Langkau ke kandungan utama

Belum Masak Lagi


Dua tiga hari mendung, baru hari ni nampak sang suria. Dalam keadaan cuaca yg baik tuh aku pun membimbit cik Nokia menuju ke kawasan kain rentang yg menguar-uarkan promosi hotel kami utk sepanjang bulan puasa ni.

Yg aku gedik sangat bawak cik Nokia dalam cuaca panas2 ke kain rentang tu apa hal?

Niat dihati nak tangkap gambar kain rentang tuh. Takde apa yg spesel pun dgn kain rentang tu selain cantik dipandang.

Sorilah kalau kata2 berperisa riak. Sekali sekala bangga dgn "hasil tangan" sendiri tak pe kan? Lagipun siapa lagi lah nak bangga kalau bukan diri sendiri. Betul tak?

Aku snap2 ni pun dgn tujuan utk bina arkib sekali. Yalah manatau besok2 dah tak kerja lagi kat hotel ni, aku ada le jugak sampel utk ditunjukkan kepada bakal pelanggan yg mintak reka banner sebegini. Maklumlah kerja sendiri2 semua hal kena buat sendiri termasuk marketing.


Lepas acara buat kek keju biskut hari tuh, nafsu bakar membakar pulak datang balik. Jadi dengan resepi yg aku kutip dari Internet ni aku siapkan adunan kek pisang yg super yummy. Memandangkan aku dah ada pengalaman buat kek pisang sebelum ni, aku dengan konfidennya suka suki ubah2 bahan dia.

Asalkan bhn gantian sesuai, rasanya tiada masalah.

Macam biasalah, dah siap aku pun bawak lah sampel ke tempat kerja. Nak dapatkan maklum balas.

Kenapa aku bawak walaupun bulan puasa? Hishhhh... Bukan semua puasa pun! Kalau puasa suh bungkus bawak balik lah buat sungkaian kan? Apa susah!

Setakat percubaan kali ke dua ni agak memberansangkan. Siap ada nak tempah lagi sanggup bayar. Mahunya hidung aku kembang-kembang bila dengar cenggitu. Kalau ditentukan ada rezeki, boleh le aku jual kek pisang jugak ni nanti...

Tapi sebelum tuh, kena perfected skills dulu lah kan. All the techniques yg ada. Kalau nak niaga bukan setakat fikir duit jugak mesti ada ilmu di dada. Tak gitu?

Ulasan

  1. Teringin la pulok merasa kek pisang super yummy air tangan ko...bila agaknya ya? hew3x...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.