Langkau ke kandungan utama

Hiking di Bukit Kopungit

Seronok dengan aktiviti hiking di bukit Boya, kami bertiga pun sepakat utk tawan bukit yg lain pulak. Bukit yg menjadi sasaran kami berikutnya adalah bukit Kopungit.

Rasanya cukuplah sekadar aku nyatakan di sini yg bukit Kopungit ni terletak di Kepayan. Kalau pembaca budiman nak tahu lebih lanjut lagi tentang tempat ni rajin-rajinkan lah diri mengugel ya? Takan semua asyik nak suap je kan? Kan?


Jadi kita terus sahaja kepada aktiviti yg kami buat semasa hiking di bukit Kopungit nih.

Secara jujurnya selepas hiking di bukit Boya, lenguh-lenguh jugak seluruh badan terutama kaki. Bila dah seronok mana dah nak fikir tu semua kan? Punyalah tak sabar tuh belum pun naik keta balik dari bukit Boya dah plan nak hiking bukit mana.

Masa kami sampai di starting point tuh, dah nampak kereta parkir panjang. Dalam fikiran kami masa tuh mesti ramai hikers bertandang ke bukit Kopungit hari tuh. Kebetulan pula hari Ahad, hujung minggu maka susup sasap lah hikers cuba mendaki bukit Boya.

Kemeriahan hikers berlumba-lumba menawan puncak dan to get the feeling mcm mana mendaki bukit Kopungit tu korang boleh saksikan sendiri dalam video yg aku kepilkan di atas.

Oh ya kalau selepas berhikers terasa lapar atau terasa dahaga jangan risau. Di bawah malah di atas puncak ada kedai minum dan makan.

Tak cukup itu, tandas pun disediakan hokey!

Sewaktu di puncak bukit Kopungit aku perhatikan awan di atas kepala sudah mula kelihatan muram, seakan bila-bila masa aje akan turun hujan. Berbeza dengan masa mula-mula mendaki, suasana terik pukul 5 ptg.

Tapi ikhlas aku kata, biar pun awan berbondong-bondong di angkasa pemandangan Kota Kinabalu dari bukit Kopungit tetap menarik perhatian. Sempat jugak aku acukan kamera zum sejauh yg boleh menangkap panorama yg ada.


Dari atas ni boleh nampak Lapangan Terbang KKIA T2 di Tanjung Aru yg dulunya untuk penerbangan kos rendah seperti Air Asia. Sejak ditutup kepada umum, semua penerbangan dipindahkan operasinya ke KKIA T1 di Petagas. Dengar cerita kos pengoperasian di KKIA T1 lebih tinggi menyebabkan penerbangan terus dari Kota Kinabalu ke Bali, Jogjakarta ditamatkan.


Jauh di bawah kita boleh nampak jugak fly over yg sedang dibina bagi menghubungkan kompleks Aeropod (yg juga masih dalam pembinaan) ke jalan utama atau mungkin juga ke KKIA T2 kalau ia dibuka pada masa akan datang. Bila dah buka balik tu harap-harap ada lah penerbangan terus ke Bali, boleh hari-hari kita bercuti di sana!


Dari sudut lain pula sorotan dari skrin kamera, mempamerkan sisi Kota Kinabalu yang aku tak berapa kenal. Aku pun kurang pasti di manakah kedudukan bangunan yg sedang dalam pembinaan nih... Dan apa pulak Pagoda tinggi tu buat di sana? Aneh. Bangunan yg rendah di sisi sebelah kiri gambar tu lagi lah aku tak tahu bangunan apa...


Inilah geng hiking aku yg bulat-bulat tak berbucu.

Dah dipaksa gambar melompat akhirnya aku hadiahkan mereka dgn shot normal ni. Nak jugak suh pose begini pose begitu tapi rasanya cukuplah suh pose tahan nafas aje. Tinggi kemahiran nak kontrol perut yg nak terjojol tuh kalau nak tau.

Kalau takde kemahiran tu aku nasihatkan supaya susutkan berat badan ya! Jangan malas2 bersenam macam kitorang ni. Salah makan dan tak bersenam. Sudahnya perot memboroi ke depan...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...