya. Di luar dia berpenampilan ala2 tomboi. Ini surat yg digunakan oleh Masyitah utk meyakinkan pengurus kami yg dia bekerja di Lembaga Kemajuan Ikan Sabah. Namun a...

Destinasi Seterusnya

Selepas berbincang-bincang dengan Cietieto dan Adhie, kami akhirnya bersetuju untuk memilih Krabi sebagai destinasi seterusnya. Asalnya tu tak nak lagi tetapkan destinasi walaupun sudah ada bbrp nama tempat dalam kepala. Percaya atau tidak Krabi langsung tiada dalam senarai tu tau! Memilih lokasi baru, memerlukan banyak kajian dan tinjauan. Maklumlah kita bukan selalu jadi pelancong ni kan? Nak jalan pintas aku pilih destinasi yg kawan2 familiar. Tak payah gugel sangat terus aje tanya kawan tu lebih senang. Satu destinasi tu adalah Bangkok. Dah ada lokasi tuh aku apa lagi mulalah gagau membuka youtube untuk menonton sendiri percutian yg orang lain kongsikan. Mmg tertarik, mmg the bomb lah Bangkok ni. Itu belum baca belog-belog dah tertawan hati (tak sempat pun baca sebenarnya). Dalam teruja tuh entah macam mana aku terbukak satu destinasi yg aku tak pernah dengar sebelum ni (selalu sangat kebetulan kan?) Chiang Mai, Thailand.  Chiang Mai ni terletak ...

Dua Puluh Dua Puluh

Hujan akhirnya berhenti. Jariku mula gatal mahu mengetuk-getuk papan kekunci. Ku jenguk di luar. Langit masih murung. Hati terdorong utk mengarang. Aku kira semua mengalami episod gelap sepanjang tahun 2020. Tahun yg kononnya Malaysia diwawasankan bakal menjadi negara maju. Teringat aku masa sekolah dulu, naif serta malas ambil tahu hal ehwal dunia dimomok dengan gagasan Chedet: WAWASAN 2020. Siapa tahu kenapa tahun 2020 di pilih, tanya cikgu diperhimpunan. Aku yg cuba hadir di ketika, menelinga penjelasan. Lain kali kalau cikgu lain tanya aku dah ada jawapan. Yakin. Habis sekolah, masuk matrikulasi dan keluar universiti, apa perincian wawasan pun aku tak pernah cuba ingat. Agaknya aku tahu secara buta tapi seakan mengerti bahawa Wawasan tu tak mungkin tercapai atau sekurang-kurangnya pada tahun yg dipilih. Dalam akal fikiran aku hanya ada bbrpa perkara yg aku tidak bicarakan dengan sesiapa. Betapa dalamnya lubuk hati aku ini tidak ada siapa boleh mengakalinya... Chewah!  Sesekali ...