Langkau ke kandungan utama

Cerita Hiking di Bukit Boya, OBS

Alah cerita lama, baru skrg nak soh-seh. Memandangkan hujan dah reda, bekalan air dah okay maka aku pun dengan senang hati, berlapang dada untuk hapdet belog nih.

Aktiviti hiking bukit ni benda baru bagi aku. Jadi bila diajak menjelajah bukit Boya di Outbound Sabah dalam tiga minggu sudah di kepala aku ada satu ja...

Peluang shut video!

Sihat dan cergas tu belakang kira lah kan?

Setelah menamatkan hiking baru sedar betapa syoknya aktiviti ni lagi-lagi bila di hujung perjalanan dihadiahkan pemandangan yg indah seperti berikut...




Rasa berbaloi-baloi tak pergi hiking kalau begini punya cantik pemandangan?

Berpandukan maklumat yg kami perolehi dari bbrp belog di Internet kami pun memulakan perjalanan tanpa tahu apa yg bakal kami hadapi di penghujung hiking. Member dua org tuh pun baru pertama kali hiking sebenarnya...


Dalam kebanyakan belog mmg tak cerita pasal pantai di Outbound Sabah nih. Kami tahu pun sebab, kebetulan, rombongan adik beradik Jaz dan Ritah hiking dari kampung Taun Gusi melalui pantai menyuruh kami teruskan lagi perjalanan sampai di bawah nih.

Kami ikut aje lah arah tuju adik beradik Jaz tuh. Bila dah sampai bawah mmg tak kwasa dah nak patah balik.

Adik beradik Jaz dan Ritah kata ikut jalan pantai ni boleh tembus balik ke Outbound Sabah di mana kami memulakan hiking.

Sekurang-kurangnya ikut jalan pantai ni lebih mudah dan nyaman. Pemandangan pulak indah dan tak payah dah nak mendaki dan menuruni lurah2 bukit Boya yg berbelok-belok tuh.


Dah bertembung dengan rombongan adik beradik Jaz dan Ritah kami pun berhenti sekejap mengambil gambar kenang kenangan, berswafoto segala, tanda pagar hiking di bukit boya.

Plis jangan kutuk aku yg berseluar jeans tu ya.


Ha tu dia sempat lagi curik gambar sunset sebelum masuk keta balik... Kalau ada masa tadi mahu aje aku tunggu sampai matahari terbenam. Dah duk dalam hutan ni takut pijat dan nyamuk ja.


Ekceli tak jauh bukit Boya ni dari tempat kerja. Boleh teropong dari atas bukit dan nampak bumbung cenonet. Kalau rerajin tu boleh lah kut ulang 10x hiking di sini (jangan harepp).

Kawasan lapang tu bekas tapak penempatan baru bagi penghuni pulau Gaya yg dibantah keras oleh masyarakat setempat.

Kawasan Kinarut nih dah sedia wujud penempatan pelarian Filipina tahun 70an dulu. Nak tambah lagi kawasan baru untuk mereka pasai apa???

Konflik di Filipina tu dah lama tamat pasai pa kita masih wujudkan kawasan pelarian tuh?

Why? Why?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...