Langkau ke kandungan utama

Senjaku Hala

Lebat betul hujan turun tiap petang. Rindu pulak momen2 tiap petang berjoging di pantai dan menikmati waktu senja.



Peluang yg ada aku abadikan dalam bentuk piksel. Maka terakamlah detik-detik matahari terbenam yg jarang-jarang sekali aku nikmati. Biasanya aku layan matahari terbit ja.


Dah cuaca elok tu aku apa lagi berlari ke pantai terbangkan deron lah kerjanya.

Lama jugak aku tak terbangkan dari sebelum puasa sampai habis bulan Syawal baru tergerak hati nak melentik-lentik jari mengawal alat kawalan jauh yg ditinggalkan begitu lama.

Dari hasil rakaman nampaknya aku masih cekap mengawal penerbangan deron. Aku gasak sampai dua bateri layan tuh. Benda yg aku tak pernah buat sebelum ni. Biasanya aku bawak satu bateri je. Nak lepaskan gian punya pasal... Dua2 bateri aku bantai!

Dalam nikmat tuh ada jugak dugaan gitu. Tak hujan berhari-hari, cuaca pulak membahang, entah tiba-tiba aku dapat plak bbrp bijik ulser di mulut.

Sakitnya ya hampun tuhan je tahu.

Ulser tetap ulser selera makan tetap ada. Boleh gitu?

Dengan turun hujan sepanjang minggu ni, antara aktiviti terbantut adalah hiking ke bukit2 berdekatan.

Setakat ni aku dah pergi dua bukit. Bukit Boya dekat Outbound Sabah dan satu lagi Bukit Kopungit di Kepayan.

Diikutkan sasaran berikutnya adalah bukit Padang di sekitar Kepayan jugak. Memandangkan hujan nampaknya niat berhiking di hujung minggu terpaksalah dibatalkan.

Esok ada masa aku perihalkanlah dengan lebih lanjut kisah hiking di dua bukit yg aku sebutkan sebelum ni.

Harap tak le sampai bulan depan ya penantian tuh. Akhir cerita, jumpa di lain entri ya!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...