Langkau ke kandungan utama

Tahun-tahun Sepi


Rajin menonton siri tv yg berkisar sekitar doktor, pesakit dan hospital, tak terfikir pulak tentang diri sendiri. Maklum sajalah usia pun tidak lama lagi menginjak empat puluh an, soal-soal kesihatan tuh mungkin tidak lama lagi akan jadi isu.

Mula-mula badan dah tak berapa nak kuat diikuti metabolisma yg semakin menyusut. Rambut semakin bertaburan uban, gigi pula satu per satu tanggal. Sikit masa lagi mata pun dah kabur kena pakai cermin mata pulak.

Walaupun aku belum lagi mengalami simptom-simptom ni, jiwa masih 28 tahun lagi kan, sikit sebanyak kerja-kerja berat tuh dah mmg tak larat nak buat dah.

Kesihatan tuh, tadah tangan kesyukuran, masih dilimpahkan pada aku biarpun aku selalu mengadu "sakit hati". Tapi kita tidak tau lah pada masa akan datang kan?

Penyakit warisan keluarga yg tak berapa nak serius, asma dan mungkin jugak resdung.

Kemungkinan utk dapat kecing manis dan darah tinggi tuh ada, sebab mak aku pernah menderitai penyakit nih. Tengok kat bapak pulak mcm sihat dan tidak dihinggapi penyakit berbahaya kecuali serangan strok tahun lepas yg melumpuhkan anggota belah kiri beliau.

Mengambil kira faktor ni aku boleh mengambil tindakan berhati-hatilah terhadap serangan angin ahmar. Yg lain tuh masih boleh dikawal, cuma jangan berembun atau duduk dalam bilik berhabuk dan berpenghawa dingin terlalu lama.

Adik beradik pulak tiada sakit yg perlu dirisaukan, kecuali adik yg bawah aku ada penyakit gout gara-gara terlalu kuat makan udang. Saudara mara yg lain pun kalau ada sakit pun kebanyakannya penyakit diabetes itu sahaja.

Cukup makan tidur, sihat sejahtera, sengih ejen polisi insuran dengar cerita aku ni. Untong aku beli polisi insuran dia.

Kalau tidak dijemput Izrail awal atas kematian alami atau sebab-sebab lain aku mungkin mempunyai jangka hayat yg lama.

Tak tahulah 50? 60? Atau apa mungkin 100? Kawan-kawan pulak? Ahli keluarga yg lain?

Sekarang ada ramai kawan-kawan, masa muda belia. Besok dah tua berkeredut seribu ntah siapa bakal meneman. Bayangkanlah nanti terpaksa melalui kehidupan yg panjang itu sendiri-sendiri. Mesti sepi kan?

Persoalan skrg, aku mahu hidup begitu kah dalam 10 tahun dari skrg?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...