Langkau ke kandungan utama

Ole-Ole Dari Krabi

Trip ke tiga2 tempat yg aku ceritakan di entri sebelum ni dikenakan sebanyak 650baht termasuk lunch.

Lunch dia sedap jugak, cuma hairan sikit stailnya. Mcm bikin penat sikit kat pekerja sebab perlu sentiasa layan kami tanya nak tambah tak lagi?

Apa pun janji halal ya.



Untuk merumuskan hari ketiga silalah layan video ni...

Habis tour kami pun rancang2 nak carik ole-ole untuk dibawa balik. Sebelum tuh isi perut lah kan?

Semasa kami di Ao Nang kami suka makan kat Bangboo Restauran. Kami sempat pergi dua kali je lah... Sebab mostly tour yg kami ikut dah selit lunch ataupun dinner. Dah jimat masa dan kos di situ. Tak payah pikir2 nak makan apa... Org hidang ko makan jelah.

Jumpa org yg tak cerewet macam aku ni... Ko hidang apa je habis.


Ni dah isi perut plan lagi nak isi sekali lagi lepas habis beli souvenir.

Tadi dah melahap makanan Thai lepas ni konon2 nak makan ala western pulak.

Alasan nak makan lagi sbb tenaga dah habis diperah masa hiking temple mountain siang tadi... //deep

Balik kejap letak barang semua jumpa katil mmg aku tak nak bangun dah. Terus lelap sampai ke pagi.

Aku tak beli banyak sangat buah tangan kali ni. Beli cukup2 untuk yg tertentu sahaja. Ha tertentu ko... Mesti makan hati sesapa yg baca.

Tahun lepas hulur kat semua, kena tanya plak untuk apa aku bagi?

Untuk cuci hati supaya jangan kedekut, boleh tak aku jawab macam tuh?

Dah keja tempat yg sama, jumpa hari-hari telan jelah apa yg nak diluah. Kang laser tak bertegur pulak sebulan dua.

Aku beli just macam beg kecik (untuk yg terpilih sahaja) dan dua jenis key-chain... setiap sorang akan dapat satu jenis key-chain jelah yg ada tulis I lap Krabi. Beg kecik tu pun ada tertulis I lap Krabi.

Untuk diri sendiri of kos lah ada.


Congak-congak duit aku ada lagi dalam 2K++ baht, jadi boleh lah aku rembat satu set cut-out postcard ni termasuk set magnetic dan leather key-chain nya.

Nampak exclusive gitu... Rasanya di rangkaian 7E dan Family Mart seluruh Thai mesti ada jual ni. Di epot Krabi pun aku tengok ada.

Kalau jual balik ni rasa2 boleh untung tak? Ha tetap biz minded kan walau di mana kau berada!

Aku bawak 8k baht untuk trip kali ni. Tolak semua kos shuttle bus & all the tours aku ada baki 5.5k baht untuk dibelanjakan.

Pergi bercuti ke mana2 pun mmg aku lebih fokus kepada transport dan makanan sahaja. Shopping2 tu mmg tiada dalam list... Plus malas balik berangkut barang banyak. Konsep aku travel light...

Bila dgr geng travel lain kata duit dorang dah habis terpaksa gi cucuk di ATM dan tukar lagi duit aku ralit di situ.

Apa yg dorang beli? Aku tgk bukan shopping mana pun.

Ke banyak beli jajan dorang ni?

Apa pun cuti di Krabi dah sampai ke penghujungnya. Atau betulnya Ao Nang sbb kami lebih banyak di sini dari pekan Krabi. Entah pekan Krabi macam mana pun tak tau rupa. Limpas masa nak ke Emerald Pool tu ada kut nampak kelibatnya.

Ke mana lepas ni?

Belum putuskan lagi secara muktamad, tapi hati bilang Jom Bangkok 2019.

Phetchaburi Road, here I come!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...