Langkau ke kandungan utama

Hotel Tokek

Raleigh International (Borneo) sekali lagi memilih hotel kami utk menutup ekspedisi mereka sebelum balik ke kampung halaman masing-masing menyambut hari natal.

Melalui pengalaman aku yg lepas-lepas, kumpulan Raleigh ni biasanya akan lewat masuk tidur. Pukul satu jangan haraplah! Pukul tiga belum tentu lagi lobi ni lengang oleh mereka. Nampaknya, tidak berkeseoranganlah aku malam ni.

Masing-masing layan telefon pintar, aku pun capai henfon aku dan skrol suapan terkini Instagram. Aku berhenti pada satu gambar lelaki bertubuh debab (bukan sado yea) berendam separuh badan berkaspsyen: "Lama dah tak pose dalam air... Its been awhile.."

Kau fikir kau model nak cakap mcm tuh? Aiyoooo...

Hampir-hampir aku nak komen macam tuh, takut kedgrn mcm sial, aku batalkan niat tuh.

Tokek, tokek, tokek.

Ish kau tokek ah, mcm faham-faham pula isi hati aku, ekek ku sendirian.

Sekali lagi tokek tuh berbunyi, seakan mengiyakan kata-kataku tadi.

Disulam dgn lagu Yuna yg aku sengaja kuatkan sikit dari biasa, bunyi tokek itu tenggelam, tiada siapa yg endahkan.

Aku bawa henfon dan cuba nasib mencari punca bunyi tokek tuh. Siapa tahu, malam ni aku berpeluang merakam gambar tokek tuh.


Ha tu dia!

Baru sempat ketik sekali cik tokek dah menghilangkan diri! Penyegan sangat dengan lampu flash, betol!

Kalau aku betul, dalam pemerhatian aku ada seekor lagi tokek yg turut menjadikan hotel lobi ini sebagai rumah mereka.


Kalau yg tokek pertama tadi, berada di pintu masuk utama, tokek yg ini (gambar ke dua) pula menetap jauh nun di atas bumbung yg menyerupai siong menutup tangkob, ruang penyimpanan beras masyarakat rumah panjang dulu-dulu.

Aku tak tahulah kalau ada sesiapa berminat menangkap tokek ni. Semasa aku pos satu gambar tokek di Instagram satu masa dulu, ada orang seberang berminat nak beli.


Bila aku paparkan entri ni, harapnya jangan ada salah faham pula fikir aku jual tokek yea. Aku suka ambil gambar bukan jual tokek. Harap maklum!

P/S Entri ini tidak ada kena mengena dengan Tokio Hotel.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...