Langkau ke kandungan utama

Tiger Cave Temple Mountain

Aku time-time bercuti begini biasanya akan bertukar super celik. Tidur lewat, bangun tetap pukul 5 pagi.

Berapa banyak kopi yg aku teguk aku pun tak tahu.

Tengok muka sendiri kat cermin pun dah seram.

Hari ketiga ni fikir boleh lah slow down sikit tapi jangkaan aku tu meleset habis. Hari ni lah yg makan banyak kuderat.

Dan seperti biasa kitorang beli sarapan kat makcik siam tepi Family Mart di Muslim Street.

Hari ni pergi mana, tanya makcik tuh sambil melirik mata ke juadah jualannya.

Tak pergi mana-mana duduk bilik je rehat-rehat, tipu kami.

Mujurlah trick kami tu berjaya. Kalau tidak, aku dah siap2 nak memecut kalau makcik tu nak tawar diri buat private tour lagi.

Tour hari ketiga ni merangkumi tiga tempat: (1) Hot Stream (2) Emerald Pool (3) Tiger Cave Temple.

Jauh jugak perjalanan nak ke dua tempat pertama. Kira-kira sejam jugak.

Dah banyak kafein dalam sistem, apa aku boleh buat dalam perjalanan adalah to stay active. Nak lelap kejap tu haramlah.

Sampai-sampai di Hot Stream kami diberi masa selama lebih kurang satu jam.

Erm kau kasi 30 minit pun takpe aku rasa sbb hot streamnya bukan besar mana pun. Sekangkang kera je luasnya.

Nak berendam, maka ko kena bersaing lah dgn org2 yg duk berendam di situ.

Lagipun disebabkan hujan, hot stream tak baper nak panas.

Untuk tidak menghampakan diri kami pilih utk rendam kaki je kat kolam yg diairi hot stream.

Habis je masa di hot stream kami pun bergerak ke Emerald Pool.

Di Emerald Pool ni aku enjoy sikitlah dpt berenang seperti duyung akhirnya.

Duyung tak pegang GoPro okay?

Di kolam yg semulajadi kaler Emerald ni aku finally figure out mcm mana nak berenang dgn GoPro di tangan.



Setakat entri ni ditulis aku ada 2 GoPro. Selama itu jugak aku tak pernah guna GoPro masuk dalam air lagi tau!

Masa sebelum masuk Guide ada cakap yg Blue Pool ditutup.

Aku tak surprise sangat bila guide umumkan Blue Pool ditutup. Ada terbaca perihal Emerald Pool dan semua yg sekitar ditutup bila musim hujan berlangsung.

Musim hujan paras air naik menyebabkan air di sekitar kawasan ni melimpah.

Dah tak jadi pool dah... jadi banjir.



Inilah risiko bila kau pilih untuk datang masa low season. Tiket mungkin murah, tapi ada byk lokasi tarikan yg akan ditutup. Sekurang-kurangnya Emerald Pool dibukak so tak lah kecewa sangat.

Lokasi tarikan yg seterusnya ini yg bikin aku tak move on sampai skrg.

Yes, hiking di Tiger Cave Temple Mountain.

Aku fikir santai je tau hiking di sini tapi rupanya makan nyawa, putus nafas dibuatnya!

Bayangkanlah tu kena menapak 1'237 anak tangga atau 1'260 ikut kiraan anak tangga yg tercatat di tangga.

Aku yg dah almost pancit, low batt di hari ketiga ni tetap gagahkan jua mendaki... gigihkan diri yg sendiri boleh buat.

Sampai dipuncak aku spend tak lebih dari 5 minit pun di sana. Ambil gambar, snap sana snap sini aku kejar masa turun pula.


Kau fikir naik lagi menderita. Turun lagi rasa macam nak pitam.

"My knee's shaking", kongsi Mat Salleh tu sambil kami masing2 beri semangat untuk menuruni tangga yg curam.

Ada masa bila aku tak berbual dengan mat salleh tu aku terfikir nak golekkan diri aje ke bawah macam Po dalam Kungfu Panda. Tapi mengenangkan yg Po tu Panda aku ni manusia aku tahan diri.

Isi pun bukan banyak sangat. Kalau kau yg bergolek alamat patah riuk lah temulang kau.

Nanti balik bukan bawak kenangan manis, kenangan pahit.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...