Langkau ke kandungan utama

Sembilan


Ni kiranya entri tertunda.

Pada 24 Ogos lepas aku 'escape' dari meeting dan pergi roadshow Samsung di Suria Sabah. Alasan aku ada urusan di luar, padahal beratur nak beli Note 9 dan kutip freebies.


Aku tak keseorangan. Aku punya partner in crime, dah awal2 berpakat nak pergi beli lagi2 bila tahu ada promosi beli 2 unit dan unit kedua dapat diskaun 1k.

Kami masing2 ambil versi yg 6gb ram dengan saiz storan dalaman 128gb. Harga asal 3700 dengan pembelian unit kedua diskaun tu dpt 2700.

Unit kedua tu aku punyalah.


Ini antara freebies yg aku dpt lah.

Masa beli Note 9 tu rasa macam wow teruja sangat dengan S-Pen dia boleh bikin remote. Bila dah pakai rasa sama aje mcm pakai henfon Samsung. Bagaimanapun aku ambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan saiznya.

Skrin macam terang 20% dan katanya bateri tahan seharian. Urmmm... bergantung kepada pemakaian jugak. Kalau byk pakai mmg tetap jugak kau kena cas cepat.


Ini apa yg aku suka lah pasal Note 9. Boleh buat nota gitu on the go. Aku sebenarnya dah ada Note 10.1. Cuma saiz Note 10.1 tu tak mengizinkan aku untuk bawak ke sana ke mari. Tambah lagi dengan baterinya yg tak tahan lama sangat.

Nota2 yg korang tgk tu adalah research aku pasal makanan2 halal di Bangkok dan jugak BTS.

Walaupun setahun lagi nak pergi, macam2 kajian sudah aku buat dulu. Supaya sampai ke sana nanti aku tak gagau.

Untk Bangkok mungkin aku akan hapgred ke Hero 7... Dapatkan satu kamera 360... GoPro Fusion ker? Dan satu lense utk kamera Sony aku.

Dron rasanya tak lah kot. Sbb peraturan menerbangkan dron di Thailand agak ketat. Nak terbang perlu buat lesen. Dan proses tu ambil masa dan buang byk duit.

So dron tak mo upgred lah buat masa ni.

Tapi kan... kalau tahun depan. Rasa2 macam sempat lagi nak upgred ke Hero 8 tu nanti... LOLs...

Lazimnya produk GoPro yg baru akan diumumkan sekitar September dan Oktober. Aku dijangka travel dlm bulan Oktober.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...