Langkau ke kandungan utama

Hobi Pelik Saya


Masa belajar dulu aku suka kumpul tag roti Gardenia. Sementelahan pula aku mmg suka beli roti tuh buat sarapan pagi.

Habis roti, tag dikumpul dalam satu tempat. Masa tuh dan sampai skrg bekas tin Butter Cookies Danisa tuh lah tempat aku simpan selain menempatkan khazanah2 personal yg lain macam name tag.

Dah banyak kumpul tag roti tuh aku dpt pula idea asingkan setiap tag mengikut tahun ia dicetak timbul pada tag. Setiap bag zip plastik kecil mewakili tahun tag roti dikeluarkan.

Beg plastik zip tuh sebenarnya aku kitar semula dari bekas pelindung koyok kaki, Kinohimitsu.

Bila balik Sabah aku cuba jugak kumpul tag tuh, tapi lama2 hilang minat sebab tag roti Gardenia kat Sabah tak diletakkan tarikh luput.

Dah berhenti kumpul, makanya tidak bertambahlah koleksi aku tuh. Tin Danisa tuh pun terpiruk di bawah katil berhabuk. Bbrp hari sudah semasa mengemas terjumpa balik dan terfikir dihati utk buang saja.


Semua tuh berubah bila cik Eda kongsi satu gambar dalam grup wasap kitorang, Senja Dot Com, pada keesokkannya.

Cik Eda smmgnya sudah sedia maklum aku kumpul tag roti sblm ni tahu aku akan manfaatkan maklumat yg dikongsikannya.

Betul, aku tak pernah tahu pun yg warna tag tu ada maksud tertentu. Tak terlintas pun utk tahu sebenarnya, sekadar gemar pada warna2 pastel tag tuh sahaja.

Lucu pula bila difikirkan selama-lama melantak roti Gardenia tuh, baru hari ini aku tahu tag roti tu melambangkan hari apakah roti itu dikeluarkan.

 Terima kasih sangat-sangat cik Eda oi dengan perkongsian ini! Jasamu ku kenang...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku Terima Walau Sakit Hati

Ingat tak kes guest tak setel bil penginapan yg aku sorot sikit2 dalam bbrp entri sblm ni? Hahaha... Macam le ramai sangat yg follow nak tanya mcm tu kan? Alah for the sake of continuity plus malas dah nak story balik. So awal minggu ni kesnya concluded. Dipendekkan cerita, bil yg tak dijelaskan tu terpaksa diserap kosnya, di mana separuhnya datang dari aku. Selebihnya, anak2 buah yg tanggung. Melayang jugaklah duit yg sepatutnya boleh beli BD or DVD... Hahaha... Begitu pun aku tetap bersyukur sbb bos dah bertimbangrasa utk kurangkan jumlah yg perlu dibayar. Kalau tidak meraunglah jugak dibuatnya! Memandangkan aku ada bahagian dalam menolong orang2 susah ni, jadi tak salah kalau aku perkenalkan mereka2 ni kan? Bilik didaftarkan atas nama dia dia ni. Tak seperti dalam gambar kad pengenalan, penampilan si Masyitah ni jauh bezanya. Di luar dia berpenampilan ala2 tomboi. Ini surat yg digunakan oleh Masyitah utk meyakinkan pengurus kami yg dia bekerja di Lembaga Kemajuan Ikan Sabah. Namun a...

Destinasi Seterusnya

Selepas berbincang-bincang dengan Cietieto dan Adhie, kami akhirnya bersetuju untuk memilih Krabi sebagai destinasi seterusnya. Asalnya tu tak nak lagi tetapkan destinasi walaupun sudah ada bbrp nama tempat dalam kepala. Percaya atau tidak Krabi langsung tiada dalam senarai tu tau! Memilih lokasi baru, memerlukan banyak kajian dan tinjauan. Maklumlah kita bukan selalu jadi pelancong ni kan? Nak jalan pintas aku pilih destinasi yg kawan2 familiar. Tak payah gugel sangat terus aje tanya kawan tu lebih senang. Satu destinasi tu adalah Bangkok. Dah ada lokasi tuh aku apa lagi mulalah gagau membuka youtube untuk menonton sendiri percutian yg orang lain kongsikan. Mmg tertarik, mmg the bomb lah Bangkok ni. Itu belum baca belog-belog dah tertawan hati (tak sempat pun baca sebenarnya). Dalam teruja tuh entah macam mana aku terbukak satu destinasi yg aku tak pernah dengar sebelum ni (selalu sangat kebetulan kan?) Chiang Mai, Thailand.  Chiang Mai ni terletak ...

Entri Di Pagi Hari

Julung-julung kali merayap malam di tengah bandar metropolitan, Kota Kinabalu, aku abadikan gambar ni. Walaupun gerimis, Nokia Lumia 1020 tidak menghampakan, perfect for lowlight scene. Sebelum tu aku ke Suria Sabah dgn misi memutuskan hubungan yg sudah terjalin sejak lebih tiga tahun. Hubungan yg aku kira sudah masak dan sepatutnya makin hebat. Namun aku harus akur dengan perkembangan teknologi. Selamat tinggal Broadband 3G, Celcom. Banyak jasa kau, tapi sejak langgan mobile data utk S3 ko makin kurang aku pakai. Tak pakai pun tiap bulan bayar bil. Itu pembaziran namanya kan? Aku fikir nak amik MIFI la lepas ni. Tengok bajet dulu. Kalau tak aku beli je simkad baru utk Note 10.1 aku ni. Malam ni tujuan asalnya nak menjamu selera di Anjung Senja. Makan Satay Kajang, tapi sayang kedainya tutup pula. Serbu foodcourt di paras tiga Suria Sabah, malangnya semua macam takde mood nak bisnes. Tutup awal. Cuba nasib di UpperStar, panjang pulak baris menunggu. Masa tu dah pukul lapan lebih. Tak d...