Langkau ke kandungan utama

#31 Apa Yang Anda Dapat Dengan Berblog

Aku nampaknya dah sampai ke penghujung cabaran. #30 aku langkau sebab tahun 2014 ni blum sudah lagi. Sampai masanya aku bukak entri baru utk cabaran #30.

Kalau ada yg masih kabur apa yg aku buat ni korang boleh rujuk di sini.

Pertama-tama sekali aku mintak maaf sebab terlambat menyudahkan cabaran ni. Maklumlah hujung tahun org2 kerja hotel ni agak sibuk sikit. Banyak menda nak diurus tapi disitu jugak manusia2 bahalul tetiba muncul.

Double booking utk 13hb dah setel. Aku ambil kejadian ni sebagai peringatan utk semua staf supaya lain kali lebih peka. Sempena dengan tu mungkin ada sedikit sambutan tanda kesyukuran. Tunggulah semua balik cuti baru kita makan2 sikit. PHD ke?


Sibuk2 tuh sempat jugak memesan talian bbrp BD. Yg satu ni baru sampai hari ni. Asalnya mintak priority. Sudahnya tetap jugak lambat. Tak pasal2 aku mintak wang penghantaran dikembalikan.

Berbalik kepada topik kita, sejujurnya aku pun tak pasti apa yg aku boleh dapat dgn berblog ni.

Aku mula terjebak dulu pun disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. Seronok tengok entri dorang byk maklum balas, aku pun bukak blog jugak.

Tak macam si kawan, blog aku hari2 hapdet pun, jarang org tinggalkan komen. Mungkin orang tak berminat dengan apa yg aku hidangkan. Atau sememangnya tiada pembaca.

Somehow, aku tak kisah.

Aku jadi kisah bila jumpa kawan yg kau tak tahu pun dia baca blog kau tapi tetiba berbincang apa yg terjadi di setiap entri yg aku terbitkan.

Panik di situ.

Dalam blog, sepatutnya dibualkan dalam blog. Itu sebab kotak komen dicipta sekali dengan entri duhai pembaca!

Tema  intipati blog aku awal2 dulu lebih kepada saluran meluahkan perasaan. Bukan perasaan cintan cintun yea, tetapi lebih kepada kerisauan menyiapkan pengajian. Along the way, made friends with some bloggers. Perlahan-lahan, blog ni jadi sekolah aku bereksperimen dalam berkarya.

Ada jugak aku cuba nak jana duit melalui blog. Sayangnya blog aku ni tak cukup trafiknya. Jadi aku tinggalkan saja impian tuh.

Lagipun, aku tak nampak blog aku ni akan ada "life" selepas satu tempoh which sadly aku akan delete lah.

Mungkin aku akan stop at some point and pursue something yg berbeza dan produktif.

For now, aku teruskan saje berkongsi sesuatu yg aku rasa paling berkesan dihidangkan dalam bentuk blog. Ada pembaca atau tidak, lantaklah labu! Yg penting aku enjoy!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...