Langkau ke kandungan utama

Hiking di Bukit Padang


Senyum keletihan selepas berjaya menawan puncak bukit Padang di Taman Tun Fuad. Berhenti sekejap berswafoto bagai sebagai kenangan.

Sambil bagi masa mereka dua ni rehat aku terus gerak ke mercu tanda puncak bukit Padang.

Mercu tu tak jauh dari tempat kami berteduh. Johan dah duluan pergi tadi aku ketinggalan sebab sibuk ketik pemandangan Kota Kinabalu dari puncak bukit Padang.

Aku ajak Suzie pergi sama tapi dia kata nak terus rehat lepas mengah naik tangga umur panjang sebelum rehat pertama kali.


Bila bercakap pasal tangga umur panjang ni mmg salah kami jugak sebab terlalu yakin memilih trail 3 utk hiking kami kali nih.

Sudahlah langkah tangga besar-besar dan curam pulak tuh mmg menempah sengsara lah jawabnya.

Kalau tangga begitu dibuat utk pendaki gunung Kinabalu mmg tercabut lah lutut.

Tangga tu satu hal, yg peliknya takde option lain utk meringankan sikit pendakian melalui tangga umur panjang tuh.


Inilah rupa tangga umur panjang yg aku cakap tuh dari perhentian pertama untuk ambil nyawa. Ramai jugak yg menggunakan trail ini dgn penuh ketabahan.

Nasib jugaklah selepas bbrp hari hiking kaki aku tak sakit sangat. Dan boleh lagi lari2 anak ke sana ke mari. Ewah gitu riak sangat.


Kami untung pagi kami hiking tu langit cerah jadi dapatlah menyaksikan pemandangan gunung Kinabalu dari puncak bukit Padang yg menyejukkan mata sebegini.


Rasa macam berada di dunia khayalan sahaja bila melihat pemandangan yang masih dihiasi kabus pagi menyeliputi vista. Dari kejauhan kelihatan bangunan Yayasan Sabah yg menjadi mercu bangunan di Sabah. Skrg kelihatan kerdil berbanding dengan bangunan kerajaan di sebelahnya.


Ha amek kau siap bawak deron lagi brother sorang tuh. Aku kalau tak memikirkan banyak sangat gajet yg aku angkut mahu jugak bawak deron aku yg burok tuh... Dah ada org lain bawak kita tumpang ketik je lah.

Sudah sampai puncak bukit Padang baru kami tahu ada trail yg lebih mudah untuk dilalui. Masa berpatah balik kami pilih laluan nih, trail 2.

Semasa menuruni bukit padang menggunakan trail 2 kami menyaksikan pemandangan yang sedikit berbeza. Di sepanjang laluan kami melihat bbrp sarang lebah Kelulut yg diternak untuk dituai madunya.




Menurut Johan lebah Kelulut ni bagus selain mahal hasil madunya, koloni ni tidak menyengat orang. Kasiannya kau lebah Kelulut, sudahlah penat kumpul nektar manusia pergi curik pulak.. Bertabah jelah!


Aksi-aksi regangan kaki bila selamat sampai di bawah semula. Muka derang tak macam ni lega masa di atas tadi... Ambil 10 ke 20 minit jugak gambar paling atas tu diketik. Kalau tidak semua muka pancit.

Destinasi hiking seterusnya dan terakhir untuk bulan ni kami pergi lebih jauh. Di mana itu korang nantikan di entri yg berikutnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...