Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2017

Buat Tatau

Apa yg meresahkan orang-orang hotel akhirnya terjawab juga... Bermula 1 Sep 2017, setiap pelancong asing dan ada permit kerja tapi menginap di luar kawasan akan dikenakan TTx sebanyak RM10 sebilik per malam. Masa melancong ke Bali tempohari rasanya ada jugak cukai pelancongan ni. Cuma cara kutipan saja yg berbeza. Ketika keluar dari Bali, pelancong asing akan dikenakan sejumlah cukai tertentu. Aku tak pasti berapa jumlah yg dikenakan sebab cukai tersebut masa aku melancong ke Bali telah disekalikan dalam harga tiket penerbangan balik ke Malaysia. Kalau kau banding harga tiket pergi dan balik, korang akan perasan tiket balik tu mahal sikit. Mahal sikit tu yg aku tak pasti jumlahnya berapa. Kalau ada mahal pun mungkin dalam RM30 ke RM50... Disebabkan dah dimasukkan terus dalam harga tiket, tak lah terasa sangat macam implementasi pengiraan cukai pelancong pada setiap malam menginap. Satu nak kutip. Satu hal lagi nak menjelaskan kepada pelancong. Kalau dapat pelancong yg ...

Planet Kecil

Eh kenapa dengan tajuk entri kali ni? Ada kaitan dgn penjelajahan luar angkasa ker? Luar angkasa tu tak jugak lah. Luar negara ada sikit... Ngee. Hitung detik tinggal dalam 2 minggu lagi nak terbang ke Siem Reap. Dalam huru hara bersiap tuh terlintas dalam hati apa kelainan yg nak dibuat kali nih. Swafoto dah lazim sangat. Tembak pemandangan dah terlalu biasa jugak. Takde apa pemandangan sgt pun aku ketik sana ketik sini jugak. Dan bagi yg mengikuti belog ni dan saluran aku di youtube sememangnya sudah tahu sangat aku suka shut video. Jadi nak buat apa? Ketika aku sedang ralit melayari instagram aku ternampak satu gambar yg memberikan aku ilham. Dari situ aku tinjau-tinjau di youtube dan tertarik dengan apa yg aku lihat. Ragu-ragu jugak pada mulanya, tapi biasalah bisikan Zalitun terlalu kuat. Takpe beli skrg sempat lagi. Gaji pun tak lama lagi kan? Macam tu lah kawan-kawan sekalian bila dapat ilham suh beli gajet baru. Bolong akaun beng jadinya. Seharian jugak ak...

Hiking di Bukit Padang

Senyum keletihan selepas berjaya menawan puncak bukit Padang di Taman Tun Fuad. Berhenti sekejap berswafoto bagai sebagai kenangan. Sambil bagi masa mereka dua ni rehat aku terus gerak ke mercu tanda puncak bukit Padang. Mercu tu tak jauh dari tempat kami berteduh. Johan dah duluan pergi tadi aku ketinggalan sebab sibuk ketik pemandangan Kota Kinabalu dari puncak bukit Padang. Aku ajak Suzie pergi sama tapi dia kata nak terus rehat lepas mengah naik tangga umur panjang sebelum rehat pertama kali. Bila bercakap pasal tangga umur panjang ni mmg salah kami jugak sebab terlalu yakin memilih trail 3 utk hiking kami kali nih. Sudahlah langkah tangga besar-besar dan curam pulak tuh mmg menempah sengsara lah jawabnya. Kalau tangga begitu dibuat utk pendaki gunung Kinabalu mmg tercabut lah lutut. Tangga tu satu hal, yg peliknya takde option lain utk meringankan sikit pendakian melalui tangga umur panjang tuh. Inilah rupa tangga umur panjang yg aku cakap tuh dari perhe...

Hiking di Bukit Kopungit

Seronok dengan aktiviti hiking di bukit Boya, kami bertiga pun sepakat utk tawan bukit yg lain pulak. Bukit yg menjadi sasaran kami berikutnya adalah bukit Kopungit. Rasanya cukuplah sekadar aku nyatakan di sini yg bukit Kopungit ni terletak di Kepayan. Kalau pembaca budiman nak tahu lebih lanjut lagi tentang tempat ni rajin-rajinkan lah diri mengugel ya? Takan semua asyik nak suap je kan? Kan? Jadi kita terus sahaja kepada aktiviti yg kami buat semasa hiking di bukit Kopungit nih. Secara jujurnya selepas hiking di bukit Boya, lenguh-lenguh jugak seluruh badan terutama kaki. Bila dah seronok mana dah nak fikir tu semua kan? Punyalah tak sabar tuh belum pun naik keta balik dari bukit Boya dah plan nak hiking bukit mana. Masa kami sampai di starting point tuh, dah nampak kereta parkir panjang. Dalam fikiran kami masa tuh mesti ramai hikers bertandang ke bukit Kopungit hari tuh. Kebetulan pula hari Ahad, hujung minggu maka susup sasap lah hikers cuba mendaki bukit Boya. Kem...

Cerita Hiking di Bukit Boya, OBS

Alah cerita lama, baru skrg nak soh-seh. Memandangkan hujan dah reda, bekalan air dah okay maka aku pun dengan senang hati, berlapang dada untuk hapdet belog nih. Aktiviti hiking bukit ni benda baru bagi aku. Jadi bila diajak menjelajah bukit Boya di Outbound Sabah dalam tiga minggu sudah di kepala aku ada satu ja... Peluang shut video! Sihat dan cergas tu belakang kira lah kan? Setelah menamatkan hiking baru sedar betapa syoknya aktiviti ni lagi-lagi bila di hujung perjalanan dihadiahkan pemandangan yg indah seperti berikut... Rasa berbaloi-baloi tak pergi hiking kalau begini punya cantik pemandangan? Berpandukan maklumat yg kami perolehi dari bbrp belog di Internet kami pun memulakan perjalanan tanpa tahu apa yg bakal kami hadapi di penghujung hiking. Member dua org tuh pun baru pertama kali hiking sebenarnya... Dalam kebanyakan belog mmg tak cerita pasal pantai di Outbound Sabah nih. Kami tahu pun sebab, kebetulan, rombongan adik beradik Jaz dan Ritah hik...

Membilang Hari

Aduh, duk duk dah jantung. Ikutkan tinggal bbrp minggu lagi tapi dalam kepala dah mcm bbrp hari lagi nak pegi Siem Reap. Geng yg nak pergi sama pun, kali ini satu kumpulan 4 org, dah rancak bercerita keterujaan masing-masing. Aku pun terpalit sama dan bila tengok full itinenary yg aku construct sendiri, ya hampun macam semua tempat nak pegi. Sebelum serah itinerary ni pada supir di sana mungkin aku akan buat trimming process dan fokus pada main attractions dan tempat yg betul2 nak pegi. Yalah waktu lawatan singkat, maka perlu bijak mengatur destinasi dgn masa yang ada. Mana destinasi yg berdekatan aku kumpulkan menjadi satu. Tak lah habis masa di jalan raya aje bukan di destinasi yg nak dilawati. Before long, I come to a realization. I'm good at this. Ikutkan aku, Angkor Wat tu ja yg aku nak pusing keliling. Tapi tak syok pulak kalau itu je yg kami pegi kan. Lagi pula aku merancang bukan utk diri sendiri tapi utk tiga orang yg lain. Itulah yg menjadi isi kandunga...

Kemelut & Kejutan

Setakat entri ni ditulis, kemelut air masih berterusan. Ikutkan dari notis dari Jabatan Air, gangguan air bermula dari jam 10 malam 16hb Ogos hinggalah besok paginya, pukul 5. Sepanjang hari 17hb air tak masuk tangki. Kalau ada pun sangat kecil dan tidak mampu menampung penginap yg ramai pada masa nih. Mujur jugaklah waktu siang hari kebanyakkan penginap keluar. Namun tempoh yg ditangguhkan bukan jadi penyelesaian sebaliknya menjadi igauan ngeri. Ini semua kami pergunakan untuk rancangan birthday surprise bos kami. Awalnya kami santai saja menunggu sebab pada hari yg kami buat birthday surprise tuh ada lah hari meeting mingguan dijalankan. Rancangan hampir gagal bila bos pulak tidak datang. Mahu tidak mahu, terpaksa guna helah tiada air untuk paksa bos kami tuh datang. Hasilnya mmg tidak menghampakan! Mari kita tengok gerak perlahan reaksi bos kami bila disergah dengan letupan "party poppers". Maaflah kualiti rendah dari video penuh sebelum nih. ...

Apa Ada Dengan Cinta?

Terus-terusan hujan nampaknya. Bbrp kawasan mulai digenang air, sana sini naik banjir kilat. Di hotel tempat aku kerja didatangi masalah gangguan air. Sejak dari mingu lepas gangguan bermula, punca awal kerana jabatan air tutup takungan air untuk pembersihan sehinggalah skrg masalah saluran air pula rosak gara-gara kenaikan air. Dengan high occupancy di waktu-waktu begini boleh bikin serabut. Masalah air berlanjutan, hujan terus turun. Take a break. Layan DVD dulu. Seronok sebab dapat tonton semula muvie ni dlm btk DVD. Mujurlah ada kawan kenalkan @bukuindonesiaku di mana aku beli DVD dan CD muvie nih, dapat jugak aku mengimbau kembali kenangan dahulu kala ketika bergelar graduan... gituh. Yg peliknya citer ni part watak Cinta dan Rangga berpisah tu ja yg aku ingat. Selebihnya hilang dari ingatan. Bila dah tonton balik ni, barulah refresh balik memori tu. Seronok pulak layan. Jalan cerita serasa segar dan seakan masih relevan walaupun sudah 15 tahun berlalu. Dit...

Senjaku Hala

Lebat betul hujan turun tiap petang. Rindu pulak momen2 tiap petang berjoging di pantai dan menikmati waktu senja. Peluang yg ada aku abadikan dalam bentuk piksel. Maka terakamlah detik-detik matahari terbenam yg jarang-jarang sekali aku nikmati. Biasanya aku layan matahari terbit ja. Dah cuaca elok tu aku apa lagi berlari ke pantai terbangkan deron lah kerjanya. Lama jugak aku tak terbangkan dari sebelum puasa sampai habis bulan Syawal baru tergerak hati nak melentik-lentik jari mengawal alat kawalan jauh yg ditinggalkan begitu lama. Dari hasil rakaman nampaknya aku masih cekap mengawal penerbangan deron. Aku gasak sampai dua bateri layan tuh. Benda yg aku tak pernah buat sebelum ni. Biasanya aku bawak satu bateri je. Nak lepaskan gian punya pasal... Dua2 bateri aku bantai! Dalam nikmat tuh ada jugak dugaan gitu. Tak hujan berhari-hari, cuaca pulak membahang, entah tiba-tiba aku dapat plak bbrp bijik ulser di mulut. Sakitnya ya hampun tuhan je tahu. Ulser teta...

Keindahan Aidilfitri 2017

Ha langis ko satay tunjuk kitorang... Cop dah berapa haribulan hari ni? Hahahaha... Hari tu janji bukan main lagi nak hapdet dalam masa terdekat. Tup-tup dalam masa terjauh jadinya. Maafkan lah diri hamba yg tak sempat mengadap belog ni wahai pembaca budiman. Akhir2 ni aku dah terjebak dengan kegiatan sihat, hiking bukit2 di sekitar sini. Dah sibuk tuh maka laju jugaklah aku shut sana dan shut sini. Sihat dapat praktis shut pun dapat... Dua dalam satu gitu. Nanti aku akan ceritakan lebih lanjut lah pasal aktiviti hiking yg sejak dua menjak ni macam diancam oleh hujan turun petang. Entri khas gitu di tempat-tempat yg aku hiking tu jangan risau. Berbalik kepada majlis raya kitorang hari tuh mmg Alhamdulillah diraikan secara sederhana tetapi meriah. Tak sempat lah nak snap gambar semua menu orang lain yg tak berapa nak laku tuuu... Hahahaha... Janji menu yg dihidang banyak dan boleh bungkus bawak balik lagi ha. Dengan rezeki yg melimpah tu sempat jugak lah kami menjemput pe...