Langkau ke kandungan utama

Lagi Cerita Exodus (updated)


Hensem plak tengok poster ni. Lagi-lagi dengan judulnya tuh. Cepat aje jari jemari aku tap tap skrin note 10 semak info dan trailer creta nih di pengkalan filem IMDB.

First impression aku bila tengok trailer ni sudah tentulah pada filem klasik The Tenth Commandment. Seperti mana filem klasik tuh, filem Exodus: Gods & Kings jugak mengulangi kesilapan yg sama dalam mengambil pelakon yg mewakili bangsa dalam cerita tuh.

Rasanya byk dokumentari pasal dunia mesir purba. Dan tidak disangkal lagi bangsa yg memerintah mesir pada latar kedua-dua filem bukan berkulit putih. Mereka bangsa awang hitam. Kulit gelap!

Ini belum tengok lagi filem arahan Ridley Scott ni di panggung. Tak sampai imaginasi aku kepada dunia yg penuh gah itu apabila aku nampak still Sigounor Weaver sebagai Tuya. Kalau dah tengok tak tahulah apa aku nak cakap.

Apa pun alasannya, ambil pelakon2 besar membintangi filem ni mungkin atas tujuan komersil. Sama macam filem Memoirs of Geisha, ambil pelakon Cina utk watak wanita Jepun. Pelakon2 seperti Zhang Ziyi, Michello Yeoh dan Gong Li lebih mesra di mata barat yg mungkin tidak dapat membezakan orang Jepun dari orang Cina.

Seperti apa yg ditulis oleh Maurice Bucaille dalam bukunya The Bible, The Quran and Science beliau berpendapat kejadian Exodus yg digambarkan dalam filem barat tuh sebenarnya terjadi di bawah pemerintahan Firaun Merenptah.

Nabi Musa, menurut Maurice lahir pada zaman pemerintahan Ramses II. Merenptah menaiki takhta melangkaui 13 orang abangnya kerana ditakdirkan ayahanda mereka Ramses II menikmati usia yg lanjut sehingga ke 90an.

Larat ke angkol tua2 umur 90an gi kejar nabi Musa dan kaumnya sampai ke laut merah?

One suspicious fact yg patut dikaji, berbanding dengan bapanya, tempoh pemerintahan Merenptah sangat pendek sekitar 10 - 20 tahun berakhir secara tiba2 dan tidak diketahui dengan jelas kenapa.

Satu watak yg menarik dlm cerita ni ialah Isisnofret, permaisuri utama Ramses II selepas kematian Nefertari.

Tidak byk yg diketahui mengenai Isisnofret, kerana byk rekod rasmi mengenai permaisuri ini dimusnahkan atau dipadam pada zaman pemerintahan Ramses II. Kalau ada disebut pun namanya hanyalah yg berkaitan dgn anaknya Merenptah.

Apalah agaknya jenayah yg Isisnofret ni buat sampai dia mendapat layanan begitu? Makamnya pun tidak diketahui di mana.

Mcm curiga jugak dgn persamaan nama Isisnofret tuh dgn Asiah, permaisuri yg melindungi musa yg kemudiannya dihukum kerana menentang Firaun.

Apa pun harus diingat Isis, Asis tuh nama yg common pada zaman tuh. Tambah lagi mungkin berlaku pertindihan watak2 yg mempunyai nama yg sama.

Kita biarkan itu di situ. Serahkan saja pada tuhan, kerana Dia yg lebih mengetahui...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...