Langkau ke kandungan utama

Ponytail Girl

Aisehmen, baca tajuk terus mesti korang fikir ponytail buat comeback ni kan? Ada la kot sikit.

Kemarin aku ditegur peserta dari Jabatan Perangkaan Tawau. Katanya muka aku ni familiar. Orang Kudat ke tanya pompuan tuh.

Semasa daftar masuk bilik pun, aku pun berfikiran yg sama. Cuma tak dapat nak akses memori di mana pernah bersua muka dgn dia ni. Maklumlah dah nak masuk pangkat empat puluh ni ingatan tak berapa nak bagus.

"Dulu sekolah di SMK Pekan ker?"

Ding!

"Saya dulu masuk SMK Pekan, ulang ambil SPM"

Ding lagi dalam kepala.

Memandangkan perbualan kami bersaksikan rakan sekerja perempuan tuh, aku sembunyikan keterujaan padahal dalam hati teriak wow she remembers me!

Senior dua tahun, tak pernah bertegur sapa pun, bebeh di sekolah dah tu dari klik popular kat sekolah, kembang-kecut jugaklah hidung bangga ada orang ingat. Kita ni apa lah sangat, dah lah comot, selekeh pulak tu, no one will turn their head, least even try to know my name.

Tak silap aku dulu dia ni jadi mcm posmen kat member dia yg mmg cun (dari sekolah lain). Pernah masuk kelas kitorang hantar pesanan. Member dia tuh duk minat kat budak kelas aku.

Yg member dia minat tuh of kos le hensem kan? Skrg dah jadi pramugara pusing keliling dunia seperti yg diberitahu kat aku.

Si pramugara dan aku ni ada kisah yg tak berapa nak best. Dari dulu kelas berbagi dua sebab kami berdua. Walaupun aku tak ambil port siapa sokong siapa, aku sengih jugak kekadang bila ingat balik ada jugak org buruk mcm aku ni dianggap sebagai nemesis diorang.

Ancaman sangat kah orang yg tade rupa mcm aku ni?

Berbalik kepada peserta pompuan tadi, possibly senior sekolah lah kan, aku cakap jelah dah tak ingat. Hampir 15 tahun meninggalkan sekolah, jangankan yg satu kelas, budak satu sekolah pun tak mampu nak ingat semua. Kalau aku akun ingat pun, apa aku nak cakap?

Oh saya selalu perhati you dulu masa kat sekolah. Had a crush mcm tuh?

If anyone asked, she's probably my "original" ponytail girl. Though she looks nothing of her former self now. Dah mak-mak, badan pun dah takde potongan sampai struggle nak ingat siapa. That feelings still there and somehow transfer to someone else who now also become memories.

Aku perasan jugak rakan sekerja dia buat muka tak puas hati dengan jawapan aku tuh. Dia sendiri pun buat muka curious, wondering.

Biarlah dia wondering. Cerita lama buat apa lagi nak kenang kan?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...