Langkau ke kandungan utama

Tangkapan Hari Ni

Phewww... Hari ni keluar shopping2 sikit. Mcmlah hari biasa tak shopping jugak kan? Cuma hari ni lain sikit. Apa yg dihajat dapat dibimbit balik ke rumah.


Penat menapak dari Marina Court ke Suria Sabah tuh berbalas bila masuk2 aje cawangan Speedy di sana, seakan kena spotlight gitu, tergeletak Grey's Anatomy Season 10 sebagai salah satu new arrival.

Hampir-hampir putus asa dah sebenarnya ni, sampai dah terfikir baik beli atas talian aje lah kalau cenggini. Minggu-minggu jenguk Speedy masih belum ada boxset ni yg sbnrnya dah rilis di US sejak September lepas.

Jadi bila dah ada tuh, apa lagi masuk bakul lah!


Jauh2 berjalan kaki ni ada sasaran lain jugak sebenarnya. Speedy cawangan CP tu dah selalu sangat aku singgah. Tiap2 minggu pergi tak byk yg berubah. Berpeluang ke cawangan Suria Sabah kali ni aku nak tinjau-tinjau BBC punya Blu-ray. Kalau bernasib baik, aku nak dapatkan Human Planet, malangnya available in DVD sahaja.

Alang-alang pulak Frozen Planet dah ada depan mata ni, elok jugak lah aku rembat sahaja. Kalau gatal jugak nak membeli online, kena tahan sabar menunggulah jawabnya.

Buat masa ni aku khaskan, pembelian online pada barang yg kita tak jumpa depan mata je yea... Hehehe...


Siap letak dua2 tuh atas kaunter pembayaran, satu lagi kalau tak beli tak lengkap lah lawatan aku kali ni. Lama dah mengidam sebenarnya, hanya jeling-jeling je, Yuna Live at Istana Budaya ni terus aje aku pindahkan dari rak kaunter ke kaunter pembayaran.

Balik2 sempat lagi rakam video utk dipos ke insta, gitu...


Kalau nak tau, sambil2 buat entri ni aku pasang DVD album Yuna tuh. Luncur laju aje ayat2 aku kan sebab hati amat senang deh.

Julung2 kali bercuti di musim perayaan ni, teringin lah aku ucapkan Selamat Hari Natal pada sesiapa yg menyambutnya dan buat semua pembaca budiman.

Terima kasih, kerana jadi pembaca yg tak byk mengomel. Sorrylah, anonymous commentator has been disabled. Tahun baru kita hapdet banyak2 lagi entri kay!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...