Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2015

Anatomi Grey

Time to lick my wound and unwind myself! Sedikit kecewa bila sampai rumah, dpt tele kata bungkusan aku baru sampai. Kenapa lah nak tunggu aku balik baru nak datang ha? Terpaksa lah tunggu besok... Ubat hati yg lara aku layan EMPRESS OF CHINA. Baru mula 5 episod yg pertama tapi rasa mcm ya hampun dragging betol jalan cerita dia dan no thrill langsung. Semua female actress dia mcm patung porcelain je, flawless, mcm boleh buat iklan krim muka dah semua. Begitupun aku impress jugaklah efek CGI yg digunakan utk menutup lurah dendam pelakon2 dalam siri nih. Nampak natural siap dipadankan dgn baju asal lagi. Even yg wide shot pun tetap kena CGI, walhal jauh je pun. Grey's Anatomy Complete Eleventh Season DVD Later today, aku collect bungkusan aku. Ha inilah dia pesanan yg dinanti-nanti... Sedikit kecewa jugaklah bila tengok packaging dia not in boxset! Tak pe lah fikir aku... Kalau nak yg boxset jugak kena tunggu bulan November lah beli lain. Ni beli pun sebab aku gedik sangat tak sabar v...

MYR ke IDR

Sembang-sembang, tinggal dua bulan lagi aku akan bercuti ke Bali. Ikut nasihat kawan-kawan lebih kurang sebulan berangkat eloklah siap2 tukar duit. Bukan sbb kat sana nanti takde tempat tukar duit, takut kena cas mahal jer. Dah nak tinggalkan Bali pun kena sediakan jugak sedikit matawang IDR sebab perlu bayar cukai keluar. Nasib tanya tips kalau tak gagau kat kaunter imigresen karang. Aku taklah shopping sangat kot, memadailah 1K tu utk tampung bayar supir, makan pakai, duit deposit hotel kalau perlu, yuran masuk... Ada baki sikit kita bajetlah beli buah tangan bagai. Cheh dah mula berangan tuh bila tengok amaun 1K yg ditukar ke IDR. Kembang kecut hidung merasa jadi jutawan walaupun bbrp hari jer.

Lanjutkan Hidup

Sukar untuk menggambarkan hari-hari terakhir hidup aku nanti dilalui sendirian. Selagi ada impian, cita-cita dan pegangan hidup, selagi itu aku tidak akan kesunyian. Di usia emas aku suatu hari nanti aku percaya aku punya peranan dan sumbangan pada komuniti. Kecuali kalau ditakdirkan sesuatu menimpa diriku maka terpaksalah aku beralih ke pelan B. Apa pulak pelan B tuh? Mendaftarkan diri masuk ke rumah orang-orang tua. Jangan terkejut! Walaupun Pelan B ni bukan idea aku yg sebenarnya, aku cilok dari Ticer Ros, pelan ni mcm perfect bg aku kalau nanti aku tidak mahu lg berhubungan dgn org di luar sana. Ikutkan aku sebenarnya tiada pelan tertentu, just get through my day is more than enough. Worry tomorrow later on. Aku cuba untuk menikmati saat ini, pada detik ini jugak. Aku tahu aku selalu mengenang masa lepas biarpun sedia maklum tiada apa yg boleh diubah. Habit ini sukar dikikis sebab bukan semua yg ditemui pada masa lampau itu pahit. Ada juga yg manis utk diingati. Risaukan masa depan...

Tahun-tahun Sepi

Rajin menonton siri tv yg berkisar sekitar doktor, pesakit dan hospital, tak terfikir pulak tentang diri sendiri. Maklum sajalah usia pun tidak lama lagi menginjak empat puluh an, soal-soal kesihatan tuh mungkin tidak lama lagi akan jadi isu. Mula-mula badan dah tak berapa nak kuat diikuti metabolisma yg semakin menyusut. Rambut semakin bertaburan uban, gigi pula satu per satu tanggal. Sikit masa lagi mata pun dah kabur kena pakai cermin mata pulak. Walaupun aku belum lagi mengalami simptom-simptom ni, jiwa masih 28 tahun lagi kan, sikit sebanyak kerja-kerja berat tuh dah mmg tak larat nak buat dah. Kesihatan tuh, tadah tangan kesyukuran, masih dilimpahkan pada aku biarpun aku selalu mengadu "sakit hati". Tapi kita tidak tau lah pada masa akan datang kan? Penyakit warisan keluarga yg tak berapa nak serius, asma dan mungkin jugak resdung. Kemungkinan utk dapat kecing manis dan darah tinggi tuh ada, sebab mak aku pernah menderitai penyakit nih. Tengok kat bapak pulak mcm sihat ...

Sehari Meronda KK

Pemandangan dari TIMES Bookstore, Suria Sabah. Terhengen nak berselfie kat bawah nun berlatar aneka grafiti. Terik cuaca tghari membatalkan niat gedik aku tuh. Beberapa minit di bawah panahan mentari dlm cuaca skrg ni -not to mention KK ni by the sea- takut hangus kulit aku nanti. Dari aku tambah satu tona warna kulit baik aku belek-belek buku kat dlm kedai buku ni. Sejak bila ntah aku balik-balik ulang jenguk. Keluar kedai, belinya idok. Ada jugak berahi sikit nak beli, tapi fikir2 semula buku 50 Shades of Grey dan dua lagi buku seterusnya pun aku tak baca lagi, apa kejadahnya aku nak beli yg ni pulak? Mengidam Spaghetti Bolognaise tapi malas nak masak aku gi Pasta Pasta di Gaya Street. Harga semangkuk tuh RM6.50 je lebih murah berbanding berbelanja nak beli dan sedia bahan2 yg mungkin boleh cecah sekitar rm30. Dah masak tuh lebihannya saper nak habiskan? Fikir nak singgah ZenQ, makan dessert tapi kita skip jerlah kali ni sbb tak mo balik lewat sangat takut terperangkap dlm jem. Limpa...

Bing Bong!

Oh! Sedar-sedar dah hari ke-empat. Cepat betul rasanya lusa dah kerja semula. Selepas aku terpaksa masuk kerja masa cuti, aku bercadang ambil cuti panjang sikit. Bukan nak ke mana pun just to sort out my head. Perasan kan entri2 aku sebelum ni mcm weng-weng sikit. Cukup tidur I think Okay lah kot. Tak cukup tidur itulah jadinya meraban tak tentu pasal. Sorilah kalau ada sesapa yg offended. Hari pertama cuti terus aje ke panggung. Mana lagi kalau bukan GSC, Suria Sabah. Kat situ aje aku suka pergi. Malangnya filem yg aku pilih hari tuh tak brp nak bagus. Bukan cerita dia tak best, tapi sejak kebelakangan ni byk sangat filem2 pasal spy dan agen yg aku tengok. Hujung tahun kang ada lagi filem agen... Imun dah sistem aku tengok citer cenggini... Silap jugak lah aku tak tonton INSIDE OUT dulu. Bagaimana pun tertangguh rancangan tuh hinggalah ke hari ni. Rate aku? Entah lah aku boleh ibaratkan cerita ni mcm Alice In The Wonderland, sarat dengan mesej. Watak yg paling aku boleh relate adalah ...

Hati Ke Hati

Apa yg aku buat nih? Menceceh kesusahan hati kepada mu? Nampak sedikit selfish, mengganggu tidurmu di malam buta. As if by processing my problem out loud, I could solve them. Lama dah tak hati ke hati seperti tuh sampai dua pagi. Bercerita isi hati hingga ke pangkalnya. Kalau tidak dapat menyelesaikan masalah pun, sekurang-kurang aku berasa lega, like getting a second opinion about life. Let the right one in... Let the old dreams die... Let the wrong ones go... Itulah tekadku selepas ini. Terima kasih!

Bahagia

Kapsyen. Lepaking bersama my bae tengok sunset. Gambar. Selfie dgn "my bae" yg hanya menunjukkan belah sisi muka jer. Berbeza dengan yg pegang kamera tersenyum lebar. Esok hapdet moment, rindu "my bae" padahal baru jumpa semalam. Sengih je tengok gelagat org yg tengah kemaruk bercinta ni. Bahagia sungguh lagaknya. Itu cara org lain bahagia. Aku yg solo bahagianya lain pulak. Nak tahu bagaimana? Alahhhhh... malu lah nak cakap. Takde lain dahhhh... Pesanan online jugak jadi sumber kebahagian kan? Yg dua ni pun dah lama tunggu. Jadi bila ada tuh bukan main lagi DUNIA INI AKU YG PUNYA tak gitu? Apa isi, kau tanya? Alah kejap lah aku snap2. Kalau ingat entri yg aku cerita pasal BARAKA tuh inilah BD yg aku pesan selepas tuh. Mula fikir boleh dpt sblm raya, nak habis raya baru muncul. Nangis je tidak tau. Makan ala2 tak selera gitu. Ni loyar buruk aje jgn percaya. Yg ni tak lama tunggu lah, dlm dua minggu lebih begitu dah sampai. Dah ada CD dia ni tapi saje lah beli spare ...

The Empress of China

Tiada yg melayan perasaan senteng aku dua tiga hari ni, perlahan-lahan fikiran aku mulai pulih. Biasalah kita manusia biasa yg tidak maksum dari ketidakseimbangan perasaan. Sekejap berombak di laut dalam, besok tenang bak di kali. Apa yg nampak mcm masalah besar sangat hari ni, esoknya dah bukan isu. OK merepek. Senang cakap, bab cinta ni aku mmg no luck lah. Dari pening memikirkan kerana masalah "outstation sebulan", kemungkinan hubungan PJJ lagi baik stop sebelum masing2 dah tanam perasaan sayang. Eh sayang? Bold statement tuuuu... Letak ke tepi, kita tengok apa projek aku hari ni to distract my mind. Ha ni baru je beli. Teruja pulak nak tengok citer cina yg membawa kita berkongsi perjalanan satu-satunya Maharaja wanita raise into power. Paling penting nak tahu sudah tentulah bagaimana drama ini menghadapi kontroversi potongan gara-gara banyak tunjuk lurah dendam. Dari yg aku baca ada babak yg terpaksa dicrop (tetiba muka byk kena zum) atau bhg seksi tu disunting secara CGI...

Cheat, "Cheat Day"

Balik-balik cheat day. Ni lah kalau fikiran dah tak keruan. Apa2 ntah yg di buat. Cuma pesan aku tu jelah jgn buat yg tak elok dan merosakkan diri. Janji bagus dan tengok mcm aku, buat yg sedap sahaja! Dua hari lepas di Upperstar, Suria Sabah memenuhi tuntutan Cheat Day. Semalam ke cawangan yg di Segama pula dgn niat mencari ketenangan... Ketenangan lah sangat... Hahaha... Upperstar ni ada dua lagi cawangan. Yg terbaru di IMAGO dan satu lagi di Damai. Dua2 cawangan ni aku tak pernah singgah lagi. Yg selalu pegi pun cawangan kat Suria Sabah. Restoran Upperstar ni kira popular jugak di kalangan warga KK, mungkin jugak sebab konsepnya atau juga harga makanannya yg berpatutan. Berpeluang singgah di Upperstar Segama semalam aku rakamkan gambar model gunung Kinabalu yg menghiasi ruang restoran pada tingkat bawah. Pernah berbuka puasa dulu di sini dgn Nurul dan Raimie. Masa tu kami memilih tingkat satu untuk layan pemandangan senja dan tugu ikan todak. Di seberang jalan Upperstar, Segama ni a...

Back-to-back

Macam sedih, macam sayu je pagi tadi bila memikirkan kemungkinan yg aku sekali lagi terpaksa lepaskan someone. Walaupun kemungkinan saje, tapi hey, aku kena bersedia betul tak? Kalau kuat jodoh tu tak ke mana kan?? * Macam setaik je bunyi ayat aku ni kan?* Malas nak melayan perasaan jiwang ke laut, aku keluar tengok wayang, hiburkan hati. Dua hari lepas tengok FANTASTIC 4, hari ni fikir nak layan dua muvie berturut lah. Back-to-back gitu temanya. Akan datang terus berkampung di panggung lah kau Alizam! Kalau bukan sebab ada staf ambil compassion leave hari ni, kompom aku radu satu filem lagi tadi. Dengan itu jugak cuti aku terpaksa dipendekkan. Kena lah cover shift yg lompang utk memastikan operasi hotel berjalan baik kan. Aku kan orang penting... Hahaha... Ada bbrp benda lagi nak buat ni. Namun apa kan daya, kita hanya mampu merancang... Ahaks... Sedih lagi letteww... Apa pun yg pasti, bila filem ni dah ditayangkan di panggung aku nak tengok! Peduli lah kau siapa... Aku mesti tengok j...

Saawariya, sebuah rebiu

Susah untuk aku kata suka atau tidak filem ini pada tontonan pertama. Walaupun aku minat latarnya yg bertona kebiruannya, aku dapati filem ini tidak begitu mengesan terus pada perasaan. Filem ini pada kasarnya mengenai kisah cinta tak berbalas (Gulabji + Ranbir, Sakina + Ranbir) dan agungnya perasaan menanti kepulangan seseorang yg dikasihi (Sakina + Iman, Lollipop + Her Son). Kenapa aku tidak dapat merasakan perasaan itu? Merasa sakitnya cinta yg tak terluah oleh si pelacur jalanan, Gulabji. Bagaimana semangatnya hati muda Ranbir mahu mencintai Sakina. Menyelami keyakinan Sakina yg pasti Iman akan kembali walaupun semua orang disekelilingnya mengatakan tidak. Ada jugak momen2 biarpun sikit yg sampai juga ke hati, kebanyakkannya ini disumbangkan oleh watak Lollipop bersama Ranbir. Babak-babak lain yg menuntut emosi tertentu gagal dihubungkan atau mungkin tenggelam dibalik gahnya set dan prop filem meskipun muzik latarnya mahukan kita turut beremosi yg sama spt pelakon. So...

Hari Yg Panas

Akhirnya dapat jugak cuti panjang sikit walaupun cuma empat hari jer. Dah cuti tu apa lagi ke panggung le! Banyak kata tak best, aku yg tak pernah tonton filem terdahulu, tiada untuk dibandingkan cuba untuk melihat judul ribut ni dgn mata baru. Sayangnya, filem Fantastic 4 yg baru ni agak sedikit mengecewakan. Mungkin bukan pada jalan ceritanya sangat tetapi pada pelakon2nya yg kurang kuat. Tidak tahulah apa taktik pembikin filem, rata-rata pendukung utama tidak dikenali. Rasa bongga hari ni lunch solo di Upperstar, lepas habis Fantastic 4. Biasanya pegi sini mesti berteman tetapi aku nak carik sapa masa begini? Tiup jauh2 perasaan janggal itu dan sila menyelit masuk mana-mana tempat yg kosong. Banyak tempat boleh duduk, kebetulan hari ni agak lengang. For starter, aku pesan mushroom soup. Aku pun tak tau la sejak akhir2 ni tekak aku ngidam mushroom soup tapi tak nak ke pizza hut gitu. Tak dpt yg pizza hut punya yg ni pun okie kot. Ha amik melantak... Kebetulan pulak cheat day kan jadi...

Ponytail Girl

Aisehmen, baca tajuk terus mesti korang fikir ponytail buat comeback ni kan? Ada la kot sikit. Kemarin aku ditegur peserta dari Jabatan Perangkaan Tawau. Katanya muka aku ni familiar. Orang Kudat ke tanya pompuan tuh. Semasa daftar masuk bilik pun, aku pun berfikiran yg sama. Cuma tak dapat nak akses memori di mana pernah bersua muka dgn dia ni. Maklumlah dah nak masuk pangkat empat puluh ni ingatan tak berapa nak bagus. "Dulu sekolah di SMK Pekan ker?" Ding! "Saya dulu masuk SMK Pekan, ulang ambil SPM" Ding lagi dalam kepala. Memandangkan perbualan kami bersaksikan rakan sekerja perempuan tuh, aku sembunyikan keterujaan padahal dalam hati teriak wow s he remembers me! Senior dua tahun, tak pernah bertegur sapa pun, bebeh di sekolah dah tu dari klik popular kat sekolah, kembang-kecut jugaklah hidung bangga ada orang ingat. Kita ni apa lah sangat, dah lah comot, selekeh pulak tu, no one will turn their head, least even try to know my name. Tak silap aku dulu dia ni j...

Kena Pugai Kah?

Apa "hot story" yg aku cerita dlm entri sebelum ni? Amboi sebut aje "hot story" terus iris mata terbuka lebih besar yea. Berminat nampak? Heboh jugak satu hotel pasal cerita nih. Apa tidaknya duit yg sepatutnya diremit tidak ada. Bila ditanya pada tuan diri katanya sudah. Bila ditanya sekali lagi, lain pulak jawabannya. Tak ingat. Boleh jawab mcm tuh? Rakaman CCTV melaporkan cerita yg berbeza. Pada hari yg sepatutnya dia remit duit tu, si tuan diri tidak kelihatan pun mendekati peti besi. Cuma besoknya baru dia ada ke peti besi. Itu pun dari pengamatan pengurus, acah-acah aje. Dia tak drop apa2 sampul berisi duit pun ke dalam peti besi. Tak cukup dengan duit yg hilang entah ke mana si tuan diri pula mendakwa dirinya terkena buatan orang. Mungkin ada jugak betulnya kot sebab sejak minggu2 akhir ni ramai yg kata dia ni dah banyak berubah. Kerja pun banyak tertunda dan kucar kacir. Tapi berubah secara mendadak ni, mcm nak sama dgn simptom orang bekas kena pugai. Kalau ...

Misi Buat-Buat Tak Kenal

Lepas habis tengok Misi Mustahil, aku dapati henfon aku penoh noti. Bukan sebab aku populer tapi nampaknya kengkawan duk hapdet satu kejadian kat tempat kerja. Sambil jeling henfon aku jeling depan. Mata rawak mencari tubuh yg aku kenali. Aisehmen dalam hati aku bergetus. Betul-betul orang tuh mengelak aku! Masa sebelum wayang mula lagi aku dah perasan orang ni. Fikir nak tegur, tapi si kawan buat2 tak nampak pulak. Segan nak jerit-jerit dalam panggung I tot maybe later lah kan. Keluar panggung, lampu pun lebih terang dari dalam panggun, boleh lah kejar tepuk bahu ke kan? Ni harapan nak tepuk bahu, peluk salam pun rasanya macam tiada. Tengok dari gaya dia toleh belakang dan mempercepatkan langkah selepas nampak aku berdiri dari tempat duduk tuh mmg sah lah dia tak mahu diusik. Dah mcm tu kita nak buat? Kita kejar kah? Tak kuasa lah aku nak buat mcm tuh. Orang tak nak bercakap dengan kita. Kita biar jelah. Setahu aku selama bekerja satu kampeni dengan dia ni aku mmg takde masalah pulak....

Follow Your Bliss

Sejak bergelar student lagi, selain mengumpul, aku mmg suka hunting DVD (skrg lebih kepada BD). Hobi yg aku kira selepas bekerja pun masih aku buat. Mungkin ada orang cakap buang duit sebab lebih bagus donlot saje! Itu kau banding hobi aku dgn hobi kau yg suka mendonlot. Cuba kau banding dgn orang yg hobinya kumpul aksesori kereta atau suka kereta mewah. Sudah tentulah hobi aku tuh tak le mahal mana pun. Bagi aku tiada yg rugi kalau kau melabur kepada sesuatu yg kau suka. Hasilnya kau puas hati dan takde lah nak menyibuk pasal hidup orang lain. Sebelum membuat upacara pemburuan kita kena ada ritual memuja depan cermin... Tak selfie dlm tandas kebarangkalian utk kau balik tangan kosong sangat tinggi! Hahahaa... Nak dipendekkan cerita aku geledah dari Imago sampai ke Suria Sabah. Terdesak sangat kalau tak jumpa apa2 mungkin aku ke 1Borneo, Karamunsing dan Wisma Muis. Wisma Muis tuh merepek lah kan. Mana ada kedai Speedy di situ. Hujung-hujung CP jugak yg aku berjaya kutip dua boxset pada...

Jom Jadi Stalker Jap

Stalk peserta seminar dan kutip respon mereka tentang hotel kami. Satu bilik berkongsi 4 orang. Tak tahu lah selesa ke tak tuh. Kalau setiap seorang bawak bagasi mcm pindah rumah mmg menangis jugak lah. Hamboi... Belum bbrp jam stay coffee/tea bar sudah langis. Rasa masa ni dah hidang makan malam, save the coffee and tea for later lah bro! Oi tidurlah! Tade keje dah ke ni? Habis bedsheet jadi barang mainan. Kang betul2 terjadi baru tau histeria malam-malam.

Pemandangan Yg Menghiburkan

Satu lagi kejadian terjadi. Hanya mampu perati dari jauh dan tengok sahaja tindakan selanjutnya. Dalam huru hara aku hiburkan diri dgn membaca rebiu tamu yg pernah menginap di hotel ni. Thanks! You made my day. Exactly what "pemandangan yg menghiburkan" tuh kita pandai-pandailah tafsir sendiri. Janji dia bagi kita markah penuh!

Rambut Cacak-Cacak

Tersengih aku baca komen kenalan dari Indonesia yg sarankan aku pendekkan rambut. Terlalu lama dah menggayakan stail rambut macam tuh katanya elok bertukar ke gaya rambut cacak2 pulak.  Buruk-buruk begini, ada jugak orang peduli dgn rupa aku yea? Bukan pertama kali kot kena tegur mcm tuh. Sebelum ni ada jugak rekues secara face to face. Cuma tu lah masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Sayang nak potong bagi pendek sebenarnya.  Dah nak rambut hanging like a curtain dan fefeling membetulkan rambut tiap kali rambut terjurai jatuh ke depan, permintaan kengkawan tuh kita abaikan ajelah dulu.  Mungkin sikit masa lagi aku dapat seru aku gi potong lah. Kalau tak datang jugak seru kita dedikasi kan kat member lagu Joey Mcintyre, Stay The Same! Kih3x.