Langkau ke kandungan utama

Kemelut & Kejutan

Setakat entri ni ditulis, kemelut air masih berterusan.

Ikutkan dari notis dari Jabatan Air, gangguan air bermula dari jam 10 malam 16hb Ogos hinggalah besok paginya, pukul 5.

Sepanjang hari 17hb air tak masuk tangki. Kalau ada pun sangat kecil dan tidak mampu menampung penginap yg ramai pada masa nih.

Mujur jugaklah waktu siang hari kebanyakkan penginap keluar.

Namun tempoh yg ditangguhkan bukan jadi penyelesaian sebaliknya menjadi igauan ngeri.

Ini semua kami pergunakan untuk rancangan birthday surprise bos kami.

Awalnya kami santai saja menunggu sebab pada hari yg kami buat birthday surprise tuh ada lah hari meeting mingguan dijalankan.

Rancangan hampir gagal bila bos pulak tidak datang.

Mahu tidak mahu, terpaksa guna helah tiada air untuk paksa bos kami tuh datang.


Hasilnya mmg tidak menghampakan!

Mari kita tengok gerak perlahan reaksi bos kami bila disergah dengan letupan "party poppers".


Maaflah kualiti rendah dari video penuh sebelum nih.

Sepanjang misi membuat kejutan kepada bos ni aku seakan tamak nak radu semua kerja. Mana nak shut video, mana nak shut gambar. Entah macam mana lah rupa aku sambil pegang GoPro, sambil pegang kamera Sony aku tuh.

Tak cukup tuh aku overshadow lagi jurukemudi majlis dan kawal semua yg terlibat! Mengarah semua buat itu dan buat ini.

Itu takpe lagi kot mmg aku bos pun kan? Yg membingungkan tuh aku ambil alih sebahagian peranan MC tuh. Lazimnya aku duk acu kamera ke subjek dan biarkan apa yg berada di hadapan lensa memberikan aksi tanpa sebarang campur tangan dari aku.

Selepas dah siap godek video, dah siap haplot, nonton bbrp kali baru aku perasan peranan aku dalam video tuh dah lebih-lebih.

Tak tahulah agaknya aku terlalu teruja ke apa sampai dah tak sabar untuk kisah hari tu unfold aku terjun ko-kendali majlis sama.


Big bos sedang berkongsi cerita bagaimana perasaannya menerima kejutan dari semua staf. Masa ni acu GoPro dan Sony pada masa yang sama. Gigih kan aku?

Keseluruhannya amat memuaskan kami. Kalau ada yang kurang tu kami tinggalkan sebagai kenangan.

Tahniah kepada semua yg berkerja keras mengatur hadiah buat bos (kami bagi tiga: jigsaw puzzle yg ada gambar masa sambutan hari raya tuh; eye mask dari Ogawa; sweat shirt ada gambar bos), merancang helah dan menyiapkan jamuan.

Tahun depan kita atur lagi yg lain!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...