Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2018

Montukod 2.0

Menapak lagi ke pulau Montukod buat kali kedua. Pergilah selagi ada kesempatan kan? Tak rancang sangat pun sebenarnya. Nampak cuaca elok terus je redah walaupun hanya berdua. Nak tunggu satu rombongan rasanya 2050 pun tak dan lah! Masa pergi air laut tak berapa nak surut lagi. Atau sebenarnya dah pasang semula aku pun tak pasti masa tuh. Cuak jugak masa balik di hujung titik mula berlepas ke Montukod hanya nampak air laut je. Maunya air pasang... berenang kedidi lah kau ke daratan. Mujur jugaklah tak berapa dalam. Masalah dalam ke tak tu bukan isu sangat lah. Maunya ombak kuat... Nah terkuai-kuailah kau. Apa pun kami selamat balik. Sempatlah jugak aku merakam detik2 perjalanan ke pulau menggunakan kamera 360 aku. Kamera 360 plak ya hampun dah ada dot hitam... Aku pun tak pasti sangat ada kah masalah lensa atau masalah perisian. Harap2 glitch pada perisian lah.. Kalau masalah hardware mampus lah... Tanda2 nak suh beli yg baru lettew... Mmg dah terpikir nak h...

Sembilan

Ni kiranya entri tertunda. Pada 24 Ogos lepas aku 'escape' dari meeting dan pergi roadshow Samsung di Suria Sabah. Alasan aku ada urusan di luar, padahal beratur nak beli Note 9 dan kutip freebies. Aku tak keseorangan. Aku punya partner in crime, dah awal2 berpakat nak pergi beli lagi2 bila tahu ada promosi beli 2 unit dan unit kedua dapat diskaun 1k. Kami masing2 ambil versi yg 6gb ram dengan saiz storan dalaman 128gb. Harga asal 3700 dengan pembelian unit kedua diskaun tu dpt 2700. Unit kedua tu aku punyalah. Ini antara freebies yg aku dpt lah. Masa beli Note 9 tu rasa macam wow teruja sangat dengan S-Pen dia boleh bikin remote. Bila dah pakai rasa sama aje mcm pakai henfon Samsung. Bagaimanapun aku ambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan saiznya. Skrin macam terang 20% dan katanya bateri tahan seharian. Urmmm... bergantung kepada pemakaian jugak. Kalau byk pakai mmg tetap jugak kau kena cas cepat. Ini apa yg aku suka lah pasal Note 9. Bo...

Ole-Ole Dari Krabi

Trip ke tiga2 tempat yg aku ceritakan di entri sebelum ni dikenakan sebanyak 650baht termasuk lunch. Lunch dia sedap jugak, cuma hairan sikit stailnya. Mcm bikin penat sikit kat pekerja sebab perlu sentiasa layan kami tanya nak tambah tak lagi? Apa pun janji halal ya. Untuk merumuskan hari ketiga silalah layan video ni... Habis tour kami pun rancang2 nak carik ole-ole untuk dibawa balik. Sebelum tuh isi perut lah kan? Semasa kami di Ao Nang kami suka makan kat Bangboo Restauran. Kami sempat pergi dua kali je lah... Sebab mostly tour yg kami ikut dah selit lunch ataupun dinner. Dah jimat masa dan kos di situ. Tak payah pikir2 nak makan apa... Org hidang ko makan jelah. Jumpa org yg tak cerewet macam aku ni... Ko hidang apa je habis. Ni dah isi perut plan lagi nak isi sekali lagi lepas habis beli souvenir. Tadi dah melahap makanan Thai lepas ni konon2 nak makan ala western pulak. Alasan nak makan lagi sbb tenaga dah habis diperah masa hiking temple mountain siang...

Tiger Cave Temple Mountain

Aku time-time bercuti begini biasanya akan bertukar super celik. Tidur lewat, bangun tetap pukul 5 pagi. Berapa banyak kopi yg aku teguk aku pun tak tahu. Tengok muka sendiri kat cermin pun dah seram. Hari ketiga ni fikir boleh lah slow down sikit tapi jangkaan aku tu meleset habis. Hari ni lah yg makan banyak kuderat. Dan seperti biasa kitorang beli sarapan kat makcik siam tepi Family Mart di Muslim Street. Hari ni pergi mana, tanya makcik tuh sambil melirik mata ke juadah jualannya. Tak pergi mana-mana duduk bilik je rehat-rehat, tipu kami. Mujurlah trick kami tu berjaya. Kalau tidak, aku dah siap2 nak memecut kalau makcik tu nak tawar diri buat private tour lagi. Tour hari ketiga ni merangkumi tiga tempat: (1) Hot Stream (2) Emerald Pool (3) Tiger Cave Temple. Jauh jugak perjalanan nak ke dua tempat pertama. Kira-kira sejam jugak. Dah banyak kafein dalam sistem, apa aku boleh buat dalam perjalanan adalah to stay active. Nak lelap kejap tu haramlah. Sampai-sampa...

Phi Phi Island

Hari kedua dimulakan dengan pencarian sarapan halal. Pick up dibuat 8.20am jadi ada masa lagi nak ronda sepanjang-panjang barisan kedai di Ao Nang ni. Ao Nang ni kalau belah pagi sepi. Nak sarapan cepat bagus singgah 7E atau Family Mart je. Mmg ada section HALAL atau beli je mi segera ada tanda HALAL maka ko yakin jelah. Pagi-pagi buta ni aku takde selera nak makan yg segera-segera nih. Nak makan yg berat lah gitu. Nak gi pulau ni kena lah makan yg berkhasiat. Wakakakakak... Aku dan Adhie ingat2 ada gerai jual nasi lemak masa cari makan tengahari semalam. Jadi kami pun menapak lah ke Muslim Street. Cheh... Masa sampai gerai tu baru nak punggah keluar barang. Dari gaya menyusun barang tak nampak pun tanda-tanda urgent. Santai je ala2 skrg dah pukul 7, pukul 10 baru nak siap. Sebab malas dah nak menunggu dalam gerimis depan kedai sapa ntah, aku dan Adhie terus je ke gerai dengan harapan bila ada pelanggan ni makcik tu cepat sikit lah buat kerja. Makcik tu hanya pandang ka...

7 Islands Sunset Tour

Dalam jam 1.30 tengahari macam tu Kik memekik suh kami siap2. Van tour dah datang jemput kami info Kik. Suasana masih hujan tapi sekurang-kurangnya sudah tidak selebat satu jam yg lalu. Menurut Kik bot kami telah dinaiktarafkan kepada bot yg lebih besar, FOC. Cuaca tak elok tidak sesuai untuk bot-bot kecil katanya. Sblm memasuki bot, kami diberikan pelekat bertulis Mariam Tour sebagai pengenalan diri dan alatan snorkeling. Alatan snorkeling ni kena jaga. Kalau hilang atau rosak kena bayar 1000baht (sekitar 130 duit kita) Hentian pertama tak silap Chicken Island. Dalam hujan rintik-rintik kau pun bergambar sakan. Pastikan kamera, telefon pintar anda kalis air. Tau sahaja lah kita ke daerah dikelilingi lautan. Mana lagi air hujan. Jangan jadi member sorang ni. Yakin snap2 gambar guna telefon pintarnya yg bukan water proof maupun water resistance. Akibatnya, henfon masuk air tak boleh nak cas. Paling tidak pastikan henfon diberi perlindungan kalis air. Lepas tu...

Ao Nang

"Can speak Malay?" "No Malay." Maka sepanjang perjalanan ke Ao Nang encik Supir diam aje. Yang lain pula layan mengantuk. Untuk kejar flite pukul 7.10 pagi, kami semua terpaksa bermalam di epot. Tak biasa tidur di epot kebanyakkan kami hanya terkebil melihat orang lalu lalang menyebabkan bila jumpa kerusi empok dalam van pun boleh bikin terlena. Lain aku, mata aku celik. Rambang mata aku melihat ke kanan dan ke kiri. Maklumlah pertama kali jejak negeri Thailand. Sesampai di Ao Nang, kami diturunkan betul-betul depan The Dream Garden Hotel. Selepas aku dahulukan bayaran shuttle sebanyak 1500 baht kami dekati kaunter. Jam masa tu sekitar 9 pagi, jadi aku tak expect lah hotel akan bagi kami check-in awal. Tak dapat check-in awal pun sekurang-kurangnya boleh tinggalkan dulu beg sementara meronda sebahagian Ao Nang. Kik menyambut kami dengan mesra di ofis hadapan. Pada masa yang sama kami tanya-tanyakan juga pakej yg ada. Tour ...

Krabi Di Hati

Alhamdulillah. Selamat pergi, selamat kembali ke Malaysia. Percutian pendek 4H3M yg dirancang sejak tahun lepas, melangkaui jangkaan asal. Paling FUN, paling menghiburkan. Seketika aku lupa apa yg mengusutkan kepala di tanahair. Sebaik sahaja keluar dari perut kapal terbang macam biasa kami pun terus lah selfie. Di bawah sudah menunggu bas untuk membawa kami ke balai ketibaan. Kau fikir jauhlah sangat bas tu gerak. Belum sempat kau duduk bas dah berhenti depan pintu masuk. Aisehmen! Urusan imigresen berjalan lancar dan tak banyak songeh. Cop cop jalan keluar terus ke ruang orang menunggu ketibaan. Dah keluar tu yg pertama sudah tentulah carik orang pegang kertas A4 dengan nama aku. Dua minggu sebelum berangkat aku dah tempah transfer ke hotel melalui KrabiShuttle.com... Ada jugak rekues dgn hotel. Melihat tiada sebarang pengesahan dari hotel aku ambil inisiatif untuk carik sendiri. One way dia cas 750 baht. Aku ambil return so kena cas 1500 baht... Bahagi lim...