Langkau ke kandungan utama

Malu Bertanya Sesat Jalan

Mungkin betul seperti kata pepatah tu, mcm yg berlaku dgn aku pagi ni.

Guest ni singgah dan bertanya ada rumah terbuka sedang berlangsung tak di hotel kami ni.

Sebagai kakitangan yg bekerja di sini, sudah tentulah aku lebih maklum tentang apa majlis yg sedang berlangsung. Makanya rumah terbuka ke hapa mmg langsung le tiada kejadiannya, kecuali cerita semalam mmg ada le majlis rumah terbuka.

"Jadi kenapa saya dapat mesej mengatakan ada rumah terbuka dibuat di sini hari ni?"

Macam jahanam jawapan org ni kan? Sedap je direjam hidup2.

Tak mahu menghambur, aku minta kakak tu tunjukkan aku mesej yg dia maksudkan.

Alahai, alamat dah cantik dibagi tu ha. Kenapa lah bangang sangat kak cik oi? Nak kata alamat tu salah, tidak jugak. Tiada langsung mesej tu menyebut nama hotel kami ni.

Inilah yg dikatakan bodoh sombong. Sudahlah bodoh, sombong lagi kan?

Kan senang dari awal lagi tanya, di mana lokasi alamat yg diberi oleh pengirim. Takde lah memalukan satu keluarga.

Aku percaya kalau ada disebut pun nama hotel kami ni, sekadar landmark utk memudahkan orang2 yg dijemput carik alamat yg dimaksudkan.

"Ada tak jalan nak ke sana?"

Ada jugak aku hempuk dengan bata merah orang ni. Yg ko datang sini tadi pakai sampan ke kapal laut? Huh... Dah tempat tu commercial centre, sudah tentulah ada jalan berturap disediakan. Bikin panas punya orang!

Ulasan

  1. Kepaluian infiniti. Pfft sangat org mcm ni kan? Hergh!

    BalasPadam
  2. ntah lah... aku rasa org tu pun tak tau dia palui... hahaha... nasib2.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.