Langkau ke kandungan utama

The Empress of China

Tiada yg melayan perasaan senteng aku dua tiga hari ni, perlahan-lahan fikiran aku mulai pulih. Biasalah kita manusia biasa yg tidak maksum dari ketidakseimbangan perasaan. Sekejap berombak di laut dalam, besok tenang bak di kali.

Apa yg nampak mcm masalah besar sangat hari ni, esoknya dah bukan isu.

OK merepek. Senang cakap, bab cinta ni aku mmg no luck lah. Dari pening memikirkan kerana masalah "outstation sebulan", kemungkinan hubungan PJJ lagi baik stop sebelum masing2 dah tanam perasaan sayang.

Eh sayang? Bold statement tuuuu...

Letak ke tepi, kita tengok apa projek aku hari ni to distract my mind.


Ha ni baru je beli. Teruja pulak nak tengok citer cina yg membawa kita berkongsi perjalanan satu-satunya Maharaja wanita raise into power.

Paling penting nak tahu sudah tentulah bagaimana drama ini menghadapi kontroversi potongan gara-gara banyak tunjuk lurah dendam. Dari yg aku baca ada babak yg terpaksa dicrop (tetiba muka byk kena zum) atau bhg seksi tu disunting secara CGI dengan menempel kain tambahan pada dada yg terdedah.

Skrg ni tak tau lah byk sangat isu yg merepek. Mcm lah dengan censor begitu kita tak bleh nampak lurah dada in real life. Penapisan begimi nampaknya menjadikan cerita kurang umph sebab suda lari dari usaha mempotretkan zaman yg cuba dihidupkan dalam drama tuh.

Apa pun drama 75 episod (asalnya 90 episod bagi versi mainland China), akan aku nikmati sebaik sahaja selesai menonton ke sebelas musim, Grey's Anatomy. Something to look forward to.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...