Langkau ke kandungan utama

Ao Nang

"Can speak Malay?"

"No Malay."

Maka sepanjang perjalanan ke Ao Nang encik Supir diam aje. Yang lain pula layan mengantuk.

Untuk kejar flite pukul 7.10 pagi, kami semua terpaksa bermalam di epot.

Tak biasa tidur di epot kebanyakkan kami hanya terkebil melihat orang lalu lalang menyebabkan bila jumpa kerusi empok dalam van pun boleh bikin terlena.

Lain aku, mata aku celik.

Rambang mata aku melihat ke kanan dan ke kiri. Maklumlah pertama kali jejak negeri Thailand.

Sesampai di Ao Nang, kami diturunkan betul-betul depan The Dream Garden Hotel.

Selepas aku dahulukan bayaran shuttle sebanyak 1500 baht kami dekati kaunter.

Jam masa tu sekitar 9 pagi, jadi aku tak expect lah hotel akan bagi kami check-in awal. Tak dapat check-in awal pun sekurang-kurangnya boleh tinggalkan dulu beg sementara meronda sebahagian Ao Nang.

Kik menyambut kami dengan mesra di ofis hadapan. Pada masa yang sama kami tanya-tanyakan juga pakej yg ada.

Tour yg kami nak ikut ni dah kami rancang awal, jadi senanglah Kik memilih pakej yg sesuai untuk kami. Yang penting halal gitu.

Untuk hari pertama ni kami ambil  7 Islands Sunset Tour. Harga pakej termasuk cukai masuk ke taman adalah 900 baht sekepala.

Target utama tour ni nak tengok plankton yg bersinar dalam gelap dan jugak bbq dinner tepi pantai sambil menikmati matahari terbenam...

Harapan sedikit meleset, sebab selepas kami masuk bilik hotel, hujan tiba-tiba turun lebat.

Nak pergi ke tak mcm ni?

Sebelum masuk bilik hotel kami luangkan masa mengeluyur kawasan yg berdekatan dengan hotel. Yang paling syoknya pantai hanya lebih kurang 5 minit berjalan. Kami apa lagi, berinutlah ke pantai Ao Nang selfie bagai.

 
Usai menjenguk kedai-kedai berdekatan, 7E yang setiap 10 langkah ada begitu jugak Family Mart, ATM kami pun pergi cari tempat nak makan. Rancangan asal nak melahap di Bangboo Restaurant tapi tak bukak lagi.

Pukul 11 pagi baru bukak katanya.

Mahu tak mahu kami singgah lah mana2 kedai yg bukak lebih awal.

 

Restoran inilah pilihan kami yg terletak di Muslim Street.


Asalnya kami nak tempah Goodwill Hotel bersebelahan dengan masjid Ao Nang. Sayangnya pada tarikh kami datang tu dah penuh. Carik punya carik ketemu The Dream Garden Hotel yg aku rasa tak rugi kalau cuba.

Kami ambil dua bilik untuk 5 orang.

Hitung2 tambah tolak, dalam rm94 je sekepala untuk 3 malam.

Yang paling syok The Dream Garden Hotel ni layanan Ms Kik. Memang terbaek!

Perut dah isi kami pun kembali ke hotel. Rehat-rehatkan diri sesambil resah tengok butiran mutiara berguguran dari angkasa. Dalam hati ya Allah, aku pasrah dengan apa pun kejadian.

Kembali ke soalan asal. Nak keluar ke laut ke tak dalam cuaca begini?

Ms Kik kata boleh refund kalau cuaca teruk sangat.

But deep down, aku rasa cuaca macam ni masih boleh pergi.

Bila Ms Kik panggil kata transfer dah sampai, kami pun bergegas turun ke hadapan. Ketika melangkah masuk ke van tu lah aku dapat rasakan ini bakal jadi pengalaman yg paling menarik setakat aku travel kali ini.

Bersambung...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...