Langkau ke kandungan utama

Hello From Kuching


Klik pada gambar utk paparan yg lebih besar.

Tengah kemaskini akaun emel Yahoo!, aku terjumpa balik emel lama ni. Bila baca, tak sangka plak ada orang cari info melalui gugel terbawa ke blog aku yg tak seberapa itu.

Sejak menerima emel sebegini, aku lebih berhati-hati dalam menyebut nama tempat kerja. Takut apa yg aku ceritakan jadi gambaran pertama pembaca atau bakal pengunjung.

Apa pun ini bukan pertama kali aktiviti maya aku jadi rujukan.

Pernah satu masa, nama aku naik dalam briefing gara2 status pesbuk aku. Entah apa masalah andartu yg hampir nak menopos tuh. Sebut aje hotel terus jadi isu besar bagi dia. Menggambarkan imej buruk mengenai hotel katanya.

Jadi si fat babe yg sorang lagi tuh pun terhegeh-hegeh jugak lah panggil aku perjelaskan isu.

Aku nak jelaskan apa aku cakap, dengan sedikit meradang. Sudah lah kita kerja malam ditahan lagi sampai pukul 8.30 pagi utk bagi kenyataan balas.

Dalam hati aku, mmg betul2 ko carik nahas dengan aku lah andartu.

Tempohari, mengadu aku tidak senyum dgn dia. Gara-gara itu pun aku kena panggil oleh si Fat Babe perjelaskan situasi. Staf baru itu tidak mesra katanya.

Haiyo, akaun eksekutif je pun kau tapi berlagak mengalahkan bos. Nak mintak aku cium tangan ke?

Baru hal remeh itu, inikan pula halnya pasal status pesbuk.

Masa dipanggil tu aku suruhlah Fat Babe, baca balik apa yg aku taip. Ada aku buruk kan nama hotel ini ke aku tanya?

Aku sekadar cakap aku dgr berlaku kecurian di kawasan sebelah hotel. Kawasan sebelah tuh merujuk kepada satu taman perumahan berdekatan. Lainlah kalau aku cakap berlaku kecurian di hotel! Tapi kalau dah mmg gatal tonton mmg ada aje isu dia nak bangkitkan.

Korang fikir kenapa aku tak senyum dengan si andartu tuh?

Mmg aku pernah cuba senyum jugak dengan dia. Cuma yg heran tu, tak pernah nak tengok orang balik. Sombong betul nyonya santung ni, dalam hati aku.

Malas nak layan aku pun dah tak greet si andartu lagi.

Tak sangka plak dia ambil hati youuuuu...

Aku pulak masa tu permanent kerja malam, jadi aku tak tau sangat lah si Andartu tu mcm mana. Bila Fat Babe jelaskan baru lah aku faham.

Mata kanan jalan terus. Mata kiri buat pusingan-U.

Hahaha... Fatimah Juling rupanya!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku Terima Walau Sakit Hati

Ingat tak kes guest tak setel bil penginapan yg aku sorot sikit2 dalam bbrp entri sblm ni? Hahaha... Macam le ramai sangat yg follow nak tanya mcm tu kan? Alah for the sake of continuity plus malas dah nak story balik. So awal minggu ni kesnya concluded. Dipendekkan cerita, bil yg tak dijelaskan tu terpaksa diserap kosnya, di mana separuhnya datang dari aku. Selebihnya, anak2 buah yg tanggung. Melayang jugaklah duit yg sepatutnya boleh beli BD or DVD... Hahaha... Begitu pun aku tetap bersyukur sbb bos dah bertimbangrasa utk kurangkan jumlah yg perlu dibayar. Kalau tidak meraunglah jugak dibuatnya! Memandangkan aku ada bahagian dalam menolong orang2 susah ni, jadi tak salah kalau aku perkenalkan mereka2 ni kan? Bilik didaftarkan atas nama dia dia ni. Tak seperti dalam gambar kad pengenalan, penampilan si Masyitah ni jauh bezanya. Di luar dia berpenampilan ala2 tomboi. Ini surat yg digunakan oleh Masyitah utk meyakinkan pengurus kami yg dia bekerja di Lembaga Kemajuan Ikan Sabah. Namun a...

Destinasi Seterusnya

Selepas berbincang-bincang dengan Cietieto dan Adhie, kami akhirnya bersetuju untuk memilih Krabi sebagai destinasi seterusnya. Asalnya tu tak nak lagi tetapkan destinasi walaupun sudah ada bbrp nama tempat dalam kepala. Percaya atau tidak Krabi langsung tiada dalam senarai tu tau! Memilih lokasi baru, memerlukan banyak kajian dan tinjauan. Maklumlah kita bukan selalu jadi pelancong ni kan? Nak jalan pintas aku pilih destinasi yg kawan2 familiar. Tak payah gugel sangat terus aje tanya kawan tu lebih senang. Satu destinasi tu adalah Bangkok. Dah ada lokasi tuh aku apa lagi mulalah gagau membuka youtube untuk menonton sendiri percutian yg orang lain kongsikan. Mmg tertarik, mmg the bomb lah Bangkok ni. Itu belum baca belog-belog dah tertawan hati (tak sempat pun baca sebenarnya). Dalam teruja tuh entah macam mana aku terbukak satu destinasi yg aku tak pernah dengar sebelum ni (selalu sangat kebetulan kan?) Chiang Mai, Thailand.  Chiang Mai ni terletak ...

Entri Di Pagi Hari

Julung-julung kali merayap malam di tengah bandar metropolitan, Kota Kinabalu, aku abadikan gambar ni. Walaupun gerimis, Nokia Lumia 1020 tidak menghampakan, perfect for lowlight scene. Sebelum tu aku ke Suria Sabah dgn misi memutuskan hubungan yg sudah terjalin sejak lebih tiga tahun. Hubungan yg aku kira sudah masak dan sepatutnya makin hebat. Namun aku harus akur dengan perkembangan teknologi. Selamat tinggal Broadband 3G, Celcom. Banyak jasa kau, tapi sejak langgan mobile data utk S3 ko makin kurang aku pakai. Tak pakai pun tiap bulan bayar bil. Itu pembaziran namanya kan? Aku fikir nak amik MIFI la lepas ni. Tengok bajet dulu. Kalau tak aku beli je simkad baru utk Note 10.1 aku ni. Malam ni tujuan asalnya nak menjamu selera di Anjung Senja. Makan Satay Kajang, tapi sayang kedainya tutup pula. Serbu foodcourt di paras tiga Suria Sabah, malangnya semua macam takde mood nak bisnes. Tutup awal. Cuba nasib di UpperStar, panjang pulak baris menunggu. Masa tu dah pukul lapan lebih. Tak d...