Langkau ke kandungan utama

Lanjutkan Hidup

Sukar untuk menggambarkan hari-hari terakhir hidup aku nanti dilalui sendirian.

Selagi ada impian, cita-cita dan pegangan hidup, selagi itu aku tidak akan kesunyian. Di usia emas aku suatu hari nanti aku percaya aku punya peranan dan sumbangan pada komuniti.

Kecuali kalau ditakdirkan sesuatu menimpa diriku maka terpaksalah aku beralih ke pelan B.

Apa pulak pelan B tuh?

Mendaftarkan diri masuk ke rumah orang-orang tua.

Jangan terkejut! Walaupun Pelan B ni bukan idea aku yg sebenarnya, aku cilok dari Ticer Ros, pelan ni mcm perfect bg aku kalau nanti aku tidak mahu lg berhubungan dgn org di luar sana.

Ikutkan aku sebenarnya tiada pelan tertentu, just get through my day is more than enough. Worry tomorrow later on. Aku cuba untuk menikmati saat ini, pada detik ini jugak.

Aku tahu aku selalu mengenang masa lepas biarpun sedia maklum tiada apa yg boleh diubah. Habit ini sukar dikikis sebab bukan semua yg ditemui pada masa lampau itu pahit. Ada juga yg manis utk diingati.

Risaukan masa depan bukan gaya aku. Bila sampai masanya, dengan situasi semasa, dihadapkan dengan pilihan yg ada, akan ada juga jalan untuk aku. Mcm aku cakap di awal entri ni... Selagi ada benda untuk aku kejar, worth fighting for, selagi itu hidup aku ini ada erti dan bisa dilanjutkan.

Setakat hayat yg dipinjamkan sehingga saat ini ada byk lagi hasrat yg belum tertunai. So why give up?


Tarik nafas dan kita layan dulu album yg baru aku terima dari Amazon.co.uk ni. Sehingga ke temu di entri yg lain. Have a nice day!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku Terima Walau Sakit Hati

Ingat tak kes guest tak setel bil penginapan yg aku sorot sikit2 dalam bbrp entri sblm ni? Hahaha... Macam le ramai sangat yg follow nak tanya mcm tu kan? Alah for the sake of continuity plus malas dah nak story balik. So awal minggu ni kesnya concluded. Dipendekkan cerita, bil yg tak dijelaskan tu terpaksa diserap kosnya, di mana separuhnya datang dari aku. Selebihnya, anak2 buah yg tanggung. Melayang jugaklah duit yg sepatutnya boleh beli BD or DVD... Hahaha... Begitu pun aku tetap bersyukur sbb bos dah bertimbangrasa utk kurangkan jumlah yg perlu dibayar. Kalau tidak meraunglah jugak dibuatnya! Memandangkan aku ada bahagian dalam menolong orang2 susah ni, jadi tak salah kalau aku perkenalkan mereka2 ni kan? Bilik didaftarkan atas nama dia dia ni. Tak seperti dalam gambar kad pengenalan, penampilan si Masyitah ni jauh bezanya. Di luar dia berpenampilan ala2 tomboi. Ini surat yg digunakan oleh Masyitah utk meyakinkan pengurus kami yg dia bekerja di Lembaga Kemajuan Ikan Sabah. Namun a...

Destinasi Seterusnya

Selepas berbincang-bincang dengan Cietieto dan Adhie, kami akhirnya bersetuju untuk memilih Krabi sebagai destinasi seterusnya. Asalnya tu tak nak lagi tetapkan destinasi walaupun sudah ada bbrp nama tempat dalam kepala. Percaya atau tidak Krabi langsung tiada dalam senarai tu tau! Memilih lokasi baru, memerlukan banyak kajian dan tinjauan. Maklumlah kita bukan selalu jadi pelancong ni kan? Nak jalan pintas aku pilih destinasi yg kawan2 familiar. Tak payah gugel sangat terus aje tanya kawan tu lebih senang. Satu destinasi tu adalah Bangkok. Dah ada lokasi tuh aku apa lagi mulalah gagau membuka youtube untuk menonton sendiri percutian yg orang lain kongsikan. Mmg tertarik, mmg the bomb lah Bangkok ni. Itu belum baca belog-belog dah tertawan hati (tak sempat pun baca sebenarnya). Dalam teruja tuh entah macam mana aku terbukak satu destinasi yg aku tak pernah dengar sebelum ni (selalu sangat kebetulan kan?) Chiang Mai, Thailand.  Chiang Mai ni terletak ...

Entri Di Pagi Hari

Julung-julung kali merayap malam di tengah bandar metropolitan, Kota Kinabalu, aku abadikan gambar ni. Walaupun gerimis, Nokia Lumia 1020 tidak menghampakan, perfect for lowlight scene. Sebelum tu aku ke Suria Sabah dgn misi memutuskan hubungan yg sudah terjalin sejak lebih tiga tahun. Hubungan yg aku kira sudah masak dan sepatutnya makin hebat. Namun aku harus akur dengan perkembangan teknologi. Selamat tinggal Broadband 3G, Celcom. Banyak jasa kau, tapi sejak langgan mobile data utk S3 ko makin kurang aku pakai. Tak pakai pun tiap bulan bayar bil. Itu pembaziran namanya kan? Aku fikir nak amik MIFI la lepas ni. Tengok bajet dulu. Kalau tak aku beli je simkad baru utk Note 10.1 aku ni. Malam ni tujuan asalnya nak menjamu selera di Anjung Senja. Makan Satay Kajang, tapi sayang kedainya tutup pula. Serbu foodcourt di paras tiga Suria Sabah, malangnya semua macam takde mood nak bisnes. Tutup awal. Cuba nasib di UpperStar, panjang pulak baris menunggu. Masa tu dah pukul lapan lebih. Tak d...