Langkau ke kandungan utama

Montukod 2.0


Menapak lagi ke pulau Montukod buat kali kedua. Pergilah selagi ada kesempatan kan?

Tak rancang sangat pun sebenarnya. Nampak cuaca elok terus je redah walaupun hanya berdua. Nak tunggu satu rombongan rasanya 2050 pun tak dan lah!

Masa pergi air laut tak berapa nak surut lagi. Atau sebenarnya dah pasang semula aku pun tak pasti masa tuh.

Cuak jugak masa balik di hujung titik mula berlepas ke Montukod hanya nampak air laut je. Maunya air pasang... berenang kedidi lah kau ke daratan.

Mujur jugaklah tak berapa dalam.

Masalah dalam ke tak tu bukan isu sangat lah. Maunya ombak kuat... Nah terkuai-kuailah kau.

Apa pun kami selamat balik.

Sempatlah jugak aku merakam detik2 perjalanan ke pulau menggunakan kamera 360 aku.


Kamera 360 plak ya hampun dah ada dot hitam... Aku pun tak pasti sangat ada kah masalah lensa atau masalah perisian. Harap2 glitch pada perisian lah.. Kalau masalah hardware mampus lah...

Tanda2 nak suh beli yg baru lettew...


Mmg dah terpikir nak hapgred pun... Dari awal tahun lagi terfikir nak rembat GoPro Fusion. Oleh kerana pada masa tu produk GoPro ni tak support pengguna Android maka aku pun letak baliklah kamera tu di rak.

Rugi je beli kang tak boleh nak pair dgn henfon.

Itu dulu, skrg dah ada henfon Android yg compatible tetapi... TETAPI dengan fungsi terhad.

Kenapakah begitu?

Oh GoPro potong stim lah kerja kau ni!

Pilihan aku mungkin, kepada kamera 360 yg lain. Mata aku skrg kat Ricoh Theta V.

Untuk ke Bangkok akan datang ni aku tak upgred byk. Dalam fikiran aku sudah tentulah GoPro Hero 7 yg datang dgn Hypersmooth.

Pengalaman aku menggunakan GoPro tanpa gimbal di Krabi (disebabkan hujan) menjadi satu alasan kenapa aku nak Hero 7. Aku tahu digital stabilization cannot replace mechanical one... meskipun begitu, mengurangkan satu lagi gadget utk dibawa boleh memudahkan hidup semasa nak travel.

Pick up your GoPro, switch on, action!

Aku pun sebenarnya tak percaya pada produk gimbal yg lain selain GoPro Karma Grip.

Sebagai pengguna aku jamin GoPro Karma Grip, memberikan hasil yg the best, the BOMB. Kau lari kejar subjek ko pun, video tetap steady je.

Sayangnya, GoPro Karma Grip yg ekosistem asalnya adalah utk GoPro Karma Drone, tidak ambil berat tentang audio.

Yalah dah ko shoot guna dron nak rekod bunyi utk apa? Kalau kau intend nak rekod pun apa yg ko bakal dgr hanyalah dengung kipas dron.

Itu sebab audio yg dirakam hasil penggunaan Karma Grip bunyinya meredam nak cover audio yg begitu terpaksa lah buh muzik. Audio asal mmg tak payah pakai lah dik. Nak rekod asing renyah... Post production nak sync lagi satu hal... Banyak kerja!

Hero 6 punya stabilization kira okeylah... but Hero 7 ni mcm big improvement. Bolehlah guna setakat utk movement yg tak major gegar.

Jadi Hero 7 masuk dalam Shopping Cart aku!

Dua barang dah cakap pasal kamera... So next pulak barang kamera jugak. Aku pikir nak beli satu lens utk kamera sony a5100. Utk kamera mirroless ni aku fikir tak nak upgred lagi lah... Bukan selalu pakai, jadi apa yg ada tu kita guna jelah...

Lagipun skrg lagi senang bawak kamera henfon.

Dron plak aku tunda hapgred. Noktah.

Aku beli Mavic Pro hari tu pikir nak bawak ke Krabi. Sayangnya, bukan sahaja masalah dron regulation yg terpaksa aku hadapi di sana... Malah masalah cuaca jugak tidak memungkinkan aku utk terbangkan dron tu.

Buat masa ni aku agak tawar hati nak upgred dron. Bersyukurlah dengan apa yg ada jelah kekdahnya.

Dengan itu aku tamatkan entri kali ni. Nantikan lebih byk aksi di entri akan datang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...