Langkau ke kandungan utama

Krabi Di Hati

Alhamdulillah. Selamat pergi, selamat kembali ke Malaysia.

Percutian pendek 4H3M yg dirancang sejak tahun lepas, melangkaui jangkaan asal. Paling FUN, paling menghiburkan. Seketika aku lupa apa yg mengusutkan kepala di tanahair.


Sebaik sahaja keluar dari perut kapal terbang macam biasa kami pun terus lah selfie.

Di bawah sudah menunggu bas untuk membawa kami ke balai ketibaan.



Kau fikir jauhlah sangat bas tu gerak. Belum sempat kau duduk bas dah berhenti depan pintu masuk. Aisehmen!

Urusan imigresen berjalan lancar dan tak banyak songeh. Cop cop jalan keluar terus ke ruang orang menunggu ketibaan.

Dah keluar tu yg pertama sudah tentulah carik orang pegang kertas A4 dengan nama aku.

Dua minggu sebelum berangkat aku dah tempah transfer ke hotel melalui KrabiShuttle.com... Ada jugak rekues dgn hotel. Melihat tiada sebarang pengesahan dari hotel aku ambil inisiatif untuk carik sendiri.

One way dia cas 750 baht.

Aku ambil return so kena cas 1500 baht... Bahagi lima orang, seorang bayar 300 baht.

Oh sebelum aku lupa. Trip kali ni saiz bertambah seorang lagi. Zul (pakai cap) travel bersama dengan ahli lama Siti, Maya dan Adhie.

Sebelum naik van kami berlima beli simkad pelancong. Harga 99 baht siap pasang dan setting... Tinggal guna je. Ada plan jugak nak roaming data. Dari pengalaman aku yg lepas-lepas, roaming data ni kelajuan internetnya agak menginsafkan.

Tidak mahu menanggung risiko aku keluar belanja beli simkad internet unlimited yg boleh digunakan selama 7 hari.

Di Krabi kami memilih untuk bermalam di Ao Nang. Kenapa Ao Nang sebab satunya dekat dengan semua kemudahan sebagai pelancong.

Tipu.

Sebenarnya Ao Nang lagi senang nak carik makanan halal... Hehehe...

Perjalanan ke Ao Nang memakan masa lebih kurang 30 minit. Melangui ke langit ku lihat biru.

Cantik cuaca pagi itu.

Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari.

Sejam sebelum nak berangkat ke laut untuk tour 7 Islands Sunset Tour, hujan mencurah dengan lebatnya.

Dalam keterujaan kau mahu naik bot ke pulau2 kenapa hujan yg menyapa dulu?

Cerita akan bersambung di entri berikutnya...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.