Langkau ke kandungan utama

Hari Ini Dan Semalam


Baru bangun tidur sebentar tadi. Belum isi perut lagi ni deria bau agak sensitif. Terbau nasi lemak, terus terkam bungkusan makan apa yg ada.


Sesambil melahap teringat cerita kemarin teman dua ekor ni pegi warna rambut di Pro Trim. Nak bergaya katanya sempena tahun baru. Aku tak gunting apa just ikut nak tumpang pegi bank-in duit jer.


Dengan belum tidurnya lagi lepas balik kerja malam struggle jugak nak keep myself awake.

Sempat jugak terjumpa babygrey aka nurul masa kitorang trio pegi carik makan.

Nurul katanya bersama family tgh carik henfon. Lupa pulak nak ambil gambar bersama julung2 kali terserempak tuh kan. Tak boleh berlama-lama kami mintak izin ciao sebab nak kejar masa. Belah petang ada yg nak masuk shift.

Maklum sajalah di CP time lunch ni setiap tempat mkn sesak nak tak nak terpaksa kami pilih Kenny Rogers yg nmpk agak lengang sikit banding tempat lain.

Teruja dah kitorang bertiga ni nak makan menu beef steak rega yg cecah rm30 tuh. Bila lebih kurang 5 minit pelayan datang balik ke meja kitorang dan umumkan menu yg kami mintak dah habis kami sekali lagi tepaksa bukak buku menu kecewa.

Mencekik ayam lagilah nampaknya kan?


Extreme chocolate blended ni jugaklah yg tidak mengecewakan aku. Dgn harga rm12.90 boleh buat mata aku terbuntang terus sepanjang hari. Tidak manis sebaliknya kelat2 cekelat hitam buat aku jatuh cinta 10 kali...


Sesambil menunggu makcik2 dua ekor tuh siap mewarna rambut aku ada jugak ronda2 CP. Aku notice new shop byk bukak (menggantikan kedai lain) termasuk kedai Japan Boat Takoyaki ni favorite snacks si Nora. Nyesal plak tak beli sikit boleh jugak buat kudapan.


Tapi elok jugak kat mulut tak kunyah apa2. Ternampak buku ni kat rak di Popular Bookstore boleh termengkelan sebijik takoyaki dibuatnya. Hebat sangat ke K-Pop ni siap keluar buku bagai yea!

Fikiran terbayang kat Nazim Othman dan Nad Zainal. Dua selebriti Malaysia yg masing2 gila anything Korea.

Balik hotel dlm jam 3.30 ptg begitu. Aku hanya terlelap sekitar pukul 8 mlm dan terpaksa bangun sblm pukul 11 utk bertugas pada sblh mlm. Malam yg panjang dan mcm2 boleh buat.

Most of the time aku tertidur atas sofa samada mimpikan beef steak atau extreme chocolate tuh. Sedar2 dah pukul 5 pagi. Nasib baik semua kerja dah siap sblm terlelap tadi. Kalau tidak haru jugak dibuatnya...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...