Langkau ke kandungan utama

Cheat, "Cheat Day"


Balik-balik cheat day. Ni lah kalau fikiran dah tak keruan. Apa2 ntah yg di buat. Cuma pesan aku tu jelah jgn buat yg tak elok dan merosakkan diri. Janji bagus dan tengok mcm aku, buat yg sedap sahaja!

Dua hari lepas di Upperstar, Suria Sabah memenuhi tuntutan Cheat Day. Semalam ke cawangan yg di Segama pula dgn niat mencari ketenangan... Ketenangan lah sangat... Hahaha...

Upperstar ni ada dua lagi cawangan. Yg terbaru di IMAGO dan satu lagi di Damai. Dua2 cawangan ni aku tak pernah singgah lagi. Yg selalu pegi pun cawangan kat Suria Sabah.

Restoran Upperstar ni kira popular jugak di kalangan warga KK, mungkin jugak sebab konsepnya atau juga harga makanannya yg berpatutan.

Berpeluang singgah di Upperstar Segama semalam aku rakamkan gambar model gunung Kinabalu yg menghiasi ruang restoran pada tingkat bawah.


Pernah berbuka puasa dulu di sini dgn Nurul dan Raimie. Masa tu kami memilih tingkat satu untuk layan pemandangan senja dan tugu ikan todak. Di seberang jalan Upperstar, Segama ni adalah Hyaat Regency.


Pemandangan aerial model gunung Kinabalu ni yg turut dilengkapkan dgn tanda hentian dan denai dakian ke puncak. Mungkin selepas gempa bumi denai ni dah berubah.


Aku difahamkan gunung Kinabalu dgn rasminya dibuka semula pada 1 September depan dgn jumlah pendaki dihadkan kepada 100 org sahaja sehari. Gunung Kinabalu pula akan dijangka dibuka sepenuhnya 1 Disember nanti.

Mcm dokumentari plak entri hari ni kan?

Tengok! Dari tenggelam dgn perasaan sendiri, tindakan aku ni sekurang-kurangnya mengalih fokus aku kepada yg lebih positif. Jangan biarkan diri hanyut dgn perasaan sendiri. Pesanan utk diri sendiri dan jugak orng tuuuu...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...