Langkau ke kandungan utama

7 Islands Sunset Tour

Dalam jam 1.30 tengahari macam tu Kik memekik suh kami siap2. Van tour dah datang jemput kami info Kik.

Suasana masih hujan tapi sekurang-kurangnya sudah tidak selebat satu jam yg lalu.

Menurut Kik bot kami telah dinaiktarafkan kepada bot yg lebih besar, FOC. Cuaca tak elok tidak sesuai untuk bot-bot kecil katanya.

Sblm memasuki bot, kami diberikan pelekat bertulis Mariam Tour sebagai pengenalan diri dan alatan snorkeling.

Alatan snorkeling ni kena jaga. Kalau hilang atau rosak kena bayar 1000baht (sekitar 130 duit kita)

Hentian pertama tak silap Chicken Island.

Dalam hujan rintik-rintik kau pun bergambar sakan.



Pastikan kamera, telefon pintar anda kalis air. Tau sahaja lah kita ke daerah dikelilingi lautan. Mana lagi air hujan.

Jangan jadi member sorang ni. Yakin snap2 gambar guna telefon pintarnya yg bukan water proof maupun water resistance. Akibatnya, henfon masuk air tak boleh nak cas.

Paling tidak pastikan henfon diberi perlindungan kalis air.



Lepas tu kami singgah satu kawasan untuk snorkeling.

Aku yg tak pernah bawak GoPro dan GoPro Dome masuk air pun dengan bangganya terjun tiruk lagak penerjun Olimpik...

Pehhh... Gaya je lebih... Mana nak terapung mana nak kendalikan GoPro Dome... Memang hancurlah kejadiannya. Terkedek-kedek berpaut dengan bot cuba mengimbangkan diri dalam air dengan GoPro Dome bukan menghala ke aksi tapi jadi pengayuh pulak... wakakakaka...

Selepas episod sedih itu, aku pun malu nak turun snorkeling. Dari atas bot aku hanya melihat orang enjoy menikmati keindahan laut andaman. Adhie plak baru aje renang2 ke tengah dah krem kaki... Hurmmm... Pelari maraton ni umpat hatiku.



Aku sebetulnya tak tahu yg camera 360 aku ni splash-proof  masa di Krabi. Kalau aku tau mmg byk aku snap sana sini. Ini bila hujan reda baru aku berani keluarkan dan ambil gambar.

Ada bbrp kali lagi kami berhenti untuk snorkeling dan lepas tu kami pun dibawa ke Railay Beach untuk makan malam sesambil menikmati sunset.

Dah nama tour pun ada sunset kan?

Jadi sunsetnya mana?

Ribut ada le...

Bila aku kenang balik masa nak makan tu tetiba angin berderu meniup kuat. Nasib lah makanan tak terpelanting. Makanan sedap pulak tu, rugi lah kalau tertumpah ke tanah.

Satunya aku nak pegi tour ni sebab nak tengok plankton bersinar dalam gelap tu ha.

Dah ribut tepi pantai tu... apa dia lah yg kami nak tengok?

Terpaksalah kami menapak ke lautan yg tenang sikit untuk buat renangan plankton bersinar. Dah aku tak masuk laut makanya aku tgk dari air baldi yg disauk naik ke bot.

Dalam gelap tu nampaklah plankton tu bersinar-sinar kaler biru. Ya Allah cantek sgt!

Tour kami diakhiri dengan persembahan api gitu. Balik dari tour sempat lagi aku dan Adhie keluar gi Muslim Street tgk2 apa yg terjual.

Dalam pening2 kepala, bumi tak rata, kami mencuba pankek yg popular di Krabi. Nama je pankek tapi macam roti canai yg kita taruh pisang dalam. Bezanya doh dia rangup sikit. Topping boleh pilih samada nutella ke... cekelat ke... peanut butter ke...

Gerai pertama kami pergi tu mmg kakak tu buat sedap. Besoknya pergi gerai lagi... Urmmm... Tak berapa nak sedap. Inti pisang tu macam tak masak sangat macam kakak tu buat.



Rasa tak cukup bercerita... Korang tengok lah sendiri video pengalaman hari pertama di Krabi.

Kepuasan hari pertama?

12 dari 10!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...