Langkau ke kandungan utama

Misi Buat-Buat Tak Kenal

Lepas habis tengok Misi Mustahil, aku dapati henfon aku penoh noti. Bukan sebab aku populer tapi nampaknya kengkawan duk hapdet satu kejadian kat tempat kerja.

Sambil jeling henfon aku jeling depan. Mata rawak mencari tubuh yg aku kenali.

Aisehmen dalam hati aku bergetus. Betul-betul orang tuh mengelak aku!

Masa sebelum wayang mula lagi aku dah perasan orang ni. Fikir nak tegur, tapi si kawan buat2 tak nampak pulak. Segan nak jerit-jerit dalam panggung I tot maybe later lah kan. Keluar panggung, lampu pun lebih terang dari dalam panggun, boleh lah kejar tepuk bahu ke kan?

Ni harapan nak tepuk bahu, peluk salam pun rasanya macam tiada.

Tengok dari gaya dia toleh belakang dan mempercepatkan langkah selepas nampak aku berdiri dari tempat duduk tuh mmg sah lah dia tak mahu diusik. Dah mcm tu kita nak buat? Kita kejar kah?

Tak kuasa lah aku nak buat mcm tuh. Orang tak nak bercakap dengan kita. Kita biar jelah.

Setahu aku selama bekerja satu kampeni dengan dia ni aku mmg takde masalah pulak. Nak kata rapat tu takde lah. Jabatan lain-lain, hal pun lain-lain jugak lah. Cuma masa dia berhenti tu dia ada kes yg buat bos naik berang. Budak ni baik je sebenarnya rajin plak tuh, tapi bila dah angau korang tau lah, kerja pun jadi apa-apa ntah.

Masa si kawan tu berhenti, atau lebih tepat lagi diminta meletak jawatan aku jadi saksi kepada perbualan antara dia dengan pengurus operasi. Maklum sahajalah pengurus operasi hanya penyampai pesanan sahaja.

Aku sendiri yg jadi saksi ni tak bersuara apa pun. Sekadar angguk dan faham apa yg disampaikan oleh pengurus operasi kepada kawan tuh.

Aku tak tahulah kalau sebab itu dia segan dengan aku.

Kalau begitu yg dia rasa, kita pun tak boleh nak buat apa. Biar jelah.

Kembali menghadap Telegram (alternatif Whatsap), aku baca sepintas lalu berita terkini di tempat kerja. Bukan main lagi hot betul story skrg ni yea...

Sesambil turun eskalator nak ke B-Floor, Suria Sabah tuh aku mesej bertanyakan bbrp perincian kejadian. Yg hairannya, semua senyap.

Ada masalah talian ke? Tengok tanda 'tick' tuh dah jadi double.

Sesambil tunggu pesanan siap, aku dapat noti baru. Babu Kuntum kata duit gaji dah masuk.

Cisss... Patutlah semua buat dek je.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...