Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2020

Terkenang-Kenang Yg Dulu-dulu

Bila ada terbaca ciapan pasal sibuknya jadi pelajar universiti ni aku pun terimbau zaman dulu-dulu. Serasa singkat, semacam tidak banyak memori yg dpt dicipta. Masa pula telah memamah memori. Bila byk wajah2 yg terakam dlm ingatan, kau dah semakin susah nak namakan siapa... Itu tandanya kau dah makin tua.  Rumah kata pergi, kubur kata mari. Jom trobek! Seingat aku kami batch pertama yg menempuh program matrikulasi setahun. Tempoh asal program adalah DUA TAHUN. Habis setahun, kami terus lanjutkan pengajian ke ijazah yg disingkatkan jga dari empat tahun ke 3 tahun. Ramai yg melihat ni satu perkembangan terbaik. Dalam usia muda dah ada ijazah. Dah boleh cari kerja bagus. Sebaliknya perkembangan ini meningkatkan kebanjiran bekas graduan yg rata-rata jadi penganggur. Ironinya, tahun-tahun berikutnya selepas aku dah tamat pengajian ada pula program utk graduan menganggur. Masa tu aku dah bekerja dan berdepan era baru digital... henfon pintar dan media sosial. Media sosial memang mencandu...

Membuku Kenangan

Akhirnya tercapai juga angan-angan nak buat #PhotoBook. Sebelum-sebelum ni ada juga simpan hasrat tapi mcm gambar2 yg ada tak memenuhi kehendak...  Last time ke Bangkok banyak gambar aku ambil tapi bila bukak balik tengok ya hampun, semuanya dalam bentuk potrait. Nak buat Photobook ni lawa kalau gambarnya dalam bentuk Landscape. Maka sebab itu, aku tundakan hasrat nak buat Photobook.  Ke Kuala Terengganu hari tu mmg dah set in mind utk ada balance antara gambar potrait dan landscape. Mana yg sesuai utk potrait kita ambil dlm kedudukan tu. Mana yg lawa dlm landscape kita compose gambar seadanya. Ada juga yg mana2 pun lawa. Dalam pada masa yg sama tak lupa utk masukkan diri dalam gambar2 tu. Travel sana sini, gambar sendiri tak banyak. Kali ni aku santai... jadi aku tak akan paksa diri utk padatkan aktiviti. Bila ko rasa senang, creative energy tu akan flow lagi baik. Framing sesuatu gambar akan jadi fokus utama. My mind think in frame, not in time. So, aku malas jenis yg terkej...

Trip Ke Terengganu Last Day

Macam hari terakhir aku jugak di Kuala Terengganu. Hapdet ni pun mcm nak tak nak aje. Kalau boleh nak terus sambung cuti... Realitinya, kena balik jugak. Kena teruskan kerja. Kalau kau jutawan boleh le cuti sepanjang tahun. Macam aku cerita di entri sebelum ni aku tunggu menu Nasi Dagang Atas Tol kuar kat Foodpanda pagi tu. Mula tu ada kejap, katanya 9.30 pagi. Menjelang 9.30 pagi dah takde pulak. Aku pun apa lagi bungkus lah cepat2 apa yg patut. Lagi aku lepak lama2 dalam bilik hotel lagi malas aku nak bergerak ke epot. Alhamdulillah. I'm lucky to be able to travel during this pandemic . Tiap-tiap malam sblm tidur atau sedang cuba nak tidur aku sentiasa ingatkan hal ni. Mungkin bagi orang lain mcm alah setakat Kuala Terengganu, whats the big deal kan? It was a big deal to me . Semuanya memerlukan perancangan yg teliti. Aku research dan kalau tak sebab tarikan2 tertentu aku mmg tak atur trip ni langsung. Itu satu hal. Satu lagi travel during Covid19. Ikutkan hati mmg nak batalka...

Trip ke Terengganu Day 4

Tersadai pulak catatan belog aku ni. Plan asal nak tulis secepat mungkin, sementara ingatan masih segar. Tangguh2, sudahnya tak terbuat dan banyak benda yg terlupa. Aku sebenarnya beri laluan kepada pembikinan video trip dulu. Bila dah siap satu video, mungkin satu je kut, baru aku rasa trip tu COMPLETED. Maklum sajalah dah berbulan-bulan tak bikin video kan? Ni berjaya publish satu sudah cukup utk jadi bekalan hingga destinasi seterusnya... Uish dah ada destinasi seterusnya ker?  I have one in mind . Cuma tak finalize kan lagi. Baru nak survey2 lah gitu kekdahnya.  Jom kita masuk ke cerita utama. Hari ke 4 aku di Kuala Terengganu bermula seperti biasa. Bangun awal dan rutin biasa layan streaming. Ada juga teringin nak keluar jenguk makam diraja Klebang dekat kampung Cina tapi aku malas. Lagilah nak heret diri pergi makan Nasi Dagang Atas Tol di Kampung Losong. Pergi? Tak nak pergi? Aku tetapkan hati utk fokus perjalanan hari tu ke Kuala Ibai nengok Masjid Terapung. Masih gu...

Trip Ke Terengganu Day 3

 Hari ni aku nak cabar diri sedikit menggunakan perkhidmatan bas KiTe. Sebelum ke Terengganu ni aku dah buat research pasal bas KiTE ni. Bas KiTe ni bukan sahaja membawa pengunjung ke beberapa destinasi pelancongan sekitar Kuala Terengganu, bas itu sendiri pun adalah tarikan pelancong! Nak naik bas ni cari di Hentian Bas MBKT. Ginilah rupa basnyer... Ada sikit macam bentuk rumah, senang nak cam. Aku mujur juga dari tempat hotel aku menginap ke perhentian bas ni hanya dalam 5 minit berjalan kaki. Selepas merujuk jadual perjalanan dan laluan akhirnya aku ambil bas yg bergerak pada pukul 9 pagi. Tujuan kita pagi tu adalah ke Muzium Negeri Terengganu. Pakai bas KiTe ni tambangnya murah saja... RM2. Sesampai saja biasalah aku, terbangkan dron dulu. Tengok guna mata burung ni mmg tak boleh nak cakaplah betapa besarnya Muzium ni. Bila dah depan mata lagi lah. Jenuh nak pusing keliling... Tapi puas hati. Masa ni org tak ramai lagi wey. Gagau lah keluarkan kamera, GoPro lagi nak gambar, na...

Trip ke Terengganu Day 2

Hari kedua berjalan sedikit muram. Mungkin terbawa-bawa pasal arahan wajib swab dan kuarantin tuh. Begitupun tidak menyebabkan semangat aku luntur. Siap sedia dgn dron utk terbang di sekitar Jambatan Angkat. Bila sampai di Dataran Syahbandar, ada hujan rintik-rintik membantutkan niat aku untuk buat penerbangan sebaik sahaja tiba. Aku tunggu. Aku sanggup tunggu. Masa berlalu dan aku pun buat penerbangan pertama. Sedikit kecewa jugaklah dengan cuaca tapi aku teruskan meronda pagi tu. Salah satu tempat yg aku singgah kampung cina atau lebih dikenali sebagai China Town di Kuala Terengganu. Dah jumpa gerbang China Town dan Lorong Penyu aku terus balik bilik recas bateri dron sebagai persiapan ke Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal. Pemandu Grab turunkan aku di Masjid Kristal. Aku pun carilah port nak fly. Nak terbangkan dron sebelah depan tapi ramai pula pengunjung di kawasan situ. Kenalah cari yg lapang dan kurang org. Tengah2 fly boleh pulak ada gangguan elektromagnet. Jem dron aku kej...

Trip ke Terengganu Day 1

Rasa aku ada ramal kesukaran utk travel tahun ni dlm entri sblm2 ni tapi atas alasan lain. Siapa sangka kan jadi kenyataan? Dan Covid19 membawa mimpi ngeri kepada semua yg suka melancong. Tahun 2019 aku ligat sampai buat 4 trip melancong. Terbawa dengan semangat tu, otak aku gian nak merancang ke destinasi mana pula. Aceh dan Terengganu adalah antara tempat yg menjadi sebutan. Sayangnya tahun ni mmg tak dapat nak ke Aceh. Malaysia tidak membenarkan rakyatnya terbang ke Indonesia buat masa ini. Trip ke Terengganu ni pun hampir-hampir tak jadi. Asalnya nak buat dalam bulan Julai. Mujur tiket boleh tukar ke kredit akaun jadi bila rasa nak pergi boleh lah tebus utk dptkan destinasi lain. Tarikh aku pergi ke Terengganu 26 - 30 Sept ni sebenarnya aku tetapkan utk ke Bali. Dah tak boleh fly out, jadi aku rasa inilah masa yg sesuai untuk ganti trip Terengganu yg batal Julai lepas. Pada awalnya, nampak macam sailing smoothly tapi hakikatnya laut tetap bergelora. Ujian datang dgn ketibaan Pilih...

BELUM BEROPERASI

Ketika entri ini ditulis, hotel tempat aku berkerja masih belum beroperasi.  Mungkin tidak jelas bagi sesetengah ORANG apa maksud BELUM BEROPERASI sekaligus menimbulkan dilema kepada banyak orang seperti berikut... " Errrr... kalau belum beroperasi kenapa kau angkat talipun?" " Saya nampak di page kamu ada tulis situ open 24 hour." "OK, tapi swimming pool kamu buka bah kan?" Kau fikir Hotel ni macam kedai runcit. Bila tak beroperasi, tak buka sehari tutup bodoh mcm tu je? Cukup kunci dengan pendadu. Bila cakap buka, memang la buka pun. Pejabat masih buka, pekerja masih ada. Habis takan nak biar tiada staf? Mestilah kena ada sekuriti paling bodoh pun. Takan kucing jiran kau pulak nak jaga tempat ni.  Bil api, bil air, bil telefon semua masih jalan... Itu siapa nak terima? Siapa nak gi bayar?Mak mentua kau ker? Yg tak beroperasi adalah urusniaga. Tak jual bilik, restoran tak bukak. Tak terima tempahan. Nak cakap bodoh, pandai pulak beli barang online melalui...

Ana Farhana

Huntonglah Ana Farhana dapat merasa Fish & Chips dari Masabah's Rendang nih. Memang puas hati sungguh. Kenyang aku dibuatnya. Kalau korang ingat entri aku sebelum ni aku ada pesan dua menu melalui #FoodPanda. Satu Nasi Ikan Baulu Tanpa Tulang untuk sungkai. Manakala menu yg kedua, Fish & Chips untuk sahurnya. Ntah mana silapnya, pesanan aku tersalah hantar. Aku makan megi, Ana Farhana dapat makan menu yg aku pesan. Ada naget... Ada ikan sudah tentunya, french fries , papadom bersama acar memberikan sentuhan oriental gitu kepada menu dari Masabah's Rendang ni. Sos dan mayonis pun turut disertakan... tapi sos aku letak tepi. Aku berpantang sebarang jenis sos tau! Sebenarnya, aku sendiri pun tidak pasti kalau Ana Farhana ada menjamah menu yg tersalah hantar ni. Selepas kejadian tu aku tak bertanya langsung apa yg terjadi. Tengok profail pesbuk macam dah kahwin. Jadi rasa tak manis lah nak berbalas mesej lagipun dengan org yg kita tak kenal... Semua yg terj...

NASI Ikan Baulu Tanpa Tulang

Alhamdulillah, hilang juga kempunan aku selepas mencuba menu ni gara-gara kesilapan penghantaran #FoodPanda. Ikutkan hati mau je give up tapi nanti aku nak makan apa? Ni dah lepas raya aku tengok gerai makan seberang dah buka maka bolehlah aku berlagak sombong dan angkuh untuk tidak lagi memesan melalui #FoodPanda. Rasanya ini bukanlah pengalaman yg teruk sangat banding sebelum ni. Baru-baru ni aku ada pesan set nasi biryani kambing tapi cuba korang teka apa yg aku dapat. Aku mmg biasa jgk pesan set nasi biryani ni melalui #FoodPanda dgn kedai yg sama, jadi aku dah tau apa yg aku bakal dapat. Cuma kali ni ni pelik aku dapat yg nasinya telah digoreng. Aku salah pesan ke fikirku sendiri. Atau dah tukar cara hidangan? Dah nak berbuka ni aku pun malas nak fikir panjang. Apa yg ada dihadapan aku lahap jelah. Satu dua suapan aku mulai tangkap kenapa nasi biryani aku tu digoreng. Pedas mana pun takan boleh tutup rasa nasi tulah. Sampai hati hantar aku makanan yg BASI. O...

Dah Bukan Rezeki

Begitulah bak kata orang, kalau dah bukan rezeki, dah kat tangan pun boleh terlepas. Al-kisahnya aku pesan makanan untuk sungkai melalui Food Panda. Semuanya berjalan baik, tapi entah kenapa kali ni macam ambil masa. Pesan dalam 3.20pm... tapi makanan dah lepas pukul 4.00 ptg pun masih tak siap2. Aku tak ambil pusing sangat sehinggalah tiba2 ada Akak ni DM aku di FB. Gigih kau cari aku sampai di FB semata-mata nak bagi tau makanan yg aku pesan sampai kat dia. Rider salah hantar ke? Ikut status pesanan aku masih diproses. Tak lama lepas tu, pihak Food Panda kol aku utk mohon maaf yg makanan aku akan lambat sampai. Dalam sejam gitu. Mengetahui status pesanan, aku pun jelaskan yg pesanan aku telah tersalah hantar kepada orang lain bernama FARHANA. ANNA FARHANA. Sebaik sahaja penjelasan aku menemui titik noktah, tiba-tiba panggilan terputus dan aku dapati pesanan aku telah dibatalkan. Aku pun macam, WOW, hebat! Marah tu tidak jugak tapi terkilan. Baru berangan nak cuba ...

Tahun Corona

Tahun tak habis lagi aku dah bagi nama. Masa Wawasan 2020 diumumkan dulu aku tak bayangkan tahun 2020 nanti macam ni. Malaysia indah dan gemilang. Hakikatnya realiti tak seindah impian. Virus Corona yg dikesan lewat tahun 2019 betul-betul menggoncang industri pelancongan khasnya di Sabah. Aku yg berada dalam bidang perhotelan ni pun terasa bahangnya sedikit sebanyak. Dulunya sibuk saban hari didatangi bas pesiaran kini lengang, kosong. Selayaknyalah kan aku panggil Tahun Corona. Sebab tahun ni seakan diwarnai oleh kisah wabak yg dibawa oleh virus Corona. Kemuncak semua ni bila diumumkan pergerakan terbatas bermula 18 Mac ni. Ala-ala lockdown  lah kononnya tapi masih boleh bebas keluar. Awalnya kami diarahkan untuk memberhentikan operasi sehingga tamat tempoh pergerakan terbatas 31 Mac. Dengan maklumat yg tidak lengkap, masih lagi dalam perbincangan keputusan ini kemudian diubah. Hotel boleh beroperasi. Pagi 18hb tu kami dah sibuk-sibuk membatalkan tempahan sepanja...