Langkau ke kandungan utama

Phi Phi Island

Hari kedua dimulakan dengan pencarian sarapan halal. Pick up dibuat 8.20am jadi ada masa lagi nak ronda sepanjang-panjang barisan kedai di Ao Nang ni.

Ao Nang ni kalau belah pagi sepi. Nak sarapan cepat bagus singgah 7E atau Family Mart je. Mmg ada section HALAL atau beli je mi segera ada tanda HALAL maka ko yakin jelah.

Pagi-pagi buta ni aku takde selera nak makan yg segera-segera nih. Nak makan yg berat lah gitu. Nak gi pulau ni kena lah makan yg berkhasiat. Wakakakakak...

Aku dan Adhie ingat2 ada gerai jual nasi lemak masa cari makan tengahari semalam. Jadi kami pun menapak lah ke Muslim Street.

Cheh...

Masa sampai gerai tu baru nak punggah keluar barang.

Dari gaya menyusun barang tak nampak pun tanda-tanda urgent. Santai je ala2 skrg dah pukul 7, pukul 10 baru nak siap.

Sebab malas dah nak menunggu dalam gerimis depan kedai sapa ntah, aku dan Adhie terus je ke gerai dengan harapan bila ada pelanggan ni makcik tu cepat sikit lah buat kerja.

Makcik tu hanya pandang kami dengan malas.

"Ayam belum goreng lagi dik", beritahu makcik tu yg awal2 lagi menebak kami orang Malaysia.

Sesambil menunggu tuh, ayam siap digoreng makcik tu pun celah bedah.

Menurut makcik tu, dia boleh aturkan private tour. Nak pegi mana? Nak makan apa? Dia boleh atur sampai puas hati katanya.

Diulang, SAMPAI PUAS HATI (bergema yea)

Dalam rintik rintik hujan, tiba2 aku teringin sangat nak ke Family Mart. Adhie jelah melayan makcik tu, canggung.

Lepas bagi duit kepada Adhie utk bayar aku pun melarikan diri ke Family Mart. Dari aku dgr omelan makcik tu baik aku usha2 poskad ke apa ke di kedai 24jam tuh.

Nasi lemak campur ayam goreng dan telur mata kerbau satu hidangan 75baht atau lebih kurang 9.50 duit kita.

Kenyang perut hati pun senang nak gerak tour hari kedua.

Tapi tu lah nak kata kat sini. Tour ke Phi Phi Island ni tak berapa nak syok. Aku bagi 8 dari 10. Bukan tour tu tak best tapi... hurmmm... Satu yg bikin rosak mood. Buffet lunchnya.

Tempat makan cantik dan bersih, tapi tomyam sup jernih semacam. Sos spageti toksah cakap. Macam sos tomato je bikin sweet and sour tu versi terlebih air.

Sangat fail.

BTW, tour guide dia Nate is very wonderful. I like her immediately. Aku pasti bukan salah Nate pilih restoran hidang makanan mcm tu so aku abaikan ajelah.

Ikut tour ni kena bayar 1100baht. Mahal berbanding tour 7 islands semalam. Agaknya sebab jauh kut.

Target utama aku ikut tour ni tidak lain tidak bukan adalah untuk singgah Maya Bay.

Alah Maya Bay yg dipopulerkan dalam filem The Beach lakonan Leonardo di Caprio tewwww...

Sayangnya tahun ni, Maya Bay ditutup selama 4 bulan utk tujuan pemuliharaan.

Sejak tahun 2000, Maya Bay dikunjungi jutaan pelancong yg seperti aku mahu merasa sendiri keindahan lokasi filem The Beach itu.

Kedatangan pelancong berbondong-bondong saban tahun akhirnya memberi kesan terus keapda ekosistem dan batu karang sekitar Maya Bay.

Empat bulan tu tak cukup ikutkan, tapi sekurang-kurangnya ada usaha utk menjaga alam yg menjadi periuk nasi orang tempatan.

Nasib aku lah tapi tak kempunan jugak kut. Pileh Lagoon sebelah Maya Bay ni tidak kurang cantiknya.



For the moment aku pun berangan berada dlm The Beach meskipun masa tu bersesak dgn pelancong-pelancong lain yg sentiasa mengingatkan kewujudan mereka dengan bunyi bising mereka.

Itu satunya lagi lah kenapa tour kali ni tak berapa nak seronok.

Yg join tour mostly ikut kepala sendiri. Tak seperti tour sebelum ni enjoy sebab yg ikut semua dgr kata.

Orang suruh be ready 11.30, semua dah berkumpul sebelum 11.30. Ini orang semua dah dalam bot, ko masih lagi selfie sakan mcm pulau tu kau yg punya.

Jadi aku tak hairanlah bila guide suruh follow dia, ada yg follow your heart.

Dalam seronok tak seronok tu aku patut bersyukurlah. Bukan semua org sampai Phi Phi Island tu kan? Siap jalan masuk lagi tombolo gi restoran yg hidang spageti sos cair.

Aku akan ingat sampai mati!

 

Kalau ditanya apa aku akan repeat lagi datang sini?  Maybe, not in the near future kot. Atau sekurang-kurangnya lama lagi lah nak pegi.

Ada rezeki dan masa, why not kan? Santai-santai dan stay hotel mahal sikit... Lepas tu ambil private tour tak gitu?

Dalam 4.30 gitu kami pun dah sampai balik daratan. Rehat-rehat kami plan nak cuci mata sesambil cari ole-ole utk dibawa balik.

Tgh duk jalan2 tu tetiba mata tertancap kat dua pondan depan mekdi (yg mengadap pantai bukan yg sebelah Starbuck).

Hamboi mula2 tak layan pondan dua ekor tu ajak bergambar. Tapi lepas dua lagi pondan yg lepak mengadap tugu ikan todak tu, Siti dan kawan2 teruja.

Mula2 je malu, lepas tu peh gambar solo2 yek...

Nak bergambar dengan pondan2 ni kena bayar 100baht seorang.

Aku yg tak mahu keluarkan duit hanya tengok je gelagat kawan-kawan aku ni bergambar.

Adhie siap kena tarik dan cubit pipi lagi.

Entah apa yg pondan2 ni makan, tinggi lampai. Muka tu toksah cakap lah. Mmg dah nampak women sangat. Standard Sajat lah gitu kalau kat Malaysia.

 

Malas nak sembang panjang, korang tengok sendiri lah aktiviti kitorang hari kedua. Oh ya sebelum terlupa. Semua video Kami Ke Krabi diiringi muzik latar yg disumbangkan oleh Zulfazrie.

Ini adalah pertama kali (harapnya bukan yg terakhir) aku minta jasa baik Zul utk cipta skor bagi menghiasi percutian kali ni. Mmg terbaek air tangan dia.

Keep it up ya Zul.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...