Langkau ke kandungan utama

Kisah Lama Timbul Semula: S3

Ingat tak kes S3 aku tercicir dalam bas yg aku ceritakan di sini.

Lebih kurang dua minggu kemudian aku tergerak hati nak jejak semula S3 aku tuh (SamsungDive). Dapat jejak cuma tiada apa yg aku boleh buat utk mendapatkan semula henfon tuh. Namun kejadian Google Wallet menyebabkan aku bertindak melindungi poket aku dari kena tebuk lagi.


Entah kenapa aku tak terfikir sebelum ni utk simpan nombor yg telah 'mengambilalihmilik' S3 tuh dan cuba jejak pemilik nombor tuh cara lain.

Simpan nombor dan tengok kalau nombor tuh muncul dalam senarai kenalan di Wasap.

TIADA.

Nombor nampaknya, tidak mempunyai wasap.

Tidak berputus asa (aka takde keje lah tu kan), aku cari akaun WeChat yg menggunakan nombor tuh. Guess what! Ada...


Yg bikin seriau... Akaun ni mcm penah chat dgn aku.

Tak silap lepas aku dapatkan simkad gantian, sementara nak beli henfon baru aku gunakan Note 10 terlebih dahulu. Lebih kurang sekitar masa ni lah aku terima friend request dari akaun yg sama...

Aku tak ingat sangat nama pengguna -mungkin jugak dalam pada sama yg sama kerap ditukar- tapi asal dia tuh yg mudah aku nak ingat.

Pilak kah?

Sakit hati pulak bila ingat orang ni pernah puji yg kononnya aku ni hensem. Dah dapat henfon free, mmg siapa2 pun kau panggil hensem!

Awal2 tuh kerap jugak dia mesej tanya khabar, walaupun kadang rasa mcm pelik sikit. Takut kena cop sombong aku layan ajelah.

Aku berhenti layan mamat ni bila aku saspek mamat tu gay.

Mamat tuh muncul semula (walaupun dah remove) bila aku berjaya blok S3 tuh. Kebetulan atau suratan? Tak tau lah nak kata apa kan?

Kalau aku masih ada lagi simpan mesej2 lama Wechat dalam Note 10, aku mungkin boleh kongsi siapa orang tuh.

Yg aku rasa mcm bodoh sangat bila aku kenang balik yg mamat tu ada hantar gambar dia kat aku.

Balik rumah kang aku cek lah. Sepanjang minggu ni aku terpaksa stay di hotel. Until then kita tunggu dan lihat...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...