Langkau ke kandungan utama

Kena Pugai Kah?

Apa "hot story" yg aku cerita dlm entri sebelum ni?

Amboi sebut aje "hot story" terus iris mata terbuka lebih besar yea. Berminat nampak?

Heboh jugak satu hotel pasal cerita nih. Apa tidaknya duit yg sepatutnya diremit tidak ada. Bila ditanya pada tuan diri katanya sudah. Bila ditanya sekali lagi, lain pulak jawabannya. Tak ingat. Boleh jawab mcm tuh?

Rakaman CCTV melaporkan cerita yg berbeza.

Pada hari yg sepatutnya dia remit duit tu, si tuan diri tidak kelihatan pun mendekati peti besi. Cuma besoknya baru dia ada ke peti besi. Itu pun dari pengamatan pengurus, acah-acah aje. Dia tak drop apa2 sampul berisi duit pun ke dalam peti besi.

Tak cukup dengan duit yg hilang entah ke mana si tuan diri pula mendakwa dirinya terkena buatan orang.

Mungkin ada jugak betulnya kot sebab sejak minggu2 akhir ni ramai yg kata dia ni dah banyak berubah. Kerja pun banyak tertunda dan kucar kacir.

Tapi berubah secara mendadak ni, mcm nak sama dgn simptom orang bekas kena pugai.

Kalau tak familiar apa tuh pugai, pukau mesti korang faham kan?

Berubah sikap pandai lupa, sekejap-sekejap keliru dan ingat mmg antara simptom orang kena pukau. Lagi pelik, komputer riba kampeni di bawah jagaannya juga turut lesap.

Kita pun tak tahu lah yg mana satu betul. Dia buat cerita kena buatan orang tu utk tutup kesalahan dia menyeleweng atau duit yg diamanahkan pada dia mmg telah dikebas oleh si pemukau.

Duit yg entah ke mana hilang tu sudah pun diganti. Hanya komputer riba sajalah yg kalau diganti sudah tiada maklumat bisnes hotel untuk sepanjang tahun ini.

Apa pun kesimpulannya, hanya satu yg tidak add up dalam cerita ni.

Kebetulan kah kejadian terjadi pada hari-hari terakhir dia bertugas di hotel ni? Kita hanya mampu berspekulasi je lah kan?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...