Langkau ke kandungan utama

Planet Kecil

Eh kenapa dengan tajuk entri kali ni? Ada kaitan dgn penjelajahan luar angkasa ker?

Luar angkasa tu tak jugak lah. Luar negara ada sikit... Ngee.

Hitung detik tinggal dalam 2 minggu lagi nak terbang ke Siem Reap. Dalam huru hara bersiap tuh terlintas dalam hati apa kelainan yg nak dibuat kali nih.

Swafoto dah lazim sangat.

Tembak pemandangan dah terlalu biasa jugak.

Takde apa pemandangan sgt pun aku ketik sana ketik sini jugak. Dan bagi yg mengikuti belog ni dan saluran aku di youtube sememangnya sudah tahu sangat aku suka shut video.

Jadi nak buat apa?

Ketika aku sedang ralit melayari instagram aku ternampak satu gambar yg memberikan aku ilham.

Dari situ aku tinjau-tinjau di youtube dan tertarik dengan apa yg aku lihat.

Ragu-ragu jugak pada mulanya, tapi biasalah bisikan Zalitun terlalu kuat. Takpe beli skrg sempat lagi. Gaji pun tak lama lagi kan?

Macam tu lah kawan-kawan sekalian bila dapat ilham suh beli gajet baru. Bolong akaun beng jadinya.

Seharian jugak aku berbolak balik dan memikirkan apa2 alasan utk tidak beli skrg. Mungkin nanti. Mungkin lepas gaji?

Hati mendesak aku pujuk diri utk melihat waras akal. Keputusan ditunda hingga besok.

Setelah berfikir panjang akhirnya aku pun ketik2 buat pesanan. Paling syok bila kau ikut gerak hati ni, semuanya seakan berjalan lancar.

Sehari selepas aku pesan gajet tu, bungkusan aku sampai.


Memperkenalkan gajet terbaru aku. Samsung Gear 360 edisi 2017.

Dah dapat tu aku apa lagi teruja lah kopek dan nak cuba. Macam biasalah kan cas dulu bagi penuh. Tapi ha, tak masuk cas pun.

Kenapa ni?

Puas aku tukar segala kepala plug, kabel, cucuk sana cucuk sini... Namun respon tetap nil.

Aku malaslah nak fikir senario yg paling buruk waktu nih. Barang baru terima takan dah rosak?

Selepas gugel segala rupanya ramai yg menerima nasib yg sama. Ada yg pulangkan dan dapatkan duit semula. Ada yg mintak ganti. Ada yg meracau pelik-pelik kata Samsung buat barang macam taik!

Aku bagaimanapun tetap tidak putus asa. Nak pulangkan naya lagi nak menunggu. Aku gugel lagi sehinggalah jumpa penyelesaiannya.

Cas gajet aku tu menggunakan PC atau komputer riba.

Bateri gajet aku tuh dah kosong habis. Bila kosong tak boleh cas terus dari soket dinding tuh. Dah cas secukupnya atau dlm 5 peratus barulah beralih kepada soket dinding.

Syukur dapat jugak... Kalau aku panik tadi kompom dah kol penjual!

Aku tinggalkan semalaman utk cas sampai penuh.

Esok pagi aku pun apa lagi, ngetest lah apa yg patut.

Satu yg aku betul2 nak cuba ialah bikin planet kecil atau #tinyplanet #tinyworld. Berikut adalah hasilnya...


Gambar 360 aku pos di pesbuk. Dekat belog aku tak tahu lah boleh ke tak.. Instagram aku tgk tak sokong gambar atau video 360 nih.

Buat masa ni aku post gambar 360 aku di Kuula.


Jadi inilah agaknya kelainan yg aku bakal buat bila di Siem Reap nanti.

Memandangkan menda baru, banyak lagi lah nak kena belajar. Dalam hati tuh mmg berdoakan agar ada byk masa nak explore itu ini. Buat masa ini kita buat yg simple2 saje lah dulu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...