Langkau ke kandungan utama

Membilang Hari

Aduh, duk duk dah jantung. Ikutkan tinggal bbrp minggu lagi tapi dalam kepala dah mcm bbrp hari lagi nak pegi Siem Reap.

Geng yg nak pergi sama pun, kali ini satu kumpulan 4 org, dah rancak bercerita keterujaan masing-masing.


Aku pun terpalit sama dan bila tengok full itinenary yg aku construct sendiri, ya hampun macam semua tempat nak pegi.

Sebelum serah itinerary ni pada supir di sana mungkin aku akan buat trimming process dan fokus pada main attractions dan tempat yg betul2 nak pegi.

Yalah waktu lawatan singkat, maka perlu bijak mengatur destinasi dgn masa yang ada. Mana destinasi yg berdekatan aku kumpulkan menjadi satu. Tak lah habis masa di jalan raya aje bukan di destinasi yg nak dilawati.

Before long, I come to a realization.

I'm good at this.

Ikutkan aku, Angkor Wat tu ja yg aku nak pusing keliling. Tapi tak syok pulak kalau itu je yg kami pegi kan. Lagi pula aku merancang bukan utk diri sendiri tapi utk tiga orang yg lain.

Itulah yg menjadi isi kandungan monolog dalam diri bila mengatur cuti-cuti begini. Aku dah tak gerak sendirian kena fikir orang lain juga.

Dalam sembang-sembang dah nak terbang ke Siem Reap tuh, terselit jugak rancangan masa depan, bincang-bincang destinasi seterusnya.

Teringin jugak nak ke Bali sekali lagi. Atau pun ulang sekali lagi ke Jogja. Apa pun destinasi seterusnya aku fikir lebih baik diutamakan dulu destinasi yg aku belum pernah pijak.

Taj Mahal? Anyone?

Apa kata hati?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...