Langkau ke kandungan utama

Apa Ada Dengan Cinta?

Terus-terusan hujan nampaknya.

Bbrp kawasan mulai digenang air, sana sini naik banjir kilat.

Di hotel tempat aku kerja didatangi masalah gangguan air. Sejak dari mingu lepas gangguan bermula, punca awal kerana jabatan air tutup takungan air untuk pembersihan sehinggalah skrg masalah saluran air pula rosak gara-gara kenaikan air.

Dengan high occupancy di waktu-waktu begini boleh bikin serabut.

Masalah air berlanjutan, hujan terus turun.

Take a break. Layan DVD dulu.


Seronok sebab dapat tonton semula muvie ni dlm btk DVD.

Mujurlah ada kawan kenalkan @bukuindonesiaku di mana aku beli DVD dan CD muvie nih, dapat jugak aku mengimbau kembali kenangan dahulu kala ketika bergelar graduan... gituh.

Yg peliknya citer ni part watak Cinta dan Rangga berpisah tu ja yg aku ingat. Selebihnya hilang dari ingatan.

Bila dah tonton balik ni, barulah refresh balik memori tu. Seronok pulak layan. Jalan cerita serasa segar dan seakan masih relevan walaupun sudah 15 tahun berlalu. Ditambah pula versi ini telah diremastered secara digital! Menambah-nambah lagi keseronokan layanan selepas makan malam!

Selesai citer nih kita beralih pula kepada bahagian yg kedua... AADC2


DVD AADC2 pun aku dapat baru-baru nih. Jadi dah takde alasan lagi lah kalau aku nak lengah-lengahkan layan. Biar sangkut lama, jangan tertutup keinginan untuk menonton. Aduhhh... pasti terbawa-bawa kepada kenangan Cuti-cuti Jogjakarta tahun lalu...

Selesai menonton AADC2 yg aku boleh katakan jalan ceritanya agak kurang menarik. Kalau yg pertama kita melekat terus di layar dari awal hingga akhir kerana terhibur dengan kerenah keremajaan anak-anak sekolah disulami dengan puisi indah kali ini elemen itu seakan tiada.

Adakah kerana semua watak2 pelakon sudah meningkat usia atau sebenarnya sudah tiada modal untuk jalan cerita?

Mujur muzik runutnya meninggalkan kesan dan sememangnya sentuhan Kak Melly dan Abang Anton masih majis seperti dulu.

Okeylah sudah habis layan semuanya, aku harus kembali ke dunia nyata. Ada bbrp hal kerja yg perlu lunaskan.

Akhir kata, ketemu lagi di entri akan datang.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...